Salah ke saya ingin menjaga iman?

Semalam saya mengalami satu  ‘tragedi’ yang akan saya kenang sebagai satu pengajaran dan pembelajaran  kamus hidup saya sebagai seorang dewasa. Malah  mengikut tafsiran Kamus Dewan tragedi membawa pengertian suatu   peristiwa (keadaan dll) yg sedih atau menyedihkan.

Begini ceritanya,beberapa hari yang lalu, saya dijemput oleh seorang teman untuk mendengar penerangannya berkenaan dengan insurans. Apa lagi, saya pun dengan pantasnya bersetuju dengan pelawaan teman itu. Lagi pun teman saya itu saya tahu komitmennya dengan MLM, pada tahun ini beliau bergiat aktif pula dengan insurans. Sementelahannya, saya dan isteri pun mencari-cari insurans yang bertepatan dengan syarak. Saya pun bersetuju untuk mengadakan temujanji pada hari ahad yang lepas.

Rupa-rupanya,pertemuan pada petang ahad itu, kami bukan berdua  itu juga dihadiri oleh mentor teman saya. Pada saya itu bukan masalah kerana pada pemikiran saya sudah tentu teman saya memerlukan pertolongan mentornya untuk memberi penerangan yang jelas dan jitu. Maka bermulalah sesi penerangan itu selama 2 jam lebih.

Biasalah,sebagai pendengar yang baik,saya menumpukan sepenuh perhatian saya mendengar pada masa yang sama menghadam setiap kalimah yang keluar daripada mentor teman saya itu yang mahir dalam bidang insurans. Saya dapat merasakan kejayaan mentor itu melalui gaya dan perwatakan beliau.Malah kehadirannya bersama kami dengan membawa kereta Mercedez model terkini. Hebat bukan? ALhamdulillah,kerana ada orang Islam yang kaya.Paling tidak pun hasil zakat yang dilaburkannya akan dirasai oleh mereka yang memerlukan.

Selesai saja sesi penerangan terbabit, saya diminta mengeluarkan kad pengenalan untuk difotostat. Itu tidak mengapa, tetapi hati saya tergugah kerana saya dipaksa untuk menandatangani dokumen menyertai pelan insurans itu. Saya meminta masa kepada teman dan mentornya untuk balik memikirkannya disamping berbincang bersama isteri. Namun lain pula yang berlaku, saya diherdik, dikecam malah diperlekehkan hanya kerana saya mengatakan saya memerlukan masa untukmemikirkan serta bermusyawarah bersama isteri. ALasan yang dikemukan kepaad saya ialah  saya tidak mempunyai pendirian, tidal layak menjadi ketua keluarga malah saya seperti diletakkan dikandang orang salah hanya kerana saya meminta masa untuk memikirkannya. Saya terkesima sebentar, kaki saya mengeletar,muka saya terasa pucat dan telinga saya mendidih kemarahan bercampur perasaan cuak, seolah-olah saya di psiko. Hak saya sebagai pengguna dinafikan malah dicabul serta saya merasakan dimalukan dengan perbuatan mentor teman saya yang tidak berakhlak itu.

Paling menyedihkan ,mentor teman saya itu semacam bangga dan menyatakan memang sikapnya begitu, suka berterus terang.Apakan daya saya tidak mempunyai pengalaman sedemikian rupa. Jadi, saya terdiam. Tetapi di saat-saat akhir saya bangkit menyatakan pendapat saya. Kami bertikam lidah. Saya puas tetapi kesal kerana terikut-ikut manusia yang tidak mempunyai akhlak sebagai seorang jurujual Islam.

Lalu,saya kembali ke rumah berkongsi pengalaman hari itu bersama isteri. Saya tawar hati untuk mengambil insurans.Saya mempunyai alasan yang paling kuat mengapa saya tidakmengambil insurans itu. Hanya kerana, insurans itu adalah dari bank konvesional bukan dari Bank Islam. Walaupun ia berjenama Takaful tetapi akarnya adalah dari bank konvesioanal. Salah ke saya ingin menjaga iman saya?

Advertisements

4 thoughts on “Salah ke saya ingin menjaga iman?

  1. Assalamualaikum, saudara ridwanto..

    diharap saudara bersabar di atas segala kejadian yg berlaku ke atas saudara..
    dan sememangnya saya bersetuju dengan tindakan saudara untuk berbincang dengan isteri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
    sesungguhnya, Rasulullah juga sering berbincang dgn isteri baginda sebelum membuat apa2 sahaja keputusan..
    malah, walaupun disanjung sebagai pemimpin yg agung, dlm aspek pentadbiran negara, baginda tetap bermesyuarah dengan para sahabat sebelum membuat keputusan, apatah lagi jika keputusan itu melibatkan umat penduduk Islam itu sendiri.. kerana sesungguhnya akal manusia itu tiada yg sempurna, pasti memerlukan pendapat & sokongan dr pihak yg lain..

    tentang mentor yg saudara sebutkan itu, dia seharusnya berfikir dahulu sebelum mengeluarkan apa sahaja isihatinya.. kerana bercakap tanpa berfikir itu bermaksud bercakap berdasarkan nafsu, yg mana mungkin juga datang dari hasutan syaitan.
    bagi saya, alasan yg dia suka berterus terang itu tidak relevan, kerana selaku saudara seagama, atau setidak2nya selaku jurujual islam, dia haruslah bersikap profesional & menjaga hati pelanggannya..
    saya menyokong tindakan saudara. setidak2nya, dia harus tahu yg bukan semua orang boleh menerima tindakannya yg berterus terang tak bertempat.

    apapun, saya ucapkan selamat berusaha kepada saudara, dan semoga saudara berjaya dlm mencari sistem kewangan islamik yg memuaskan hati saudara.

  2. Tahniah atas sikap saudara dalam perkara-perkara prinsip. Rasulullah SAW pernah memberi gamabaran bahawa diakhir zaman manusia yang ingin berpegang dengan Islam akan merasakan seperti menggemgam bara api…panas dan ingin segera dilepaskan. Tahniah kerana saudara masih belum melepaskan apa yang saudara patut pegang walaupun panas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s