Alya Insyirah

dsc08274.jpgSesejuk mata memandang. Begitulah yang boleh saya lafazkan apabila melihat wajah anak sulung saya.

18 hb November yang lalu, genap sebulan usia Alya Insyirah. Apabila memandang wajah comel anak saya, tak tergambar betapa kerinduan yang menyelinap disegenap ruang sanubari saya. Tambahan pula , isteri dan anak jauh di utara , sedangkan saya sendirian di selatan tanah air. Cuma saya gagahi jua hati agar bersabar kerana selepas usai berpantang isteri dan anak yang comel ini akan berada di sisi saya. Insya Allah.Ini adalah antara nikmat perkahwinan yang telah Allah kurniakan buat pasangan suami isteri.

Tanpa saya sedari masa seolah-olah laju meninggalkan diri ini. Bayangkan , tanggal 16 hb Disember yang mendatang akan genap setahun usia perkahwinan saya dan isteri. Terasa benar masa cepat berlari meninggalkan saya . Namun , antara yang paling indah dalam menempuhi alam perkahwinan , mempunyai seorang cahaya mata penawar hati. Mengikut isteri, Alya Insyirah sudah mencecah 4.2 kg, malah hati saya bertambah girang mendengar Alya Insyirah semakin membesar seiring dengan kecomelannya.

dsc08344.jpg

Biarlah, usia Alya Insyirah yang mendatang akan dihiasi dengan keimanan dan ketakwaan. Semoga Alya Insyirah akan menjadi anak yang solehah.

8 thoughts on “Alya Insyirah

  1. Bestnye dpt nikmat n hadiah yg sgt berharga dr Allah. Semoga Alya taat pd Allah dan sentiasa mendoakn kebahagiaan ibu n ayahnye, Amen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s