Kahwin dulu, baru boleh dating…

kawindulubmp.jpg

“Abang, balik lah Perlis, 16 hb ni genap setahun usia perkahwinan kita,” beberapa hari yang lalu semasa saya berbual melalui corong telefon dengan isteri, beliau melahirkan kekesalan kerana saya jauh di sisinya.

Walaupun orang perempuan ini, tentang tarikh-tarikh bahagia perlu diraikan dengan istimewa, namun bagi saya, bagaimana pengisian yang perlu ditumpahkan agar peringatan tarikh yang diraikan itu lebih bermakna.

Alhamdulillah, ketika penulisan ini di tulis tinggal lebih kurang 2 jam akan memasuki tarikh 16 hb Disember 2007. Dalam erti kata yang lain, usia perkahwinan saya dan isteri akan menjangkau usia setahun.

Tambahan pula, tarikh perkahwinan kami hanya lewat dua hari daripada hari ulang tahun isteri saya. Jadinya, kami menyambut dua peristiwa besar dalam tempoh selang dua hari.Kadang-kadang, kebanyakan orang lebih memikirkan kepentingan untuk menyambut hari bahagia. Tanpa menyedari betapa perlunya pengisian agar hari bahagia yang di sambut itu lebih bermakna.

Semenjak saya berkahwin, saya sentiasa berfikir, bagaimanakah saya dan keluarga 5 tahun mendatang. Adakah kami akan bahagia? Saya meletakkan definasi bahagia berdasarkan kepada ketaatan dan kepatuhan atau pun dalam erti kata sebenar, keimanan kepada sang Pencipta. Kenapa tempoh 5tahun? Ini adalah tempoh jangka pendek , kerana ia membolehkan saya mensasarkan matlamat yang ingin dicapai dalam tempoh yang pendek ini.

Sememangnya, cinta yang perlu kita utamakan dan letak di tempat teratas adalah CINTA KEPADA ALLAH. Selalunya apa bila berlaku kesulitan, musibah dalam perhubungan saya dengan keluarga, rakan-rakan atau masyarakat, cepat-cepat fikiran saya menerawang tentang hubungan saya dengan Allah.

Tanya lah siapa saja pun, terutama bagi mereka yang telah berumah tangga, selepas mendirikan ‘masjid’ apakah lagi matlamat yang ingin di capai? Sekiranya dulu, ketika bujang hati membuak-buak untuk membina mahligai bersama insan tersayang, tetapi ketika segalanya ini tercapai, apa pula matlamat yang ingin di capai?

family.jpg

Maka, usia setahun jagung perkahwinan ini membolehkan kami merenung kembali matlamat utama pernikahan yang telah kami ikrarkan dulu. Adakah perkahwinan merupakan tempat untuk melempiaskan hawa nafsu semata-mata, modal untuk mencari teman sejati atau pun jalan untuk mencari keredhaan Allah. Semuanya benar, namun yang paling penting perkahwinan adalah amanah.

Amanah memberi cinta, menyubur kasih sayang ,membelai hati antara dua insan. Segala-galanya adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Moga-moga cinta yang terjalin antara kami akan mendekatkan kami dengan Allah. Cinta terulung adalah cinta kepada Allah. Tanpa Cinta kepada Allah, cinta yang lain adalah palsu semata-mata, sekadar untuk memuaskan nafsu yang tidak pernah puas dan sentiasa menjauhkan diri kita dengan Allah.

syurgabumigd3.jpg

Ya Allah, berikanlah ketenangan kepada hati kami, kurniakan hidayah buat kami membina keluarga bahagia, semoga kami akan dipertemukan di Syurga MU…jadikan lah anak-anak kami penyejuk hati yang akan mendoakan kesejahteraan kami di alam barzakh. Segalanya ini akan menjadikan kubur kami taman-taman Syurga bukannya lubang-lubang neraka..AMIN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s