MINYAK NAIK LAGI….

Harga petrol di Malaysia  sepanjang zaman…(dalam masa 16 tahun – sejak 1990 )

Sebelum 90 – RM 0.89
Tahun 1990 – RM 1.10 (kenaikan RM 0.21 )
01/10/2000 – RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 – RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 – RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 – RM 1.33 (kenaikan RM 0.01 )
01/03/2003 – RM 1.35 (kenaikan RM 0.02 )
01/05/2004 – RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 – RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 – RM 1.52 (kenaikan RM 0.10 )
31/07/2005 – RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)

Perhatian : (Ayat – ayat “ Standard “)

1. Kenaikkan minyak sehingga sekarang masih rendah lagi , kalau dibandingkan dengan mana-mana satu pun negara Asia yang lain.

2. Kerajaan Malaysia memastikan kenaikkan harga petrol tidak akan membebankan .

3. Kerajaan Malaysia   tidak mampu menampung lagi subsidi harga petrol disebabkan kenaikkan harga pasaran global. (Tetapi cuma mampu membayar kos untuk DR. SMS melawat angkasa lepas dengan menumpang roket negara Russia)

4. Kerajaan Malaysia memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN 2007. (Sehingga sebelum pilihanraya yang akan berlangsung pada tahun depan 2008)

Saudara / Saudari,

Pertama sekali abang Perdana Menteri kita iaitu Ibrahim bin Badawi menerusi syarikatnya SkyChef menjadi supplier makanan kepada syarikat penerbangan MAS, menyebabkan MAS mengalami kerugian sebanyak RM900 juta untuk sembilan bulan yang pertama pada tahun 2005.

Abang PM kita jual sebotol air mineral kepada MAS dengan harga RM30 setiap botol.


Jadi? Tidak kita hairan jugalah jika MAS menanggung kerugian sebanyak itu…

Menteri Besar Terengganu iaitu Idris Jusoh telah mengadakan majlis Perlumbaan Kapal Layar Monsoon Cup, yang juga telah menelan wang rakyat sebanyak RM300 juta.

Wang ini dibayar kepada seorang peniaga yang bernama Patrick Lim dan kekawannya termasuk Khairy Jamaludin, iaitu menantu Perdana Menteri. Majlis Perlumbaan Kapal Layar Monsoon Cup yang tidak sampai  5 hari telah menghabiskan RM300 juta wang seluruh rakyat Malaysia, yang terutamanya golongan berbangsa Cina yang telah banyak membayar cukai pendapatan kepada kerajaan…

Sudah tentu wang RM300 juta itu ditelan oleh “orang bertuah” yang dapat kontrak RM300 juta itu.

Untuk memulihkan kehilangan wang sebesar itu yang telah ditelan oleh “orang bertuah” tersebut, sekarang subsidi petrol dipotong, dan harga petrol dinaikkan RM0.30 per satu liter, dan dijangka akan dinaikkan RM0.30 lagi pada tahun depan selepas akhirnya pilihanraya iaitu pada tahun 2008.

Telekom Malaysia pula merugikan lebih RM700 juta sebab terpaksa membayar ganti rugi kepada syarikat komunikasi German iaitu Deutsche Telekom. Terpaksa bayar ganti rugi RM700 juta cuma sebab syarikat Telekom Malaysia “tidak tahu” membuat kontrak untuk polisi perniagaan yang mematuhi sistem.

Disebabkan berbagai-bagai “kesilapan” yang telah dilakukan oleh ketua-ketua yang “kurang pandai” Kerajaan Malaysia, kerajaan kita potong lagi subsidi petrol demi memulihkan kerugian wang negara.

Sekarang, pada hakikatnya, kos sememangnya lebih murah lagi kalau naik kapal terbang Air Asia pergi-balik di antara Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu. Tambang pergi-balik Air Asia di antara  Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu tidak sampai RM300 bagi tiga orang sekeluarga.

Sebab syarikat Air Asia diuruskan oleh orang yang tidak rasuah dan yang tahu berniaga tanpa menyusahkan penggunanya.

Sekarang, dengan harga petrol yang telah naik, kos untuk petrol sahaja hendak pergi dan balik di antara Kuala Lumpur dan Alor Setar mampu mencecah RM220 (untuk kereta Proton Waja). Cagaran tol pula melebihi RM160, tambah pula perbelanjaan makan dan minum (nasi campur dengan teh kosong) bagi sekeluarga 6 orang, lagi RM40, ini bermaksud kos perjalanan dengan kereta yang menggunakan petrol dan kena cagaran tol, tambah dengan makanan untuk pergi balik di antara  Kuala Lumpur dan Alor Setar sekurang-kurangnya RM400 atau lebih.

Negara-negara lain bukan macam negara kita.

Misalnya, walaupun harga petrol di Thailand lebih tinggi daripada Malaysia, di sana, pengguna lebuhraya mereka tidak perlu membayar cagaran tol.

Dari Bukit Kayu Hitam ke Bangkok jaraknya melebihi 1,100 batu (bukan kilometer) dengan lebuhraya 6-Lorong (bukan 4-Lorong macam Lebuhraya-Utara- Selatan kita) tanpa sebarang plaza tol dibina disepanjang atas lebuhraya mereka.

Di Thailand , tiada rasuah AP. Harga kereta import Honda Civic 1.5cc di Thailand tidak sampai RM40,000. Lebih murah daripada harga kereta keluaran Perodua, iaitu Kelisa 1.0cc di Malaysia. Inilah kebaikannya untuk rakyat di sana , sebab tiada rasuah AP di sana…


Di Malaysia pula ada AP. Sebenarnya harga AP yang perlu dibayar kepada Kerajaan (MITI) tidak sampai RM250 sahaja. Tetapi AP boleh dijual sehingga RM40,000 sekeping kepada “Dato-Dato” yang kaya, yang dikenali sebagai “AP King”. Rasuah AP ini telah berlanjutan selama lebih daripada 30 tahun, sejak mulanya Kerajaan Malaysia mula mengimport model kenderaan negara-negara asing untuk pasaran otomobil negara kita.


Akhir kata, rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung akibat “tradisi rasuah AP” ini.


“AP King” pula hidup mewah dan bergaya sedangkan ada banyak keluarga berbagai bangsa yang hidup merana dan tidak mampu memiliki kemudahan kenderaan sendiri sebab harga yang terlalu tinggi.


Oleh yang demikian kereta Honda Civic 1.5cc yang dijual dengan harga RM40,000 di Thailand naik sehingga RM110,000 di Malaysia. Banyak rakyat Malaysia telah rugi besar.


Kerajaan yang telah mengalami kerugian berlebihan disebabkan pelbagai lubang-lubang rasuah telah ditebuk dalam sistem pentadbirannya, maka potonglah subsidi petrol dan menaikkan harga petrol RM0.30 per satu liter untuk memulihkan keadaan.


Malaysia Boleh!!!! Memangggggg Bolehhh!!!!
Sebab Kerajaan Malaysia nak buat apa pun boleh!!!!


*Sila hantarkan maklumat ini kepada rakan-rakan anda, dan juga tolong cetakkan dan kongsikan maklumat ini dalam bentuk “hard copy” sekiranya boleh, kerana cuma 5% rakyat Malaysia yang tahu menggunakan komputer secara bermanfaat, manakala yang 95% lagi tidak tahu, ada banyak lagi juga yang tahu, tetapi cuma tahu menggunakan komputer untuk tujuan bahan lucah sahaja dan tidak menghiraukan maklumat seperti ini, mereka juga memerlukan maklumat seperti ini sebagai langkah pertama untuk mengubah sistem negara yang telah kian lama “tercemar”.


Cukuplah, selepas 50 tahun kemerdekaan negara kita, kita masih lagi berada di dalam tangan pemimpin yang berdosa banyak membohong, asyik mementingkan diri, dan tidak berpandangan jauh.


HAPUSKAN PENTADBIRAN ASAS RASUAH!!!


Adakah kita harus menjadi mangsa dalam kejadian sedemikian?


Orang lain hutang, kita sebagai rakyat pula yang kena bayar.


Yang penting sekali, bukan setakat membayar sahaja, manakala hendak bayar sampai bila??


Adakah ini akan berhenti jika kita tidak membuat sesuatu bersama-sama? ??


On top of all that…still want to send 2 “Fan Cheong” to moon.
Untuk apa ya????

Eksperimen membancuh teh tarik secara terapung ke????
Better use all the money to spend on something else to help the poor, improve the traffic system, subsidize the petrol price, and clear all the debts that the government is owing to other countries… what another stupid act by the government!! !! Please stop fooling around with our money!!!

5 thoughts on “MINYAK NAIK LAGI….

  1. MAAF, saya tidak bermaksud untuk bermain politik di blog ini, namun sebagai rakyat Malaysia yang baik, saya inginkan Malaysia yang tercinta ini di diami oleh rakyat Malaysia dengan hati yang tenang, aman serta damai.
    Marilah bersama mewujudkan negara, KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL, NEGARA AMAN, RAKYAT SELESA…
    Hidup Rakyat..
    Hancur kezaliman…

  2. tidakl perlulah berselindung atas perkataan ingin menaikkan masyarakat malaysia walhal kamu semua insan daif yang hanya gila kuasa. tak kira siapa pun yang berkuasa semuanya hanya pandai tabur janji saja.sekurang kurangnya atas kepintaran pm terdahulu, negara berjaya harungi inflasi suatu ketika dulu. tapi apa pembangkang dah buat??? negeri kelantan dah hampir 30 kamu kuasai, tapi mana kemajuannya??? tersenarai sebagai negeri paling miskin, apa kes??? sebab kerajaan tak tolong? buat apa kerajaan nak tolong orang yang nak menjatuhkannya.nasib baik kerajaan malaysia baik hati, nak juga sedekah sikit2 kat kelantan.tengok macam terenggganu, selepas kerajaan amik alih, banyak kemajuaan dilihat. terbaru masjid kristal….kalau pembangkang pandai sangat perintah negara, cari lah duit sendiri untuk bangunkan kelantan, kemudian barulah boleh orang macam kami percaya kamu. kami ingin orang yang menunjukkan potensi dan bukanlah hanya pandai bercakapo sampai keluar air liur!

    Komen :Saudara, terima kasih kerana sudi memberi komen. Saya akui ,kebijaksanaan PM terdahulu yang memimpin. Namun saudara, harus sedar bahawa, sistem pemerintahan di Malaysia berbentuk berpusat. Tidak timbul soal mencari duit sendri. Kelantan adalah sebahagian daripada Malaysia, peruntukan yang sepatutnya di perolehi oleh kerajaan negeri Kelantan harus di beri.
    Saudara, memang begitu sifat ahli politik yang korup, tidak kira kerajaan mahu pun pembangkang bercakap berdegar namun hasil tiada
    Namun, lagi teruk kalau awal2 lagi kekayaan negara dibahagi sama rata di kalangan kroni…
    saudara berhak mempunyai pandangan yang berbeza daripada yang lain tetapi lihatlah pada fakta bukan pada emosi.
    Rakyat kebanyakan makin ramai yang mengeluh atas apa yang berlaku hari ini.
    Lakukan perubahan bukan kerana menyokong membabi buta tetapi kerana kita inginkan kerajaan yang adil

  3. Salam. Tak guna masjid kristal tapi pengunjungnya cuma datang ‘melawat’ bukan beribadat. Buat masjid kristalpun duitnya datang dari mana? Alangkah baiknya kalau duit tu digunakan untuk rakyat yang semakin hari semakin tertekan… Gunakan akal untuk berfikir bukan menggunakan emosi. Semoga Malaysia mendapat pemerintah yang adil, InsyaAllah..

  4. Saya terpanggil utk memberi komen tentang saudara yg mengeluarkan kenyataan bahawa pembangkang penipu umat islam. Saya nasihatkan agar saudara mendalami dahulu hal-hal kepolitikan di Malaysia sebelum negeluarkan sebarang kenyataan. Kata-kata saudara itu tak ubah seperti seorang penoreh getah yg ingin mengemudi sebuah kapal terbang. Saudara hanya banyak memperbodohkan diri sendiri sahaja. Sedangkan orang yang sekolah hanya darjah tiga sahaja pun tau menilai tulisan saudara itu yangs eakan-akan tulisan budak tak sekolah. utk makluman, negara kita banyak diperintah oleh kerajaan pusat. segala bajet datangnya dari kerakjaan pusat. walaupun kerajaan kelnatan nampak miskin, tapi golongan mana yg kaya di sana? semua golongan melayu kan? sedangkan mungkin saudara ini hanyalah seorang peon di pejabat kerajaan ataupun yg hanya bekerja di sektor swasta yang semakin hari semaki8n ditindas tetapi tak sedar-sedar diri lagi. takpelah, kita bebas untuk bersuara tetapi biarlah suara kita itu berasas. Jangan kita hanya mampu terpekik terlolong cakap pasal orang lain sedangkan diri sendiri pun tak terbela..org yang berdiam diri itu lebih baik dari org yang banyak cakap tapi dia sendiri pun tak tau apa benda yang dicakapkan..hanya sekadar mencedok dari cakap-cakap org yg bersembang ditepi jalan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s