Jom Mengundi!

erti_demokrasi.jpg

“Rasa-rasanya kita balik Perlis lah mengundi”, tiba-tiba saya memecah kesunyian , bercakap kepada isteri. Kebetulan, memang isteri saya mengundi di DUN Guar Sanji, Perlis.

Saya optimis parti yang saya sokong akan mencipta sejarah di utara tanah air. Semalam, bapa mertua saya sibuk bermesyuarat bagi pihak Barisan Nasional. Mungkin bagi membincangkan strategi menghadapi pilihan raya kali ini.PASti saya akan kempen habis-habisan, ‘swing’ kepala ayah mertua. Hehehe…

khairy.jpg

Saya cukup teruja untuk menyaksikan keputusan yang bakal tercipta. Seperti yang saya katakan dulu, sebagai anak muda, saya berperanan untuk memastikan parti yang sedia menyediakan kemudahan berbentuk kebajikan akan menang.

Kita tidak mahu pemimpin yang awal-awal lagi akan berkata, “Negara akan bangkrap seandainya duit Petronas digunakan untuk ‘disalurkan’ kepada rakyat sepenuhnya.”

Wah, saya dapat membayangkan pemimpin ini akan berkata, “Negara akan untung besar kalau membeli jet pejuang, kemudian saya akan memperolehi komisen yang melampau.”

Wahai rakyat, dalam tempoh 21 hari mendatang, anda adalah Raja dan Ratu. Buatlah pilihan yang bijak.

Sekali mengundi, 5 tahun mendatang akan mencorakkan KESENANGAN ataupun KESENGSARAAN!

HIDUP RAKYAT! hANcur KeZaliman!!

Nota : Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan Hari Penamaan Calon pada 24 Februari 2008 dan Hari Mengundi pada  8 Mac 2008.

7 thoughts on “Jom Mengundi!

  1. Salam kak Nuriman, Teman, en_me,
    Yea, tanggal 8hb Mac ini cukup mendebarkan..
    Doa saya, agar rakyat membuat keputusan yang tepat…
    Supaya kesejahteraan Malaysia yang tercinta ini milik kita bersama, bukannya untuk kerajaan 3 beranak…hehehehe
    Hidup Rakyat!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s