Mereka…..

pening-kepala.gif

Tahun ini, usia saya akan menginjak 26 tahun. Selalunya , saya akan mendapat idea daripada blog-blog lain.

Kebiasaannya, blog yang saya lawati adalah kepunyaan mereka yang sudah mempunyai nama, malah kalau di sebut siapa orangnya, sudah tentu akan di kenali ramai. Mereka ini dikenali ramai kerana ketokohan dan sumbangan mereka pada masyarakat.

Kadang kala, saya cemburu tetapi bila difikirkan kembali, cemburu yang timbul di sanubari saya tidak berasas.Mengapa tidak, sepanjang pembacaan mengenai orang yang berjaya, tidak ada jalan mudah untuk berjaya. Fitrahnya adalah, kesengsaraan, penderitaan dan susah payah. Namun segalanya ini akan menjadi penawar yang paling mujarab untuk menempuh hidup sementara ini. Siapa yang peduli di saat kesusahan yang di tempuh?

Hasil akhir yang kita lihat adalah kejayaan, kegemilangan malah tokoh-tokoh ini di puja, di sanjung melangit kerana jasa dan bakti yang telah mereka curahkan pada masyarakat.

ahmadinejad.jpg

Makanya, untuk menjadi orang yang hebat, sila lah menderita dahulu, kerana itu sunnah yang di tempuh oleh semua orang berjaya. Korbankan masa, harta benda malah nyawa sekali pun untuk sebaris dengan mereka…Kalau tidak, jadilah seperti orang kebanyakan, hidup ala kadar….

One thought on “Mereka…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s