Maal Hijrah 1429

“Ibu Alya, tahun baru ini azam apa?” tanya saya kepada isteri yang sedang sibuk bermain dengan Alya Insyirah. Lantas secara spontan, sambil memandang Alya Insyirah, “Nak jadi isteri dan ibu yang solehah.

dsc08404.jpg

Saya pun antara azam tahun baru hijrah ini adalah untuk menjadi hamba Allah yang mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan buat kami sekeluarga, di samping menjadi suami yang soleh yang dapat memimpin diri, isteri dan anak.Kalau isteri saya ingin menjadi isteri yang solehah, saya pun tidak mahu kalah dengannya. Sekiranya saya inginkan isteri yang taat dan patuh dengan kata dan nasihat saya, saya terlebih dahulu kena dengar dan patuh pada perintah Allah. Apabila sudah berkeluarga ini, baru saya tahu bahawa tugas memimpin ini adalah amat berat.

Kegagalan saya memimpin keluarga maka balasannya akan terhidang di depan mata. Mungkin orang yang saya pimpin menjadi manusia yang merempat, menjadi bahan cacian manusia malah  makhluk Allah yang melata pun turut sama mencaci. Semoga Allah menjauhkan segala keburukan yang menyebabkan kami jauh dari Allah.

Sepanjang kehidupan saya di bumi Allah ini,hati saya tidak dapat menipu segala-gala urusan kita tidak akan selesai selagi urusan kita dengan Allah dengan Allah tidak jelas dan penuh dengan hutang sebagai seorang hamba. Justeru, azam saya, urusan dengan Allah, tiada yang tersangkut. Itu maha penting!

almarhum-dato-fadhil-nor.gif

Tahun 1429 @2008 menjanjikan pelbagai perkara yang menyesakkan manusia. Seantero dunia kini sedang menyaksikan US sedang melancarkan perang dan mengenakan tekanan yang hebat kepada Republik Islam Iran. Dalam negara pula kita menyaksikan kecelaruan yang berlaku pada pentadbiran politik negara. Dari kes rasuah wang, seks di kalangan pemimpin tertinggi negara, masjid di roboh, gangguan urusan kepimpinan negara oleh menantu terhadap bapa mertua yang bergelar Perdana Menteri sehinggalah keributan untuk menaikkan harga TOL, minyak, keperluan asas seperti minyak masak, gula membuatkan seluruh rakyat Malaysia takut melihat situasi yang berlaku dalam negara.

070402tidur1.jpg

Mahu atau pun tidak, kita harus memikirkannya dengan sebaik yang mungkin. Tahun ini perubahan secara total harus kita lakukan bersama. Mulakanlah dengan diri sendiri, kemudian kita panjangkan kepada ahli keluarga, masyarakat seterusnya kepada seluruh rakyat Malaysia. Zaman untuk menunding jari menyalahkan orang lain sudah tamat, zaman kini adalah zaman untuk kita membetulkan diri sendiri, Insha Allah, perubahan yang dilakukan dengan ikhlas ini pasti akan membuahkan hasil…..

3 thoughts on “Maal Hijrah 1429

  1. Selamat tahun baru hijrah..semoga menjadi suami dan isteri yg solehah di samping mendidik anak supaya menjadi solehah berbakti kpd ibu bapanya amennn………..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s