INTIFADA YANG DIBERKATI

 

 

hamas.jpg

1.Pengenalan

Apakah yang dimaksudkan dengan intifada? Intifada adalah dari kalimah arab yang membawa maksud ‘kebangkitan’. Apakah hubungkait intifada dengan perjuangan rakyat Palestin dan apakah faktor utama yang menjadi penyumbang kepada berlakunya peristiwa intifada ini? Untuk pengetahuan semua, kita sebenarnya tidak boleh melupakan peranan besar yang dimainkan oleh HAMAS (Harakatul Muqawamatul Islamiyah) sebagai sayap Ikhwanul Muslimin di Palestin. Pada bab yang lalu telah diterangkan bagaimana penubuhan HAMAS serta sejarah pergerakan ini dalam membebaskan bumi Palestin yang menjadi kebanggaan umat Islam seluruh dunia malah tidak dapat tidak, kita mengatakan pertubuhan ini adalah pengerak utama kepada gerakan intifada ini.

Sebelum kajian ini pergi lebih jauh lagi, penulis ingin menarik perhatian pembaca, pandangan dan fatwa yang telah dikeluarkan oleh seorang ilmuan Islam yang tersohor di abad ini. Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi, seorang ulama Timur Tengah yang kini menjadi rujukan umat Islam seluruh dunia menjelaskan bahawa kaum muslimin tidak memerangi orang-orang Israel kerana mereka adalah penganut agama Yahudi. Tetapi peperangan atau pun intifada ini berlaku adalah kerana mereka merompak tanah air bangsa Palestin, mereka menumpahkan darah kaum muslimin dan menodai kesucian masjid serta gereja yang menjadi tempat suci umat Islam dan Kristian.[1] Malah dalam wawancara beliau dengan stesyen TV Al Jazeera (2/6/2002) dalam program Syariat wal Hayat, Qardhawi menegaskan “Kami tidak memerangi Israel kerana mereka Yahudi, tetapi kerana mereka merampas tanah kami, membunuh kami, dan mengotori tenmpat suci kami.”[2]

2.Intifada peringkat pertama

 

 

images2.jpg

Secara keseluruhannya intifada yang berlaku di bumi Palestin ini boleh dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat pertama intifada berlaku hanya menggunakan lontaran batu dan lastik dalam memerangi Yahudi yang menzalimi rakyat Palestin.

Malah pembaca semua harus melihat mengapa berlakunya intifada ini disaat pergolakan di Timur tengah menjadi tumpuan dan perhatian daripada seluruh negara di dunia. Peristiwa bersejarah ini berlaku pada 9/12/1987, tercetusnya kebangkitan (Intifada) ini ialah tindakan sebuah lori besar milik Yahudi yang sengaja melanggar dua buah lori kecil milik umat Islam menyebabkan 4 orang terbunuh dan 9 lain tercedera.[3] Maka bermulalah intifada dan penentangan terbuka rakyat Palestin dengan melontar batu ke arah musuh. Mereka gagal mendapatkan senjata api kerana sempanan negara ditutup dan dikawal ketat oleh pihak Israel dan negara-negara Arab yang bersempadan. Semenjak peristiwa pertawa intifada ini, Yahudi terus menerus menekan dan menzalimi rakyat Palestin. Antaranya:

15/2/1988[4]

Tentera Israel menggunakan buldozer (jentolak) menganmbus 4 orang pejuang Islam yang masih hidup kedalam tanah. Namun selepas itu, dengan kuasa Allah, mereka berjaya keluar dengan selamat.

8/101990

Pembunuhan di Masjid Al-Aqsa. Ia berpunca daripada perbalahan umat Islam dengan pelampau Yahudi yang cuba meletakkan batu asas ketiga pembinaan biara Haikal Sulaiman di halaman Masjid Al-Aqsa. Menurut perancangan Zionis, Haikal Sulaiman yang mereka impikan itu ialah sebuah biara (kuil) bagi orang Yahudi yang akan dibina selepas berjaya meruntuhkan Masjid Al-Aqsa suatu masa kelak. Selepas perbalahan di antara umat Islam dengan pelampau Yahudi itu, tentera Israel yang lengkap bersenjata datang ke Masjid Al-Aqsa dan melepaskan tembakan rambang ke arah umat Islam yang sedang menunaikan solat. 21 orang telah syahid, 150 orang cedera dan hampir 300 orang telah ditangkap.

Apakah yang boleh diharapkan lagi, apabila rakyat Palestin dibunuh setiap hari. Perjanjian damai yang dilakukan antara pihak PLO dan Israel hanya sekadar untuk menyedapkan lagi keganasan yang dilakukan oleh Yahudi. Contohnya perjanjian yang telah diadakan pada pertemuan di Kaherah, Mesir bertarikh 4/5/1994. kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk menyerahkan pentadbiran Semenanjung Ghaza dan Jericho (Ariha) kepada PLO pimpinan Yaser Arafat[5]. Dua tempat itu saja yang dikatakan sebagai ‘Palestin’. Malah keluasannya hanya seluas separuh negeri Perlis, Malaysia. Inikah yang dikatakan keadilan. Untuk pengetahuan semua perjanjian ini telah ditaja oleh Amerika Syarikat yang sebenarnya menjadi dalang kepada setiap perkara yang berlaku di bumi Palestin. Mereka mendabik dada mengatakan mereka adalah ‘Polis Dunia’ yang menjaga keamanan dunia,tetapi dalam isu Palestin ini kita lihat bagaimana Amerika seolah-olah diperbodohkan oleh Israel.

Kita melihat bagaimana kebiadapan kaum Yahudi dengan sesuka hati mereka melakukan perkara yang bertentangan undang-undang malah melanggar norma kehidupan. Pada tarikh 25/2/1994 beberapa orang pelampau Yahudi dari perkampungan pendatang haram Karyat Arba’ diketuai oleh Barukh Gold Styne melepaskan tembakan rambang ke arah umat Islam yang sedang menunaikan solat jamaah fardhu subuh di Masjid Nabi Ibrahim di Hebron (Madinatul Khalil). Peristiwa ini berlaku pada pagi 15 Ramadhan 1414 H ketika umayt Islam menunaikan ibadat puasa. Ini telah mengakibatkan seramai 60 orang telah tebunuh syahid. Malah peristiwa ini juga telah menyebabkan HAMAS meningkatkan siri operasi syahid (amaliyyah istishadiyyah) ke atas penganas Yahudi.[6] Pelampau yahudi ini bukan saja membunuh umat Islam tetapi mereka akan membunuh sesiapa saja yang tidak sependapat atau tidak sehaluan dengan mereka, ini dapat dilihat apabila Perdana Menteri Israel, Ishak Rabin, sendiri dibunuh. Ia berpunca daripada tindakan beliau menyerahkan Semenanjung Ghaza dan Jericho kepada Palestin. Beliau telah ditembak pada 4/11/1995 dikhayalak ramai oleh seorang pelampau yahudi. Apakah yang boleh kita harapkan lagi dengan orang yahudi ini? Pembunuhan demi pembunuhan yang mereka lakukan namun masyarakat antarabangsa terus membisu.

Namun usaha pendamaian di meja rundingan semakin tertutup apabila Parti Likud yang dianggotai oleh pelampau Yahudi berjaya memenangi pilihan raya Israel pada tahun 1996. Pengambil-alihan tampuk pemerintahan ini menyebabkan usah damai terbantut. Malah pengunduran tentera Israel dari kawasan umat Islam juga tergendala. Ini kerana sepanjang pentadbiran Perrdana Menteri Benjamin Nentanyahu dan Sharon (tahun 2001) ,mereka merasakan hanya dengan kekerasan perjuangan rakyat Palestin dapat dipatahkan. Namun harus diakui walaupun nada PLO lebih lunak dalam mendapatkan kebebasan daripada pihak Israel tetapi kita tidak boleh melupakan peranan

yang telah dimainkan oleh HAMAS. HAMAS sudah lama mengistiharkan perang dan merekalah yang melakukan serangan berani mati kerana tidak lagi percaya lagi dengan proses rundingan yang ditaja oleh Amerika syarikat. Natijahnya peringkat awal intifada yang berlaku ini, rakyat Palestin hanya bersenjatakan batu dalam menentang kezaliman kaum Yahudi. Namun begitu, dibelakang mereka dalam menegakkan negara Palestin yang merdeka adalah suara umat Islam diseluruh dunia yang hanya mampu mengadakan demostrasi bagi menyatakan bantahan. Inilah yang berlaku apabila beribu-ribu umat Islam di Malaysia mengadakan demostrasi di Kelana Jaya, Dataran Merdeka, Universiti Malaya dan hadapan Pejabat Perdana Menteri kerana membantah kedatangan pasukan kriket Israel ke negara Malaysia. Tambahan pula disyaki kerajaan Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Persoalannya kini, dimanakah hilangnya sesentiviti umat Islam dalam menangani isu ini, terutamanya kerajaan yang dipimpin oleh umat Islam? Walaupun isu Palestin ini adalah melibatkan rakyat Palestin tetapi ia mesti dilihat sebagai isu umat Islam yang telah ditindas dan sebagai isu global untuk membina keamanan sejagat.

3.Intifada peringkat kedua

Harus diingat bahawa peristiwa intifada kali kedua ini adalah suatu momentum kepada kebangkitan dan serangan balas daripada umat Islam untuk melawan keganasan askar dan orang awam yang semakin menjadi-jadi, membangkitkan kemarahan umat Islam. Peristiwa kebangkitan tahun 1987 kembali berulang dan tarikh keramat ini berlaku pada 28/9/2000, umat Islam keluar beramai-ramai untuk menentang keganasan Yahudi dengan menggunakan apa saja yang pada mereka. Malah kebangkitan kali ini dilihat lebih mengancam rejim Israel kerana ia bukan saja dilancarkan oleh Kataib Al-Qassam (HAMAS) tetapi turut disertai oleh pertubuhan-pertubuhan lain seperti Kata’ib Syuhada’ Al-Aqsa (Fatah), Saraya Al-Quds (Jihad Islami), Pasukan As-Syahid Abu Ali Mustafa (As- Sya’biyyah), Pasukan Kebangkitan Kebangsaan Palestin (Ad Dimoqratiyyah) dan Saraya Al-Quds. Namun yang lebih menonjol adalah Kataa’ib Al-Qassam dan Kata’ib Syuhada’ Al-Aqsa. Apakah yang membezakan kebangkitan ini dengan tahun 1987? Intifada kedua ini tidak hanya bergantung kepada lontaran batu dan lastik tetapi banyak menggunakan serangan mortar, refel automatik AK 47 dan jerangkap samar dilakukan.

Kita tidak harus menafikan bagaimana operasi syahid (amaliyyah isttisyhadiyyah) juga meningkat dengan mendadak. Intifadah kedua ini juga telah mendapat sokongan padu dari dunia arab sendiri. Ini terbukti apabila seluruh negara arab yang mempunyai hubungan diplomatik dengan rejim Israel telah memutuskan hubungan dengan negara Israel sebelum berlangsungnya Sidang Kemuncak OIC kali ke-9 di Doha, Qatar pada tahun 2000 yang lalu.[7]

3.1Operasi ‘Amaliyyah Istisyhadiyyah’[8]

Umum mengetahui erti syahadah atau mati syahid, iaitu mereka yang terbunuh ketika menegakan Islam. Namun begitu sejak meletusnya intifada ini muncul satu istilah yang amat asing bagi sesetenggah umat Islam, iaitu ‘Amaliyyah Istisyhadiyyah’. Disini penulis ingin memberikan gambaran umum apakah penerimaan Islam terhadap konsep ini. Dari segi bahasa ‘amaliyyah beerti operasi. Manakala ‘istisyhadiyyah’ pula bererti satu operasi untuk mendapatkan mati syahid. Dari segi istilah, ‘Amaliyyah Istisyadiyyah’ membawa makna “Operasi Jihad memerangi musuh-musuh Islam dengan menggunakan satu kaedah, atau dalam keadaan yang pada adatnya, pelaksanma operasi tidak mungkin selamat. Ia dilakukan dengan niat untuk membunuh musuh-musuh Allah dan untuk mati syahid. Dalil keharusan operasi ini ialah dari sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

“…Demi (Allah) yang diriku berada di dalam kekuasaanNya, sesungguhnya aku sangat suka andainya aku dibunuh pada jalan Allah, kemudian aku hidup kembali, lalu aku dibunuh lagi, kemudian aku hidup kembali, lalu aku dibunuh lagi.” [9]

Mengapa perlu operasi ini? Kita harus mengetahui bahawa umat Islam di Palestin tidak mempunyai pilihan untuk mempertahankan diri malah mereka tidak mempunyai kekuatan persenjataan. Hal ini berlaku kerana sekatan yang dikenakan ke atas mereka sejak sekian lama. Hanya dengan melakukan operasi ini mereka dapat mengajar kesombongan dan kebongkakan rejim Israel. Malah satu-satunya kaedah penentang yang mampu dilakukan oleh umat Islam Palestin ialah dengan mencipta bahan letupan dan digunakan sebagai senjata untuk bertindak balas ke atas tentera dan penganas Yahudi. Mereka terpaksa masuk ketempat yang dipenuhi penganas Yahudi lantas meletupkan diri mereka. Tindakan ini pastinya akan mengancam keselamatan mereka tetapi ini sajalah yang mereka mampu lakukan. Malah ulama dan sarjana Islam seperti Dr. Muhammad az-Zuhaili, Prof Dr. Yusuf AL-Qardhawi, Syeikh Al-Azhar, Dr Ramadhan al-Buti, Dr. Fathi Yakan serta ramai lagi ulama timur tengah bersependapat mengenai operasi ini adalah harus dilaksanakannya[10]. Namun amat mengecewakan apabila ada pemimpin umat Islam pada Persidangan Sesi Khas Menteri-menteri Luar OIC (ICFM) Mengenai Keganasan di Hotel Palce of Garden Horses, Kuala Lumpur telah menyamakan opersi ini sebagai satu tindakan keganasan dan yang paling mendukacitakan, beliau telah menyamakannya dengan keganasan Serbia di Bosnia Herzegovina dan keganasan kumpulan Tamil Elam di Sri Langka.

3.2 Secebis kisah para syuhada

 images.jpgimages.jpgimages.jpgimages.jpgimages.jpg

 

 

 

22 Julai 2002

Ketua Umum Kata’ib Al-Qassam , Syeikh Solah Syuhadah dibunuh bersama keluarganya dan pejuang-pejuang HAMAS yang lain di Hayyud Durji, Gazza. Kesemua mangsa berjumlah 18 orang , sembilan daripadanya kanak-kanak. Pembunuhan kejam ini telah menambah kemarahan umat Islam dan kesemua kumpulan pejuang Palestin meningkatkan serangan operasi syahid.

Sebelum itu pada April 2002 dunia telah dikejutkan dengan Amaliyyah Istisyhadiyyah’yang dilakukan oleh seorang remaja wanita yang berusia 16 tahun. Mujahidah ini bernama Ayat Al-Akhras, beliau telah membawa sebuah beg yang berisi sejumlah bahan letupan menuju ke sebuah pasar raya dan meletupkan bom yang dibawanya lalu mengakibatkan 22 orang telah rebah dua orang daripada Yahudi ini telah terbunuh ditempat kejadian.

Pada 19 Ogos 2003 yang lalu seorang pejuang berani mati HAMAS telah berjaya membunuh 20 orang penumpang sebuah bas di Baitulmaqdis. Ini merupakan tindakan pertama yang dilakukan oleh HAMAS dan beberapa kumpulan pejuang Palestin selepas mereka tidak mahu terikat dengan gencatan senjata yang diisytiharkan pada 29 Jun 2003. tindakan drastik ini dibua selepas rejin Israel bertindak membunuh seorang pemimpin kanan HAMAS, Ismail Abu Shanab dan dua pengawalnya di Gaza.[11]

Ariel Sharon: Mesin Pembunuh Kebanggaan Israel

Adalah tidak lengkap sekiranya penulisan ini tidak memuatkan tentang Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel yang telah memenagi pilihan raya Israel pada Februari 2001. kita tidak harus melupakan peranan beliau 21 tahun yang lampau iaitu pada 16/9/1982. Pembunuhan Syabra dan Syatilla!!! Ketika itu beliau menjawat jawatan Menteri Pertahanan Israel telah melakukan keganasan yang membunuh lebih 3000 orang Islam yang menghuni dua buah perkhemahan pelarian Palestin di Syabra dan Syatilla, Lubnan. Adalah amat menyedihkan magsanya adalah dari golongan wanita dan kanak-kanak[12].

Para ahli politik Israel sedar bahawa Ariel Sharon memiliki sifat kekejaman yang luar biasa. Lazimnya sifat kejam yang ada pada seorang ahli politik akan menamatkan kerjaya politik seseorang namun tidak pada seorang rakyat Yahudi kerana ia menjadi pilihan rakyat untuk memimpin negara zionis tersebut sekalipun darah ditangannya tidak pernah kering dengan darah.

Bagi masyarakat arab Sharon adalah arkitek di belakang segala tindakan ganas dalam sejarah Israel: pembunuhan,pencabulan perjanjian dan meluaskan penempatan haram Yahudi di semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Masyarakat Palestin misalnya memberi gelaran kepada Ariel Sharon: Mesin Pembunuh[13]

Sebenarnya kita tidak boleh mengharapkan perjanjian damai akan termetrai di bumi Palestin selagi mana Ariel Sharon menjadi Perdana Menteri Israel kerana sejarah telah membuktikan kerakusan dan kebiadapan Sharon meminum darah umat Islam Palestin. Malah Sharon telah mengishtiharkan perang terhadap apa yang didakwanya sebagai keganasan dengan menyalahkan pemimpin boneka Palestin Yasser Arafat sebagai pihak yang gagal membendung kegiatan itu. Serangan pertamanya, tentera Israel telah mengebom pejabat-pejabat Pihak Berkuasa Palestin termasuk kawasan berhampiran dengan Arafat. Dalam serangan keduanya ia hampir membunuh Arafat tetapi persoalannya kini sekiranya Arafat terbunuh adakah masalah Palestin akan selesai? Tedapat lima kumpulan politik utama di Palestin. Tiga daripadanya Fatah, Barisan Demokratik bagi Pembebasan Palestin (DFLP) dan Barisan Rakyat bagi Pembebasan Palestin (PFLP) adalah anggota PLO. Mereka semua hanya mahu menubuhkan negara sekular Palestin. Arafat hanya mampu mengawal pertubuhannya sendiri iaitu FATAH. Malah tidak keterlaluan dikatakan perjuangan mereka selari dengan matlamat rejim Israel, sepatutnya rejim ini meneruskan perundingan dengan Arafat.

Malangnya, Sharon tidak mengutamakan soal penyelesaiaan di meja rundingan secara keseluruhan tetapi lebih kepada memelihara keselamatan Israel. Sharon mesyaratkan bahawa HAMAS dan pasukan Jihad yang lain menghentikan penentangan bersenjata yang dilakukan terhadap Israel, namun itu sukar dihentikan selagi rejim Zionis berdolak dalik dan tidak ikhlas untuk memetrai serta melaksankan perjanjian damai yang mereka lakukan, terutamanya pengunduran tentera rejim Israel dari Tebing Barat[14].

Apa yang boleh penulis katakan, dimata Sharon, Israel selalu tergambar sebagai negara lemah yang dikepung ancaman. Untuk itu,mahu atau tidak, Israel perlu menjaga diri dengan cara mempunyai kelengkapan ketenteraan yang memadai. Tidak hairanlah sejak muda lagi Sharon terkenal sebagai tokoh yang tidak mengharamkan penggunaan keganasan untuk mencapai maksudnya

PERANAN BADAN ANTARABANGSA

Isu Palestin ini bukanlah merupakan isu setempat semata-mata namun ia melangkau isu antarabangsa yang harus menjadi perrhatian dan tumpuan masyarakat dunia. Kita melihat bagaimana Amerika Syarikat seolah-olah tunduk dan berada di bawah ketiak Israel dalam menangani isu ini walupun AS mendabik dada mengatakan merekalah ‘Polis Dunia’ dalam menjaga keamanan dunia. Namun AS mendiamkan diri apabila melihat keganasan Israel di bumi Palestin kerana AS adalah dibawah telunjuk Yahudi. Lihatlah bagaimana banyak perjanjian damai yang ditaja oleh AS akhirnya akan dicabuli sendiri oleh rejim Israel, yang amat menyedihkan AS hanya sekadar mengeluarkan kecaman walaupun dalam isu Iraq mereka dengan biadapnya menceroboh kedaulatan Iraq. Dimanakah sikap ingin menjaga keamanan dunia yang selalu AS laung-laungkan? Berlakunya ‘double standard’ dalam isu Palestin kerana AS kini dicengkam oleh Yahudi seperti yang dikatakan oleh Hendry Ford dalam bukunya The Protocols of Learne Elders of Zion. Hendry Ford mantan Presiden AS pada tahun 1921 menyatakan wujudnya pengaruh Zionis dalam pentadbiran AS malah kewujudan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah satu usaha untuk mencipta tata baru dunia mengikut telunjuk dan perintah dari gerakan Yahudi antarabangsa. Jadi apakah lagi yang kita boleh harapkan dari PBB dan AS?? Bagaimanakah kita mampu mewujudkan dunia yang aman sekiranya PBB sendiri adalah boneka kepada Yahudi yang hanya menganggap selain dari kaum mereka adalah binatang?

Bagaimana dengan OIC? Apa yang mampu dilakukan oleh OIC dalam membantu perjuangan rakyat Palestin mendapatkan hak mereka untuk bernegara? Namun apa yang kita perhatikan dari dulu hingga kini tiada tindakan drastik yang mampu OIC lakukan dalam menangani masalah ini. Cuma mereka mampu bertempik dan mengecam kejahatan dan kezaliman Yahudi terhadap rakyat Palestin.Tindakan yang paling baik pun mereka hanya sekadar bermesyuarat dan mengeluarkan kata putus mengecam. Hanya yang boleh dilakukan hanyalah kata-kata kecaman. Penulis berpendapat selayaknya kata-kata kecaman patut dikeluarkan oleh rakyat biasa bukannya bagi sebuah kerajaan yang mempunyai kekuatan ketenteraan dan kekuatan ekonomi yang boleh menekan kebiadapan Yahudi. Seharusnya OIC yang mempunyai keanggotaan 56 buah negara Islam di seluruh dunia memainkan peranan yang lebih efektif dalam mernjuarai isu ini agar dapat mewujudkan sebuah negara Palestin yang merrdeka.

Cuma yang amat mendukacitakan kita terutamanya negara-negara Arab di Timur Tengah ini sebenarnya mempunyai kepentingan peribadi, ini dapat dilihat apabila mereka menjalin hubungan diplomatik dengan rejim Israel, contohnya negara Qatar, Mesir, Oman, Tunisia dan Maghribi. Mereka memutuskan hubungan dengan rejim ini pun hanya sebelum berlangsungnya Sidang OIC di Qatar pada tahun 2000. Penulis amat mengharapkan agar segala bentuk hubungan sama ada dalam bentuk politik atau pun ekonomi harus di tamatkan serta merta bagi menunjukkan komitmen dan iltizam OIC membantu perjuangan suci rakyat Palestin. Antara satu cara yang paling berkesan untuk mengajar kebiadapan rejim Israel ini adalah dengan menghantar pasukan pengaman di bawah bendera OIC ke Palestin. Tetapi sanggupkah OIC melakukannya? Mustahil untuk dilakukan sekiranya pemimpin negara-negara umat Islam ini masih lagi dipimpin oleh pemimpin sekular yang ada kepentingan peribadi. Namun penulis yakin dan menaruh harapan yang tinggi agar OIC akan memjadi perintis untuk menghantar tentera pengaman ke Palestin bagi mengembalikan Palestin ke tangan umat Islam


[1] Perang terhadap israel bukan kerana mereka yahudi- Dr. Yusuf al- Qardhawi,Majalah I edisi pengenalan 2003, Karangkraf

[2] ibid

[3] Nostalgia Syuhada Palestin, m/s 19 Ibnu Ismail,Al-qasam Library

[4] ibid,m/s 20

[5] ibid ,m/s 21

[6] ibid, m/s 22

[7] Majalah MASSA 18-24 November 2000,m/s 50,Utusan Melayu(Malaysia) Berhad

[8] Nostalgia Syuhada Palestin, m/s 30 Ibnu Ismail,Al-qasam Library

[9] Hadith Riwayat Bukhari

[10] Suhaimi Mokhtar, Dewan Masyarakat Jun 2002, Karangkraf

[11] Utusan Malaysia 23 Ogos 2003 m/s 19

[12] Nostalgia Syuhada Palestin, m/s 16 Ibnu Ismail,Al-qasam Library

[13] Ariel Sharon-Mesin Pembunuh Kebanggaan Israel,Majalah I Edisi Pengenalan 2002. Karangkraf

[14] Zin Mahmud,Konflik Palestin-Israel,Majalah MASSA 8-14 Disember 2001, Utusan Melayu Berhad

6 thoughts on “INTIFADA YANG DIBERKATI

  1. mereka (kafir israel yang pendukungnya) hendak memadamkan cahaya Islam tapi Alloh menghendaki cahaya islam tetap bersinar, kita doakan u/ saudara kita di palestina.
    salam silaturahmi cik
    dari bandung Indonesia nih

  2. asalamualaikum dan salam sejahtera.

    selama ini kita sangat bersyukur kerana negara kita telah aman buat sekian lamanya sejak mencapai kemerdekaan daripada bangsa inggeris. namun tidak boleh kita lupakan akan nasib yang kini banyak menimpa umat islam di negara negara islam yang lain. sesungguhnya di ruangan ini saya ingin menyeru supaya bersama-sama kita berjuang dan memberikan sokongan moral buat umat islam di iraq, afganistan serta banyak negara lain khususnya di palestin yang kini menderita akibat daripada kekejaman pihak zionis. marilah bersama kita menghadiahkan surah al- fatihah buat mereka yang telah syahid dalam pertempuran mereka dalam menegakkan syiar ugama islam,sekian.

  3. asalamualaikum dan salam sejahtera.

    maha suci allah yang telah menciptakan manusia dengan pelbagai ras dan bahasa untuk menjadi suatu perkenalan antara satu sama lain. sesungguhnya hendaklah kita merenung semula sejauh manakah penghayatan kita terhadap kesatuan umat islam yang makin rapuh dinodai oleh unsur kebudayaan barat.

    maha suci allah jualah yang telah mencipyakan manusia dari kalangan lelaki dan perempuan supaya menjadi pelengkap dalam kehidupan. namun adakah orang-orang kafir menyedari hakikat kejadian ini. kalaulah mereka tahu akan nikmat dan kebesran allah s.w.t. sudah tentu mereka rebah ke bumi kerana takut pembalasan allah terhadap segala penganiayaan dan juga perlakuan mereka terhadap umat muhamad al nabiyin walumiyiin.

    maha suci allah jua yang menjalankan nabi muhamad dari masjidil haram ke masjidil aqsa serta mengangkat baginda menuju ke sidratul muntaha dalam waktu semalaman. yakinilah bahawasanya jika kita umat islam sedar akan hakikat kekuasaan allah subahanawataala, maka pasti kita akan mampu melawan pihak kafir yang sekian lamanya tekad menghancurkan umat islam.

    renunglah seketika realiti ini.

  4. alhamdulillah,

    sesungguhnya kita telahpun dibuktikan akan kekuatan umat islam sedari zaman nabi muhamad s.a.w. hinggalah ke zaman turki uthmaniyah akan betapa hebatnya umat islam menentang segala kekacauan dan peperangan yang dicetuskan oleh pihak kafir. kekuatan ini tidak datang dengan sendirinya malah ia adalah hasil gabungan daripada keutuhan fizikal mental dan emosi lantas dengan berkat dan restu daripada allah azza wajalla. ‘la illa hailallah’, tatkala kita mencapai kemodenan, seharusnya kita bingkas mengimbau kembali segala suapan dosa yang telah dihidangkan oleh pihak barat yang jelas amat memusuhi umat islam seluruhnya melalui dasar islami fobia mereka. sebenarnya adakah mereka sedar mereka merupakan iblis dan syaitan lakhnattullah yang bertopengkan manusia. tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa status mereka sama dengan abu jahal yang tertera sangat tidak suka melihat umat islam hidup dengan aman. dalam kesempatan ini juga ingin saya ingatkan kepada anda selaku umat pilihan allah bahawa kita harus menghindari perbuatan-perbuatan maksiat dan mungkar yang telahpun dipelopori oleh orang-orang kafir. saya sangat berdukacita melihat kepada ramainya umat islam kini mula mendedahkan aurat, bergelumang dengan seks bebas serta melakukan perhubungan luar tabi’i dan sebagainya. berbuatan seperti ini hanya akan mengheret kita ke kancah kelemahan yang telah sedia terbentang luas di hadapan mata yang dengan luasnya memperlihatkan jerangkap yang dicipta oleh pihak dari barat. astagfirullah’al’azim.

  5. DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.

    ASALAMUALAIKUM DAN SALAM UKHWAH.

    SEKALI LAGI KITA DIGEMPARKAN DENGAN SUATU SURATAN TAKDIR YANG AMAT MENDUKAKAN APABILA KITA DIKEJUTKAN DENGAN KEBIADABAN DAN KETAKSUBAN PIHAK REJIM ZIONIS SERTA SEKUTU KAFIRNYA IAITU PIHAK BARAT YANG MASIH LAGI MENERUSKAN JENAYAH KEMANUSIAANNYA KE ATAS UMAT ISLAM SERTA PENDUDUK DI PALESTIN. PERBUATAN MEREKA INI SANGAT JELAS MENGGAMBARKAN AKAN NIAT MEREKA YANG BERHASRAT UNTUK MEMUSNAHKAN UGAMA ISLAM DARI MUKA BUMI INI.SEBENARNYA ADAKAH PIHAK ISRAEL MASIH LAGI BELUM INSAF AKAN PEMBALASAN ALLAH S.W.T YANG MENIMPA MEREKA SEJAK ZAMAN NENEK MOYANG MEREKA. ADAKAH MEREKA LUPA AKAN BETAPA MURKANYA ALLAH AZZA WAJALLA TERHADAP PERBUATAN MEREKA YANG SEJAK DAHULU LAGI TIDAK PERNAH MENGENAL ERTI ‘TAUBAT’.

    SESUNGUHNYA MEREKA ADALAH SEBURUK-BURUK UMAT MANUSIA YANG PERNAH WUJUD DI ATAS MUKA BUMI INI. TIDAK SEPANTASNYA MEREKA DIBERIKAN SANJUNGAN SERTA LAYANAN YANG BAIK ANDAIKATA MEREKATERUS MENGGUNAKAN ALASAN MEMERANGI UMAT ISLAM PELESTIN SEBAGAI MENCEGAH KEGANASAN ANTARABANGSA.LUPAKAH MEREKA PERANG INI TIDAK AKAN BERLANJUTAN ANDAINYA MEREKA TAHU TANGGUNGJAWAB MEREKA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI ATAS MUKA BUMI INI.

    ALLAHU AKBAR,

    KITA SEBAGAI UMAT ISLAM YANG MENJUNJUNG KEAMANAN DAN KEMAKMURAN DUNIA SERTA UMAT MANUSIA WAJIB UNTUK MEMBUKA MATA SELUAS LUASNYA UNTUK MENCARI JALAN BAGAIMANA HENDAK MENENTANG MUSUH ALLAH INI. PADA HEMAT SAYA KITA PATUT MENGAMBIL INISIATIF UNTUK MEMBOIKOT BARANG-BARANG NEGARA YANG TERLIBAT DALAM KANCAH INI SERTA SEHARUSNYA PULA KITA MEMBOIKOT PENGGUNAAN DOLAR AMERIKA (USA $) DALAM PASARAN TUKARAN MATAWANG NEGARA KITA DAN SELURUH NEGARA OIC. SAYA AMAT BERSETUJU APABILA TUN DR. MAHATHIR MOHD. MENYUARAKAN PENDAPAT INI UNTUK KITA ANALISIS.AYUH JANGANLAH KITA BERTANGGUH LAGI. MARILAH BERSAMA-SAMA KITA MENENTANG KEZALIMAN YANG BERLANJUTAN OLEH PIHAK ZIONIS SERTA SEKUTU BARATNYA.

    ASALAMUALAIKUM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s