Ujian Sahkan Mayat Dalam Beg Adalah Nurin! Bapa tidak percaya

Ujian Sahkan Mayat Dalam Beg Adalah Nurin! Bapa tidak percaya

Salmiyah Harun | Foto Wan Zahari
Thu | Sep 20, 07 | 2:12:09 pm MYT
Kemaskini! PETALING JAYA, 20 Sept – Ujian DNA telah mengesahkan mayat yang ditemui dalam sebuah beg di sebuah kedai di PJS1, Petaling Jaya Utama Isnin lepas sebagai mayat Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang sejak sebulan lepas.

Demikian kata Ketua Polis Daerah Petaling jaya ACP Arjunaidi Mohamed yang dipetik daripada Bernama.

ImageBagaimanapun, bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil yang ditemui di Hospital Kuala Lumpur tidak yakin mayat kanak-kanak yang ditemui tersebut sebagai anaknya.

Sehubungan itu beliau meminta pihak berkenaan membuat ujian DNA sekali lagi.

Pemimpin PAS diketua Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof, Setiausaha Muslimat, Aiman Athirah al-Jundi bersama beberapa yang lain turut sama menziarai jenazah dan keluarga Nurin Jazlin di bilik forensik HKL petang ini.

Ibu Nurin Jazlin, kanak-kanak berusia lapan tahun yang hilang sebulan yang lalu kesal dengan tindakan polis kerana tidak memaklumkan kepada mereka terlebih dahulu tentang keputusan ujian DNA ke atas mayat seorang budak yang ditemui dalam beg adalah Nurin Jazlin.

Norazian Bistaman, 35, berkata, pihaknya mendapat tahu keputusan ujian DNA itu melalui orang lain bukannya daripada pihak berkuasa.

Biarpun beliau yakin mayat kanak-kanak dalam beg itu bukan anaknya, tetapi beliau kecewa kerana orang lain yang mengetahui terlebih dahulu.

Image“Kalau betul-betul DNA itu adalah anak saya sepatutnya pihak berkuasa yang berkenaan memaklumkan kepadanya terlebih dahulu sebagai ibu dan bapa, bukannya kami datang ke sini keadaan sudah menjadi kelam kabut,” katanya yang ditemui di Hospital Kuala Lumpur.

Katanya, beliau dan suaminya serta beberapa ahli keluarga terdekat sama-sama melihat dan mengecam mayat kanak-kanak itu bagimanapun tetap mengatakan dia bukan Nurin.

“Saya ayah Nurin… Saya lebih mengenali anak saya dari semua orang. Dalam hati saya berkata mayat itu bukan anak saya.

“Jika polis suruh saya ambil mayat tersebut, saya akan terima, saya akan mandikan dan akan mengebumikannya. Tetapi saya hendak polis teruskan usaha mencari Nurin kerana saya tahu Nurin masih berada di luar sana dalam keadaan selamat,” kata Jazimin.

Bagaimanapun ujian DNA kali kedua dibuat selepas kedua ibu bapa Nurin berat hati untuk mengesahkan mayat kanak-kanak itu adalah Nurin.

Keputusan untuk ujian DNA itu akan dimaklumkan kemudian. – mr

2 thoughts on “Ujian Sahkan Mayat Dalam Beg Adalah Nurin! Bapa tidak percaya

  1. Masih terdapat manusia yg berhati haiwan pada zaman seba-serbi moden dan canggih ini…
    Pengorbanan yg terpaksa kita lalui akibat dari mengejar arus kemodenan, runtuh akhlak, moral, nilai murni & kasih sayang, yang tinggal kerakusan manusia mengejar dunia
    sehingga terlupa kehidupan yang pasti (akhirat)…. Moga rohnya dicucuri rahmat…..

    semoga menjadi pengajaran buat kita semua

  2. saya melihat perkara ini sbg suatu bala daripada Allah s.w.t. memang benar kata ustaz naim dalam khutbah tempoh hari ;
    dahulu, umat kita dibalakan dgn kes buang anak, namun hari ini kita dibalakan pula dengan kes buang anak dan hilang anak…akibat daripada menolak hukum alllah di muka bumi ini.wallu’alam.

    benar…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s