Dato Ishak Baharom meninggal dunia

ishakbaharum.jpg

Bekas Mufti Kerajaan Selangor Datuk Ishak Baharum telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 12:50 tengah hari tadi di Hospital Sungai Buluh, Selangor.

Pemergian beliau ke rahmatullah turut di siarkan di TV3, melalui Buletin Utama. Al-fatihah buat Almarhum Dato Ishak Bahrom.

Sepuluh tahun yang lalu, saya teringat kembali pada satu ceramah yang disampaikan oleh Almarhum, ketika di tanya tindak balas beliau apabila dipecat oleh kerajaan negeri Selangor sebagai mufti. Lantas beliau menjawab, saya teringat dialog saya bersama baginda Sultan Salahuddin (almarhum).”Dato, saya serahkan urusan agama Islam ini kepada Dato! Apa-apa berlaku, Dato jawablah dengan Allah. Almarhum Dato Ishak Baharom menambah lagi, “Sebab itu lah saya rasa bertanggungjawab untuk melaksanakan undang-undang berkaitan ratu cantik di kalangan orang Islam. Walaupun saya di pecat dari jawatan ini, tetapi inilah yang akan saya jawb apabila berjumpa dengan Allah.

Semalam, Almarhum telah pergi meningggalkan kita. Saya amat yakin, ketika ini beliau sedang berhadapan malaikat Allah. Semoga Almarhum berada dalam keadaan sejahtera berhadapan dengan fitnah alam barzakh. Dialog beliau bersama Almarhum baginda Sultan selangor akan menjadi saksi pengorbanan yang telah beliau lakukan.

Setelah beliau di pecat, kegiatan beliau tetap menyampaikan yang hak menegur yang salah. Dakwah sudah menjadi darah dagingnya. Kini, beliau pergi meninggalkan nama yang harum. Saya tidak dapat melupakan wajah beliau yang bersih. Terpancar cahaya tanda orang yang beriman.

Itu hanyalah secebis kisah, mereka yang telah pergi. Pergi meninggalkan dunia yang fana. Setelah gigih berjuang menegakkan agama Allah. Mereka tidak pernah berputus asa dengan ujian dunia kerana mereka tahu ‘di sana’ lebih indah dan mempersonakan.

Persoalannya kini, adakah saya mampu untuk mengikut jejak langkah mereka? Bukan persoalan yang menjadi hitungan tetapi, itulah jalan yang perlu saya lalui..

Al fatihah buat Almarhum Sahibus Samahah Dato’ Ishak Baharom.

p/s: Saya cukup berbangga menjadi warga selangor kerana negeri selangor pernah mempunyai mufti yang wara’, berjuang menegakkan agama Allah tanpa rasa takut dan gentar….

4 thoughts on “Dato Ishak Baharom meninggal dunia

  1. Moga kita meneruskan perjuangan beliau yang jelas ulama yang berani menyatakan kebenaran. Syukran atas pautan blog saya di blog anda. Teruskan menulis

    Terima kasih atas kesudian ustaz Izwan melawat blog saya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s