Isteriku seorang guru (tahun 2007)

Beristerikan seorang pendidik@guru,sang suami perlulah menjadi pendengar yang setia. Sepanjang tempoh isteri saya menjadi guru sandaran sementara menunggu penempatan sebagai guru tetap,banyak mengajar saya menjadi seorang pendengar yang baik.

Terlalu banyak cerita diluahkan kepada saya sebagai suami. Pelabagai watak akan timbul, dari sang pengetua, guru,kerani sekolah, pelayan kantin sampailah pelanggan utama sekolah itu sendiri, pelajar. Mereka ini akan diberikan watak yang tersendiri oleh isteri saya. Secara tidak langsung saya akan cuba memberi nasihat, dorongan dan kata-kata yang semangat agar isteri saya tidak mudah putus asa untuk terus menceburi profesyen yang mulia ini.

Bukan perkara yang janggal untuk saya mendengar cerita yang pelbagai daripada isteri saya mengenai suasana sekolahnya. Hal ini berlaku kerana keadaan negara kita yang tidak tidak pernah terlepas dari cerita guru dan murid. Biasanya yang negatif menjuarai isu yang ditimbulkan. Kadang kala dibenak hati saya terlintas, mengapa sektor pendidikan kita selalu benar timbul masalah yang tidak kunjung padam? Adakah kita kekurangan yang berpengalaman untuk menangani masalah yang timbul?

Ambil sahaja isu disiplin pelajar. Mengapa saban tahun isu guru ‘mendera’ pelajar timbul? Adakah pelajar kini tidak boleh dijentik sedikit pun?Adakah ibu bapa hanya mendengar keluh kesah dan aduan pelajar sahaja mengenai guru mereka?Mengapakah pelajar kini ramai yang menjadi ‘raja samseng’?

Maka, kita tidak perlu takjub dan pelik sekiranya sekolah bukan lagi tempat terbaik untuk mendidik anak seandainya kuasa dan peranan guru dibataskan.

Berbalik cerita isteri saya , Pengetua disekolahnya mengajar sekarang meletakkan pelajar adalah pelanggan utama sekolah sekolah. Cerita isteri saya lagi, seandai timbul masalah dikalangan pelajar,contohnya bergaduh di dalam kelas, gurulah akan dipersalahkan.

Pada pandangan saya, semua pihak harus mengambil berat masalah pelajar kita dewasa ini. Sepatutnya ‘harta’ bernilai negara ini harus dijaga sebaik mungkin. Libatkan semua pihak dalam merangka sesuatu mengenai pelajar sekolah. Janganlah dilambakkan semuanya di sekolah. Semuanya ada, belajar dengan sukatan yang tertentu, ko-kurikulum, pengajian anti dadah pun nak dimasukkan, sampaikan tugas guru adalah ‘mendidik’ segala-galanya supaya pelajar terbabit menjadi ‘insan’. Jadinya tugas ibu bapa apa ? Mencari duit sebanyak mungkin kemudian ‘diswastakan’ kepada pihak-pihak tertentu.Apabila anak nakal dan tidak bersopan mulalah disalahkan semua pihak.

Sebagai kesimpulannya, ibu bapa harus peka dengan potensi, peribadi anak-anak. Segalanya bermula dari rumah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s