Dedikasi buat Ayah tercinta

mayat2.jpg119497a-muslim-at-prayer-posters.jpg

Ya Allah baru saya teringat, sudah genap setahun lebih Allahyarham ayah saya pergi meninggalkan dunia yang fana.Terlalu cepat rasanya masa berlari pantas meninggalkan kita.

Tanggal 15hb November 2006. Saya tidak akan lupa pada malam kematian ayah, saya sedang sibuk mengulangkaji pelajaran. Tambahan pula, waktu itu tinggal satu semester lagi untuk saya menamatkan pengajian di UTM. Saya baru sahaja beberapa bulan bertunang ketika itu…

.”Mak bagi tahu apak sedang nazak”, berderau darah saya apabila tunang saya (isteri ) ketika itu memberitahu. Ligat berputar di fikiran saya, kenapa mak tak bagi tahu pun?

Hati saya bertambah bercelaru, peluh jantan menitis perlahan-lahan. Perbincangan bersama rakan-rakan sudah saya abaikan. Degup jantung saya laju berlari…

Lalu saya perhatikan jam di tangan, baru pukul 11 malam.. Dengan hati yang berdebar saya mendail telefon bimbit mak, bertanyakan apa yang berlaku di rumah.

“Apak tadi nazak, tapi sekarang dia dah tidur. Tak apa, apak baik-baik aja, jangan fikir bukan-bukan. Teruskan lah belajar”, sayup kedengaran suara mak. Saya pun membalas, “Mudah-mudahan baik semuanya”.

Perlahan-lahan ingatan saya kembali, saat terakhir saya bersama ayah, sebelum saya meninggalkan rumah untuk kembali ke UTM. Seusai bersalaman dengan mak dan ayah, apabila melangkah kaki ke luar rumah sehinggalah sampai ke Pudu air mata saya menitis tidak berhenti. Terlalu sedih. Saya pelik. Kenapa?

“Nanti bila apak dah tiada, jaga mak baik-baik” Itu antara wasiat yang saya tidak boleh lupakan sampai saya mati. Mungkin sebab itu, roh saya dapat merasakan roh ayah akan pergi meninggalkan bumi yang fana ini. Terpisahlah jasad dan roh ayah buat selamanya.

Tangisan saya makin kuat. Esakan saya seperti budak kecil. Saya dapat merasakan inilah detik terakhir saya berjumpa ayah buat kali terakhir diwaktu jasadnya masih lagi berkawan dengan roh.

Kini, sudah setahun 15 hari , ayah pergi meninggalkan kami. Tak dapat saya bayangkan betapa gembiranya ayah apabila menimbang cucunya yang pertama hasil perkahwinan dengan mak..

Alya Insyirah, cucu ayah ini comel. Bersih mukanya. Moga-moga cucu ayah ini akan menjadi insan yang solehah. Amin…

Al-Fatihah buat ayah tercinta , datuk kepada Alya Insyirah, Allahyarham Hj. Syaiful Anwar bin Zainal

Semoga ayah saya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Ya Allah, lapangkanlah kuburnya. Semoga kuburnya umpama taman-taman syurga bukannya lubang-lubang neraka. Kurniakanlah syurga Firdaus…Amin…

alfatihah3.jpg

Selimut Putih

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan

Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan

Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara

Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri

Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung

Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan

Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

10 thoughts on “Dedikasi buat Ayah tercinta

  1. begitu juga 8 november yg lepas…ana kehilangan nenek ana…begitulah hidup kita…jika sudah sampai ajalnya…hanya iringan doa buat yg sudah pergi dan pengajaran buat kita yang masih hidup ini…

  2. askm. saya merupakan seorang student ipta. Apabila terbaca petikan tersebut saya terasa rindu sangat kpd ayah saya kat rmh, saya berada jauh drpd mereka, walaupun saya call dia tiap2 hari tp msh tak dpt ubat kerinduan saya terhadapnya,entah mcm mana keadaan saya apabila dia dah takde nanti, saya pun tak tahu. Saya sangat rindu kat ayah……………………………

  3. terbaca artikel ni saya teringat ayah kat kmpg yang sudah uzur,saya sgt rindu kat dia, hanya tuhan saje yang betapa rindunya saya terhadapnya. Saya berada jauh dari rumah kerana menunaikan kwjpan saya sebagai seorang anak dan pelajar,apa yang dapat saya berikan kpd kedua2 org tua saya ialah kejayaansaya dalam pljran.sy harap dapat berikannya kpd merek

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s