14 Disember Datang lagi…

dsc08184.jpg

wanita-solehah.jpg

Hujan di luar tidak lagi lebat. Namun, kesejukan makin saya rasai hingga menaikkan bulu roma. Perlahan-lahan kenangan saya terimbau SMS yang di hantar oleh isteri lewat petang semalam.

“Tak dapat lah nak sambut hari jadi esok dengan abang”, saya bungkam, kelu tidak tahu untuk membalas apa? Lagi pun Isnin yang lalu, saya baru sahaja menziarahi isteri dan Alya Insyirah. Insya Allah, raya nanti saya akan pulang ke Perlis untuk menyambut Aidiladha bersama. Apabila berjauhan ini, baru saya mengetahui nikmatnya rindu. Betapa kasih sayang keluarga adalah harta yang paling bernilai kurniaan Allah.

Siapalah yang tidak merindui isteri? Namun saya tepis jauh-jauh kerinduan yang datang. Betapa apabila saya memandang wajah Alya Insyirah, dapat saya rasakan telah tertanam di sanubari kasih sayang yang di tumpahkan jauh ke dalam diri Alya Insyirah. Sedangkan Alya Insyirah pun saya rindu, ini kan pula ibunya .

Usia perkahwinan kami akan mencecah usia setahun jagung. Masih terlalu jauh lagi perjalanan yang akan kami lalui. Alhamdulillah, kini anggota keluarga kami sudah bertambah seorang, tugu kebahagiaan kami bersama.

Tanggal 14 Disember kali ini, isteri saya meraikan ulang tahun kelahirannya bersama Alya Insyirah tanpa saya di sisi. Tetapi jauh di sudut hati, mendoakan kesejahteraan dan ketenangan buat isteri yang tercinta sempena kelahirannya yang ke 24 pada 14 Disember 2007.

baiti-jannati.jpg

Saya bahagia menempuh segala kesenangan , kesusahan, pahit, manis serta pelbagai rencah kehidupan yang menghiasi jendela kehidupan kami. Setahun yang lalu telah mendatangkan seribu pengalaman ,sejuta rasa selautan pengajaran buat saya menjadi nakhoda memandu kapal kehidupan menuju dstinasi yang abadi.

Jauh di mata, namun di hati sentiasa mengingati kasih sayang yang telah kami bina bersama. Semoga ia adalah kasih yang akan mendekatkan diri kami kepada Pencipta kami.

Doa saya buat isteri tercinta, agar dikau menjadi isteri yang solehah, penawar hati penyejuk mata…Amin

6 thoughts on “14 Disember Datang lagi…

  1. Salam alaik…selamat ulang tahun wife u yg ke 24…berpisah demi cinta kasih dan syg..semoga bahtera rumah tangga anda bahagia hingga ke akhir hayat. U baru setahun jagung tetapi akak dah nak masuk 14 tahun..usiapun dah meningkat tp rindu ttp ada bila berjauhan dgn org yg sama2 berkongsi hidup dgn kita…bersabarlah….. hidup ini pengorbanan..pengorbanan demi cinta dan sayang..apa lagi pengorbanan seorang isteri melahirkan buah hati u ke dunia..semuanya demi cinta dan pengorbanan………selamat menyambut aidil adha maaf zahir dan batin……………

  2. wah… shahdu betul.
    se’shahdu’ hujan di johor tempohari..
    hujan dah berhenti, tinggal gerimis setiap hari..
    esok lusa, mentari muncul lagi.

    selamat hari lahir buat zaujah Ridwanto!

  3. alangkah indah jika cinta itu menyamai cinta kita pada PENCIPTA
    apakah ada jurang cinta-cinta,
    damaikah kita bila cinta pada orang di depan mata,
    moga cinta bukan terhenti di dunia fana…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s