Iqbal Berkata…

Pepatah cina pernah mengatakan,

‘Jika kamu merancang untuk satu tahun, tanamlah gandum…
Jika kamu merancang untuk 10 tahun (satu dekad), tanamlah pokok
Jika kamu merancang untuk 1000 tahun (satu alaf), tanamlah manusia’

Pepatah tersebut memberi makna bahawa melalui pendidikan manusia yang di “tanam” beribu tahun bagi memebina sebuah negara. Begitu pentingnya pendidikan. Malah hakikat ini turut diakui oleh pemikir Islam  tersohor kelahiran Pakistan. Beliau pernah dianugerahkan gelaran Sir serta dunia barat mengenali beliau, Sir Muhammad Iqbal.

Beliau sedar akan peranan pendidikan dan mengajak kita berwaspada dan teliti dalam soal berhubungan dengan
nilai, prinsip dan idealisma kerana dalam menerimanya secara sedar atau tidak, mungkin akan membinasakan keseluruhan kebudayaan negara.

Iqbal
mengungkapkan dalam puisinya:
‘Lihatlah ke dalam tanah liat kamu sendiri untuk mendapatkan api yang dikehendaki

Cahaya seorang lain tidak berharga untuk diusahakan’.

‘Jangan mencari kekayaan peniup-peniup kaca dari Barat.

Binalah alam kamu sendiri dari tanah liat India .

Berapa lamakah kamu akan menetap di bawah kepak orang lain?

Belajarlah memandu penerbanganmu sendiri dengan kebebasan dalam bayu taman’


Justeru, tidak hairanlah Iqbal turut mengkritik generasi yang diasuh di bawah pengaruh pendidikan asing –
“Pendidikan yang bertentangan dengan kebudayaan kita, pahit kepada peradaban kita, menghina tradisi kita dan mencerca sejarah kita.

Menurut Iqbal lagi:
“Kamu sudah mempelajari dan mengumpulkan pengetahuan orang lain dan menyinarkan mukamu dengan gincu yang dipinjam dari orang lain. Kamu mencari penghormatan dengan meniru kelakuan orang lain. Aku tidak tahu sama ada kamu itu “kamu sendiri” ataupun “diri yang lain”. ‘Akalmu terantai dalam pemikiran orang  lain. Nafas dalam kerongkongmu itu pun muncul dari tiupan orang lain. “Pada lidahmu percakapan pinjaman Dalam qalbumu hasrat pinjaman Burung kenarimu mendendangkan lagu-lagu pinjaman Pohon kayumu dibaluti dengan baju jubah pinjaman Air anggur dalam gelasmu – kamu perolehi dari orang lain. Gelas itu juga kamu  pinjam dari orang lain. Kamu adalah matahari, lihatlah untuk pertama kalinya ke dalam dirimu sendiri.
Jangan cari cahayamu dari bintang-bintang orang lain. Berapa lamakah kamu akan menari di sekeliling lilin dalam perhimpunan? Pasanglah cahaya kamu sendiri, sekiranya kamu mempunyai Hati”
.

Iqbal jelas menentang peminjaman pendidikan dari luar. Beliau merayu melalui puisinya agar kembali kepada sistem pendidikan yang lahir dari sejarah dan kebudayaan kita sendiri slaras dengan tradisi dan idealisma kita – antara lain perkataan kalau kita ni Islam maka kita ambil pendidikan Islam. Hari ini zaman makin mencabar,globalisasi yang memasuki ke segenap ruang terbuku amat menakutkan kita.Iqbal telah melahirkan kebimbangan beliau beberapa puluh tahun yang lalu melalui penanya.Kini zaman yang dibimbangi Iqbal sudah menyerapi segenap hidup kita. Arus globalisasi ada yang baik namun yang buruknya terlalu banyak. Ini adalah propaganda barat untuk memusnahkan seterunya (Islam) walapun Islam tidak pernah mengistiharkan barat sebagai musuhnya. Kita usah tertipu dengan idea globalisasi di mana ‘in the long run’ kita yang akan menerima padahnya

Mari kita lihat contohnya anak-anak zaman kini yang tidak boleh hidup tanpa coca cola, mc D, kfc, pizza dan macam macam lagi,belum lagi kita membicarakan budaya muzik (akademi fantasia ala american idol). Apakah yang akan kita lakukan untuk menahan gelombang pemusnahan yang berjalan secara menyusup dan halus sekali sehinggakan kita tidak mampu untuk melawannya, mungkin kita tahu tetapi tidak mampu hendak mengatasinya.

Tiada jalan pintas untuk kita mengatasi permasalahn ini melainkan kita terus mendidik hati dengan TIH (Tarbiyah Islamiyah) atau pendidikan Islam agar kita cemerlang terus di dunia dan akhirat. Ameen Ya Rabbal Alameen.

 

2 thoughts on “Iqbal Berkata…

  1. SALAM …

    mohon kebenaran untuk copy artikel ini, sggh menarik

    Ridwanto membalas: Silakan cahaya petunjuk,ini artikel yang saya ubahsuai daripada email yang saya perolehi beberapa tahun yang lalu. semoga kita memperolehi manfaat

  2. Salam. Sheh wanto. lama ngak dengar berita dari nta. Bagus penulisannya. Ana mau mohon kebenaran untuk cuplik artikel nta ni. Mau bikin projek. hehehe… nanti kalau berjaya kita kongsi labanya… salam ya akhi..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s