ALYA INSYIRAH BINTI MUHAMMAD RIDWANTO

Permata hati kuPermata hati kami yang pertama

Mengimbau kembali,detik-detik manis Alya dilahirkan adalah pengalaman manis untuk diri aku sendiri. Pada pagi 18hb Oktober sekitar jam 12.30 pagi, isteri aku mengadu tanda-tanda bayi dalam kandungan bakal dilahirkan. Tapi, aku sekadar bersahaja tanpa rasa cemas namun ayah mertua bersungguh-sungguh menyuruh aku memberitahu bidan kampung akan perkembangan isteri aku. Lalu aku dan ayah mertua pergi ke rumah bidan kerajaan  tetapi hanya jawapan pendek diberikan, “hantar ke hospital”. Sekitar jam 1.30 pagi kami bertolak ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

Sesampai di sana pada pukul 2.15 pagi, isteri aku masuk ke bilik bersalin. Selepas 15 minit, isteri aku pun keluar menemui aku. Rupa-rupanya, jururawat menyuruh isteri aku keluar untuk makan. Jadi, kami bertiga (adik ipar pun ada juga) bergegas keluar dari hospital mencari makanan. Kangar, bukanlah  seperti Kuala Lumpur, tiada  kedai makanan yangmenjalankan perniagaan pada pukul 2-3 pagi. Nasib baiklah ada 7 Eleven. Kami membeli roti dan air minuman kotak.

Kemudian jam 3.40 pagi kami kembali semula ke perkarangan bilik bersalin. Ikutkan hati aku biar kami balik sahaja , pukul 6 pagi baru datang kembali ke hospital. Namun, pengalaman pertama , tidak tahu apa yang akan terjadi. Maka, isteri aku mengambil keputusan untuk masuk ke bilik bersalin.

Jadilah aku penunggu setia di hospital. Berkongsi pengalaman, cerita suka dan duka bersalin di hospital kerajaan bersama pakcik dan makcik serta suami seperti aku yang menunggu ahli keluarga mereka yang  bersalin di Hospital Tuanku Fauziah ini.

Pelbagai cerita dikisahkan buat pendengaran halwa telinga aku. Sekurang-kurangnya ia  menjadi peneman setia aku daripada mengantuk.Isteri aku di dalam tidak tahu apa cerita. Mungkin isteri aku sudah tidur, begitulah yang terfikir di benak hati aku. Tiba-tiba pukul 6.45 pagi, aku menerima pesanan ringkas (sms) dripada isteri aku,”Abang sakit”. Apa yang boleh aku katakan padanya , bersabarlah. Rasa cuak sudah mula menyelubungi hati dan perasaan aku. Tidak putus doa, munajat dan zikir aku panjatkan pada Allah. Semua itu supaya Allah akan kurangkan sakit ketika bersalin yang dialaminya

dsc08242.jpgBaru sahaja aku dan adik ipar hendak pergi bersarapan, aku didatangi panggilan daripada jururawat mengatakan bukaan rahim isteri aku ketika itu 7cm, sedangkan bukaan penuh adalah 10 cm. Ketika itu, aku melihat jam di tangan pukul 8 pagi.Bergegas aku berlari ke bilik bersalin kerana sebelum itu aku meminta kebenaran dari jururawat untuk bersama dengan isteri untuk menyambut kelahiran bayi sulung kami.

Setibanya aku di sisi isteri, aku melihat beliau keletihan dan wajah lesu menghiasi dirinya. Terfikir dalam hati ku, betapa susahnya seorang ibu melahirkan anaknya. Betapa besar pengorbanan seorang yang bergelar ibu.(Terima kasih Ibu dan isteri abang). Hampir 3 jam 30 minit aku bersama isteri memberikan sokongan kepadanya bertarung antara hidup dan mati melahirkan bayi pertama kami.

Alhamdulillah, tepat jam 12.10 tengahari, bayi pertama kami lahir di dunia yang fana ini. Tertaklif tanggungjawab di pundak kami untuk mendidik bayi ini menjadi insan yang solehah. Berketinggian 53 cm, berat 2.7 kg, aku pun melaungkan azan dan iqamah di telinga bayi ini.

Rasa seronok dan gembira yang teramat sangat melihat permata hati kami ini. Wajahnya saling tak tumpah seperti aku seperti kecil dulu. Mungkin mukanya nampak tembam..Alhamdulillah atas kurniaan Allah atas nikmat dan rezeki yang dikurniaankanNYa.

Atas dasar bayi ini tinggi, kami mengambil keputusan menamakannya Alya= tinggi… Aku terfikir, cukup bermakna kah Alya sahaja? Beberapa hari aku berfikir, Alya apabila menjangkau usia remaja, dewasa nanti ke mana hala tuju hidupnya?Sedangkan dunia kini makin mencabar. Seolah-olah dunia ini kejam. Aku takut anak ini akan terbuai dengan keseronokan dunia yang menipu. Jenuh aku berfikir, sebelum tidur, semasa memandu pulang dari hospital malah ketika mandi pun, bagaimanakah nasib anak ini?

Aku selak Quran tafsir, menjenguk sebentar nama-nama baik yang disebutkan dalam Quran. Hati aku berbisik, biarlah apa pun yang Alya lalui dalam hidup, Alya akan dikurniakan kemudahan atas segala urusannya. Mata aku terpaku pada surah al-Insyirah. Kemudian aku fahami makna dan intipati surah ini. Mengandungi 8 ayat, diturunkan di Mekah.

Mengikut Dr Wahbah al-Zuhaili, surah ini dinamakan surah al-Insyirah kerana ia dimulakan dengan pernyataan tentang kelapangan dada Nabi Muhammad S.A.W. Agar hati Rasulullah diterangi dengan HIDAYAH,IMAN dan HIKMAT

Mengambil pengajaran dan hikmah surah ini, aku menamakan bayi kami, ALYA INSYIRAH. Semoga dengan itu, kehidupannya akan sentiasa diterangi HIDAYAH,IMAN dan HIKMAT……

Berdasarkan intipati surah ini juga agar Alya Insyirah akan disenangkan Allah akan perkara yang susah, menyelesaikan kerumitan dan menghapuskan ujian yang berat serta dijanjikan Allah khabar berita kepadanya kemenangan yang hakiki    ( syurga)..

35 thoughts on “ALYA INSYIRAH BINTI MUHAMMAD RIDWANTO

  1. Assalamualikum,

    Tahniah er en. Ridwanto….Cutenyer…Semoga membesar menjadi wanita solehah….kawan saya pun ucap tahniah

  2. wah. dah ada anak rupanya? wanto, bini ko aku tak pernah tgk pun. anyway, tahniah. ko keje mana skang? sup sup terus ilang tanpa berita. aku skang on job hunt. maklumla dah nak abis.

    Aku ada wat blogsite. Jenguk jenguk la kalau ada masa.

    http://www.ahmadhisyam.com/

  3. Salam abg Wanto kite,

    Tahniah! Dah dapat anak rupanya… Maaf, baru tahu. Lama tak berjumpa kan. Alya Insyirah…hmm…sedap juga didengar; sesedap maksudnya. InsyaAllah, bakal jadi anak solehah wal musleh; seperti mana harapan mak ayahnya.

    Sedikit ‘cenderakata’ [walaupun sebenarnya saya tak layak nak bagi kat abg. Wanto -sebabnya saya belum kahwin lagi! :-)]: Didiklah dan pupuklah anak dengan akhlak mulia, mengenal Penciptanya; sebagai benteng daripada keributan dan keserabutan sosial di luar sana yang entah mereda atau tidak… Anak Berakhlak Mulia, Penggerak Masyarakat, Penegak Kebenaran. InsyaAllah.

    Syazwan A.Aziz,
    Bekas Penghuni KTC dan ahli KRU.

  4. salam
    salam tahniah wat kalian, wanto n mai. moga2 Allah melimpahi barakah ke atas keluarga muda ini.amin..huhuhu. lambat wish pn lambat la..huhu

  5. Bertanyakan pengalaman orang, cerita orang, khabar orang, tak sama kan dengan merasainya sendiri… Hargailah saat2 manis dengan syukurnya… (^;^)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s