Kemerdekaan Negara

Pada 13 Mei 1969, satu episod duka telah menghiasi diari negara yang mengakibatkan beberapa lokasi di Kuala Lumpur menjadi merah disimbah darah mangsa-mangsa terkorban. Mangsa-mangsa yang tidak berdosa itu telah berada di tempat yang salah, di tempat yang tidak diduga, mereka telah dibunuh dek kerana ketegangan kaum yang tidak terduga dahsyatnya. Akibat huru hara ketika itu, Yang di-Pertuan Agung memerintahkan seluruh negara diletakkan dalam perintah darurat mulai 14 Mei 1969. Parlimen digantung fungsinya, Malaysia diperintah oleh kabinet darurat di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra. Malah, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang diketuai oleh Tun Abdul Razak Hussein telah ditubuhkan bagi menyelenggarakan hal-hal yang berkenaan dengan darurat. Begitulah secebis kisah Peristiwa 13 Mei 1969 yang telah membunuh pemerintahan demokrasi di negara yang tercinta ini selama 22 bulan. Peristiwa hitam inilah telah mendorong Tun Abdul Razak menerusi Majlis Perundingan Negara yang dibentuk, selepas Peristiwa 13 Mei 1969 untuk mengadakan mesyuarat pertamanya pada 27 Januari 1970.

Walhasilnya, atas kecerdikan dan kebijaksanaan golongan pemimpin ketika itu, maka satu gagasan yang telah menjadi ideologi negara ketika itu dibentuk. Tiada apa yang ingin mereka lihat ketika itu, melainkan mahu mewujudkan satu negara dan satu bangsa berjiwa Malaysia. Sanggup bersatu padu, mengenggam matlamat dan aspirasi yang sama, malah rela bangkit berjuang mempertahankan pertiwi dengan satu tekad dan hati yang membulat. Justeru, lahirlah Rukun Negara yang diumumkan kepada bangsa Malaysia sewaktu sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 1970.

Itu cerita tahun 1969, sudah hampir 40 tahun ia berlalu. tahun 2007, Malaysia akan menyambut jubli emas kemerdekaannya. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku yang memerlukan perenungan bersama. Walaupun kemerdekaan ini telah kita kecapi tetapi pengisiannya masih lagi sedikit malah hampir-hampir tiada. Mengapa saya tergamak berkata sedemikian rupa? Ambil saja contoh golongan muda yang tidak ada semasa pengistiharan kemerdekaan di Padang merdeka ,1957, mereka sering dilalaikan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Terlalu banyak rancangan hiburan di media massa, malah trend ini telah menular di instiut pengajian tingi. Bayangkan, bagaimana sebuah institusi pengajian yang menempatkan golongan intelektual pun terpengauh dengan budaya hedonisme. Jadi, apa lagi yang boleh kita harapkan lagi kepada masyarakat kita hari ini.

Namun demikain, saya yakin dan optimis masih ada golongan yang cintakan negara yang tercinta ini. Malah saya pasti mereka ini tidak rela walau sekulit sekalipun maksiat dan noda membasahi bumi Malaysia yang tercinta ini. Mereka ini bertebaran di bumi ini menyeru kebaikan mencegah noda yang menghiasi kehidupan kini. Apa pun, saya ingin bersama mereka. Mari..

3 thoughts on “Kemerdekaan Negara

  1. Salam.

    hey, i’ve already bought a book name “MAY 13 Declassified Documents on Malaysian riots of 1969 by Kua Kia Soong. Read it, i recomend it When you read of course it hurts us very much. There a lot of facts and figures..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s