Saya akan ke National University of Singapore

national-university-singapore.jpg

“Wan, kenapa tak mohon aja pengajian politik di NUS’, ujar Pak Herman tiba-tiba kepada saya. Pak Herman, jiran saya, masih menuntut di UTM, ilmu kedoktoran sains komputer. Kami selalu berbincang soal politik. Malah, saya apabila bercerita tentang politik, rasa seronok menguasai diri. Sejarah politik Malaysia saya tekuni melalui pembacaan. Politik semasa, tempatan atau luar negara saya ikuti dengan minat. Segala-galanya saya lakukan adalah kerana minat.

Segala-galanya ini adalah untuk memastikan otak saya tidak tumpul.Memang minat saya dalam minat politik membuatkan saya seolah-olah gila politik. Itu kata kawan-kawan yang kenal benar akan bahan bacan yang saya minati. Namun, untuk pergi jauh, saya masih lagi mengambil faktor tunggu dan lihat. Tetapi, saya bukanlah muflis politik, negara ini kepunyaan saya! jatuh bangun negara ini di tangan anak muda seperti saya.

Berpolitik adalah untuk survival rakyat dan ummah.. bijak politik bermakna , pemimpin yang tidak korup, bersih akhlak dan moral, bekerja untuk rakyat adalah impian kita semua…

P/s: saya masih lagi berkira-kira hendak ke NUS, janji jiran saya, memperkenalkan dengan warga Singapura yang boleh membantu hajat saya ke NUS. Tunggulah sehingga hujung tahun ini. Ada rezeki, mungkin saya akan dapat visa Singapura…

7 thoughts on “Saya akan ke National University of Singapore

  1. Wanto.. Klu ada rezeki tu pi lah.. Sementara peluang masih terbuka. Ko kan minat mende2 gini. So ini masanya. Peluang tak tiba dengan semudahnya..

    Best apa blaja kat singapore. Suasana lain or maybe cara hidup agak berlainan skit. Maybe bila dah grad kat NUS, nta ada pandangan berbeza mengenai Malaysia yang selama ini kita lihat dari dalam..

    Kalau dah decide nak pi baguslah..tapi nanti jangan berubah sokong UMNO plak.. Itu paksi kesyirikan dan maksiat dalam malaysia..

  2. Salam,
    Moga sdr berjaya ke NUS. Pengalaman di sana pasti akan membuka minda sdr untuk mengenali dan memahami dunia politik. Politik bukan setakat menyokong parti. Parti politik, pemimpin politik boleh datang dan pergi.

    Survival dan masadepan ummah yang patut jadi perkiraan.

    Moga sdr berjaya.

  3. salam,
    Terima kasih buat kak Nuriman, Rahfity, Nazman, Nana, Fadhullah, yang paling mengejutkan saudara jiwa rasa. Atas kunjungan kalian semua.

    Maafkan saya, ini hanya lah sekadar kira-kira saya, masih membuat beberapa pertimbangan.

    Doa kalian, semoga akan membuka minda saya agar lebih memahami realiti politik dan yang paling penting realiti dunia yang sentiasa mencabar ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s