Adakah Islam diserang?

Beberapa tahun yang lalu,apabila saya menuntut di UTM, saya amat bersyukur kerana saya telah dikenalkan dengan tokoh-tokoh hebat melalui seminar,pembacaan,pergaulan,usrah dan pelbagai medium yang saya perolehi di UTM. Pendek kata, universiti secara tidak langsung membentuk akal budi saya sebagai seorang insan. Alhamdulillah. Saya berpeluang untuk itu. Walaupun, saya bukanlah pelajar yang pintar semasa menuntut di UTM tetapi saya memperolehi nikmat yang lain. Saya mendapat erti nilai kehidupan yang paling bermakna.

Itulah universiti. Terima kasih UTM.

The Clash of Civilisation, karya tulisan Hungtinton, adalah antara karya yang mengegarkan dunia pada awal tahun 90 an. Makalah ini menceritakan pertentangan antara tamadun barat (baca Amerika syarikat) dengan tamadun Islam. Hungtinton berpendapat selepas kejatuhan komunis (dipetakan sebagai kawasan kuning) musuh utama tamadun barat adalah Islam. Tetapi ramai pihak melontarkan pandangan bahawa tidak ada pertentangan antara tamadun. Itu kisah hampir dua dekad lalu.

Apa yang hendak saya kongsikan bersama adalah kisah di universiti tempat saya menimba ilmu. Pilihan raya kampus hampir tiba. Gendang pilihan raya hampir jelas kedengaran. Dahulu saya pernah diamanahkan sebagai Pengerusi Lujnah PMIUTM. Biasalah, sebut saja Persatuan Mahasiswa Islam, terus diikiraf (secara tidak rasmi) sebagai proksi PAS di kampus. Seolah-olah PAS dan PMI adalah adik beradik. Jadinya, PMI di serang disegenap segi. Seolah-olah dosa besar bernaung di bawah nama PMI.

Kini, ada kedengaran di universiti tempat saya belajar dulu, terus menempikkan PMI adalah proksi pembangkang.Walhal, keanggotaan PMI adalah terdiri daripada mahasiswa sendiri. Biarkanlah mahasiswa ini mengasah bakat kepimpinan mereka melalui lapangan ini.

Negara tidak akan pernah rugi mempunyai bakal pemimpin yang kritis,berpandangan jauh, sedia menerima idea baru serta berani menyuarakan pandangan demi kemashalatan umat….

Kita perlukan bakal pemimpin sehebat Ust. Nik Aziz dari segi spritiualnya, Sdr Anwar ibrahim dari segi strateginya dan tidak lupa tun Dr Mahathir dari segi pragmatiknya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s