Anak ku sayang…

“Ya Allah, berikanlah cinta-Mu kepadaku,
Jadikanlah orang yang mencintai-Mu mencintai aku
Dan jadikanlah aku mencintai segala sesuatu
yang membawa kepada kecintaan-Mu!”

dsc08346.jpg

Alahai comelnya Alya Insyirah ketika tidur. Selepas mendirikan rumah tangga, harta yang paling bernilai buat pasangan suami isteri adalah kehadiran cahaya mata.

“Abang, tak rindukan kami?” Lewat melalui sms isteri saya bertanya. Demi Allah, siapa lah yang tidak merindui isteri dan anak. Lebih-lebih lagi, apabila saya melihat gambar Alya Insyirah, betapa kerinduan yang amat sangat menghantui diri saya. Entahlah, ini adalah pengalaman pertama saya menimang cahaya mata.

dsc08321.jpg

Anaklah yang akan menjadi penghubung kasih sayang antara suami dan isteri.  Saya bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan buat diri ini. Betapa Allah sentiasa mengasihani hambaNya. Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada saya.

Tetapi, mengapa saya tidak mensyukuri nikmat yang Allah berikan ini? Semalam, selepas menghadiri satu mesyuarat, saya dan rakan-rakan melepaskan lelah di sebuah warung makan. Sambil minum-minum kami bersembang panjang. Dari isu politik, kerjaya sehinggalah hal-hal peribadi terutama soal rumah tangga.

“Untunglah engkau, dapat tinggal dengan isteri kau”. Eh, kenapa pula? Saya bertanya kehairanan. Macam mana tak untung, kau tengok aku, kerja di Johor tapi isteri aku di Perak. Mahu atau tidak sebulan sekali mesti aku kena turun Perak”.

Itu baru satu kes yang saya lihat. Ramai teman-teman saya yang baru berumah tangga mengalami nasib yang sama. Si suami bekerja di Kuala Lumpur tetapi isteri nun jauh di selatan tanah air. Setiap hujung minggu terpaksa pergi ke selatan berjumpa isteri tercinta. Begitulah seputar kisah pasangan yang berumahtangga. cabaran dalam hidup terlalu banyak tetapi bukan kah itu semua adalah satu kemanisan ??

Biarlah apa pun yang berlaku namun saya ingin mensyukuri apa saja nikmat dan kurnia yang Allah berikan kepada saya dan keluarga. Saya sentiasa berdoa agar apa saja yang berlaku dlam hidup ini ia akan mendekatkan diri kepada sang Pencipta…

5 thoughts on “Anak ku sayang…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s