Maaf semua…

banjirutm.jpg

banjirutm2.jpg

banjirutm3.jpg

Hujan di luar makin lebat. Tiada tanda mahu berhenti. Begitulah keadaan cuaca di Johor kini. Kalau tidak silap saya, sejak pagi tadi sehinggalah jam 6.38 petang, kesejukkan tiupan angin semakin bertambah…

Cuaca yang dingin ini, membuatkan saya termenung jauh. Adakah fikiran saya menerawang kerana saya keseorangan di rumah atau pun memang saya seorang yang suka meengelamun?

Apa sahaja lah. Tinggal lebih kurang 2 minggu, 2007 akan melabuhkan tirainya. Saya masih di takuk yang lama. Saya mesti melakukan perubahan sikap dan pengamalan saya sebagai seorang mukmin yang sejati..

Kerja sebagai Pegawai Penyelidik di fakulti memberikan kelapangan masa buat saya. Sementelahan pula, projek yang saya uruskan ini hampir siap. Tunggu masa sahaja untuk di hantar ke Korea untuk di fabrikasi.

2008 akan mengetuk jendela kita semua. Seperti biasa, azam baru akan pasti kita coretkan di mana sahaja dengan harapan ia akan menjadi satu kenyataan. Saya? Cuma satu yang ingin saya lakukan dan pohon. Saya ingin membaiki hubungan saya dengan Allah. Insya Allah, saya yakin dan percaya, apabila urusan saya dengan Allah selelai, semua urusan saya dengan kehidupan akan Allah bentangkan jalan untuk saya hadapinya…

Buat pembaca budiman,

Saya memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran yang telah saya lakukan kepada saudara dan saudari sekalian. Mungkin kita pernah bersua, bermuamalah mahu pun kita pernah ‘berchating’ di alam maya.

dsc07794.jpg

Salam Eidil Adha dari saya, isteri dan Alya Insyirah. Doakan kesejahteraan kami dalam menempuh hidup sebagai hamba Allah. Insya Allah, sehingga akhir tahun ini, saya akan bercuti di Perlis di samping merayakan Hari Raya Korban di utara tanah air. Seterusnya baki cuti yang ada, kami habiskan bersama keluarga di Selangor.

Sebelum terlewat, Selamat Menyambut Eidil Adha. Salam Tahun Baru 2008.

Semoga kita akan diberkati Allah hendaknya.

7 thoughts on “Maaf semua…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s