Adakah saya pembaca setia?

Dalam masa seminggu saya telah membeli 4 buah buku. Bagi sesetengah orang ia bukannya perkara asing,membeli buku dan menjadi peminat setia buku yang dibeli.

Minggu lepas, mula-mula saya membeli buku karangan Dr John C. Maxwell. Ultimate Leadership. Dengan harga Rm 50,saya berjaya mendapatkannya. Walaupun saya tidak tahu bila masa saya akan habis menghadamnnya tetapi saya gagahi jua membelinya. Saya rasa puas,bangga dan senyuman saya hingga ke cuping telinga apabila keluar dari Kedai buku Popular. Hingga hari ini,saya hanya menatap saja kulit buku itu, paling cemerlang pun saya menyelak beberapa helai muka surat sambil membaca beberapap baris ayat. Hebat bukan?

Kemudian, menyusul pula buku kedua, dibeli pada hari dan waktu yang sama. Karangan Ahmad Naim Jaafar dan Mohd Ikram Mohd Nor Wazir, ANGGUN di luar Serlah PESONA dari dalam. Buku ini menceritakan bagaimana hendak mempromosikan diri di khayalak ramai supaya apabila kita bergaul dan bersosial, orang ramai mahu pun teman-teman lainnya akan terpikat dengan keindahan dan ketampanan sikap dan perilaku kita. Buku ini pun saya hanya menjengah  beberapa helai sahaja..

Menyusul pula 2 buah buku yang menjadi tumpuan saya. Tindakan yang paling baik ialah saya membelinya. Saya terpaksa menghabiskan duit sebanyak RM 36 untuk membeli buku tulisan Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad dan Ulama terkenal tanah air, Tuan Guru Nik Abdul Aziz merangkap Menteri Besar Negeri Kelantan. Setitis Embun Semarak Api, begitulah tajuk yang diberi. Buku ini menarik minat saya hanya kerana ia adalah sebuah auobiografi. Saya dari dulu lagi memburu buku bercorak autobiografi. Mengapa? Semuanya kerana saya ingin mengambil pengajaran daripada tokoh-tokoh hebat.

Ada apa pula dengan buku karanagan Tuan Guru? Semuanya bertitik tolak dari gaya penulisan Tuan Guru yang santai tetapi mengandungi isi ilmiah. Bagaimana tu? Mudah aja,isinya tidaklah berat.Persoalan yang cuba ditampilkan berlegar seputar kehidupan manusia,paling tepat ia terkena batang hidung saya. Sekurang-kurangnya buku seperti ini akan mendekatkan diri saya dengan Allah.71 Nota Kepada Diri, pada saya cukup menarik minat saya untuk mengkhatamkannya. Doakan buat saya.

Walhasilnya,kesemua buku ini masih belum saya habisi. namun yang saya tahu, saya gila membeli. Secara tidak langsung ia akan memenuhkan rak buku rumah saya yang kini hampir mencecah ke angka 500. Banyak juga bagi saya tetapi seingat saya tak sampai seratus buah yang telah saya habisi pembacaannya. SAYA PERLU BERUBAH

Advertisements

7 thoughts on “Adakah saya pembaca setia?

  1. sdr Fadh.,
    tidak mengapa. sekurang-kurangnya ada niat. Niat yang baik itu akan dikra pahala. Sebelum terlambat,tahniah kerana mendapat menjawat jawatan PTD. 25 tahun akan datang ,kalau aku dan ko tak mati, dapatlah melihat ko di senarai JUSA atau pun Pengarah mana-mana jawatan kerajaan.

  2. Cemburunya saya. Hari tu saya jumpa juga buku Ultimate Leadership di MPH dengan harga RM50. Tetapi tidak membawa duit.

    Kemudian 3 minggu selepasnya, saya ke BORDERS, harganya di sana RM80. Hurm. Melepaslah saya nak baca. 😀

    Ridwanto berkata; tidak mengapa, bukan rezeki saudara buat kali ini. Mungkin lain kali harganya akan turun

  3. minggu lepas, aku download 3 buah buku…the lord of the ring
    2 minggu lepas, aku download 6 buah buku…harry potter

    sebelum itu, aku dah download trilogi filem the lord of the ring & 4 siri filem harry potter

    haahha… tengok crite sambil baca buku. best!!!

  4. Assalamualaikum dan salam ukhuwwah,

    Apa pandangan anta mengenai Dr Kassim Ahmad?Adakah dia benar-benar menemui jalan pulang?Semoga Allah membuka pintu hatinya kepada Hidayah,Iman dan hikmatNya.
    ..Berurusanlah sebaiknya dengan Allah nescaya Allah akan berurusan sebaiknya dengan kita.Sekadar pembuka bicara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s