ADUN Tenggaroh ditemui mati ditembak dalam lif

adun-mic.jpg

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tenggaroh Datuk S. Krishnasamy ditemui mati dengan kesan luka tembakan dalam sebuah lif di bangunan MIC di Jalan Segget di sini hari ini. Timbalan Pengerusi MIC Johor itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah pada pukul 2.10 petang oleh Ketua Puteri MIC Johor R. Vithiyamohan, kata Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif.

Krishnasamy, 61, dipercayai sedang menuju ke tingkat dua bangunan itu untuk menghadiri mesyuarat perhubungan MIC Johor. (sumber dari http://www.utusan.com.my)

Awal tahun baru yang lalu, rakyat Malaysia baru saja di kejutkan dengan pengakuan berani mati mantan Menteri Kesihatan atas penglibatannya melakukan seks bebas , walaupun kementerian Kesihatan di bawahnya gigih mencanangkan perlunya rakyat Malaysia mengelakkan seks bebas. 

Selang hampir dua minggu, negara sekali lagi dikejutkan mengenai pembunuhan seorang lagi ADUN MIC, selepas kematian ADUN Lunas 7 tahun yang lalu. Persoalannya, adakah suhu politik negara semakin gawat (baca Barisan Nasional) dengan kes yang bertimpa-timpa atau pun musuh politik dalam parti kerajaan semakin berani melakukan perkara yang di luaar dugaan atau pun sifat politik itu sendiri yang dikotorkan oleh manusia yang berwajah manusia berhati syaitan?

Segala-galanya  terletak pada akal dan budi. Apabila kuasa merajai di hati, nafsu akan mengambil peranan. Habis pantang larang agama  di langgar, yang MAHA PENTING, matlamat menghalalkan cara…..Kuasa mesti di pertahankan, walau pun ada nyawa akan melayang. (full stop) 

2 thoughts on “ADUN Tenggaroh ditemui mati ditembak dalam lif

  1. Seingat pembacaan di ‘world library’ ini. pembunuhan di Barat selalunya adalah keinginan para mafia atau gangster untuk menguasai tempat. jarang bermotifkan politik untuk menguasai kuasa berkerajaan. cumanya di Malaysia, sudah banyak kali, terutamanya yang berkaitan dengan partai memerintah memilih jalan ini untuk menguasai kerajaan berkuasa.

    Barat memilih demokrasi, sesuai dengan suara umum masyarakat yang senang untuk menggoncang apa sahaja keputusan kerajaan yang tidak memihak kepada hak dan kedaulatan rakyat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s