Zaman ini..

Sekiranya Kami turunkan al-Quran ini

Ke atas sebuah gunung nescaya engkau melihat gunung itu khusyu’ serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (Ingatlah), perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. (Al- Hasyr, 21)

Disebalik keheningan malam,

Akan tersirna kegelapan malam,

Dengan terikan mentari yang mendatang,

Dalam surutnya air pantai yang melimpah,

Akan pasangnya jua hempasan ombak nanti.


Begitu jualah kehidupan yang fana ini,

Sudah tersurat di azali,

Kesanggupan sang insan di pundaknya,

Memikul amanah insani,

Sedangkan sang gunung kala itu hancur lebur,

Kerana khusyu’ dan tawadhu’ takutkan sang Pencipta,

Sebaliknya bagi insan,

Yang kadang-kadang bukan berperwatakan insan,

Mana mungkin dia layak digelar insan?

Ada telinga tetapi tidak mendengar,

Ada mata tetapi tidak melihat,

Ada hati tetapi dihijabkan dengan noda dan dosa…

Segalanya dirempuh, semuanya dilanggari,

Tanpa melihat pedoman Ilahi

Kaget sebentar menyaksikan,

Kerakusan dan kealpaan manusia,

Walaupun ia bergelar sang penuntut..

Lalu kujatuhkan pandangan,

Ku lihat jurangnya terlalu dalam…

Penuh dengan onak duri yang mengerikan.

Begitulah ketakutan yang ku rasai…

Maka,

Pasakkan niat,

Tekadkan azam,

Wahai sang ilmuan rakyat,

Sejagat rahmat,

selaut hikmat,

Segunung khidmat, yang didambakan darimu.

Segalanya demi umat,

Benar…

Kitalah pemimpin yang lahir,

Atas keruntuhan umat,

Pasca AKADEMI…IDOL…

Dan bermacam lagi yang meruntun sukmaku,

Kerana aku menjadi saksi atas kealpaan umat ini…

One thought on “Zaman ini..

  1. Assalamualaikum wrt. wbt..

    Ana terkesan dengan luahan rasa anta…apatah lg mengenangkan nasib insan sekaum dgn ana…entah dimana nilai islam entah dimana nilai iman…pendapat ana, kita perlu tonjolkan pemimpin dr klgn muslimah untuk memimpin muslimah ini…kita tak mampu mengharapkan pimpinan dr muslimin shj…
    wallahu a’lam..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s