Pilihan Raya Oh, Pilihan Raya

“Susah juga Tuan Guru hendak pilih calon, ramai sangat yang hendak jadi calon,” ujar seorang teman yang juga seorang aktivis parti. Jauh saya termenung. Inikah politik, lobi melobi, jatuh menjatuhkan hanya semata-mata agar diri dapat menjadi calon!

Saya amat mengagumi ketelitian penduduk Kelantan apabila memilih siapa yang akan menjadi wakil di DUN atau pun Parlimen. Mereka amat prihatin apabila bercakap soal calon, malah soal dari parti mana bukan persoalan tetapi adakah calon itu boleh diharap harus menjadi faktor utama untuk dijadikan perkiraan.

Justeru, musim pilihan raya adalah untuk rakyat menjadi RAJA, RATU; segala-galanya akan kembali kepada kesejahteraan rakyat.

Barisan Nasional atau pun Barisan Alternatif; sekarang bukan masanya meletakkan calon ‘tunggul kayu’. Rakyat mengingginkan calon yang berpendidikan, mempunyai krebiliti yang tinggi, bertanggungjawab, mempunyai misi dan visi untuk memimpin rakyat ke arah Malaysia yang Adil.

Bukannya untuk membangkrapkan negara. Awal-awal lagi calon yang terang-terang berkata,”Negara akan bangkrap kalau kita buat begini, begitu…” harus kita ajar..

Ingat, dulu saudara mantan YB menang dengan undi Pos!! Jangan hendak berlagak! Rakyat bukan bodoh!

2 thoughts on “Pilihan Raya Oh, Pilihan Raya

  1. Assalamu’alaikum saudara.

    Saya jejaki blog ini melalui blog saudara Zaiful. Blog ini juga sangat menarik. InsyaAllah, jika punyai kesempatan, saya pasti akan berkunjung ke sini lagi.

    Jika saudara juga punyai kesempatan, jemputlah bertandang ke blog saya yang sederhana itu ye. Huhu.

    Salam hormat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s