Hari yang indah

dsc06530.jpgHari ini, penghulu segala hari, Jumaat yang barakah (berkat). Saya sentiasa berdoa kepada Ilahi agar segala urusan saya dipermudahkan , kehidupan yang saya tempuhi akan mendapat pertolongan dari Ilahi. Kadangkala saya sentiasa dihujani pertanyaan oleh individu-individu tertentu, mengapa saya berkahwin terlalu awal, walaupun usia saya tidak terlalu muda, 24 tahun ketika itu tetapi faktor saya belum lagi menamatkan pengajian di UTM seolah-olah ia satu dosa besar kerana berkahwin di waktu belajar. Timbul pertanyaan di benak saya, mengapa isu perkahwinan ketika belajar ramai orang persoalkan, tetapi masalah muda mudi yang tidak keharuan melakukan maksiat zina ini tidak dibincangkan secara tuntas? Mengapa yea? Semalam, saya diherdik oleh seorang kawan kerana ada beberapa perkara yang tidak dapat saya sebutkan di sini, tetapi amat mendukacitakan saya di herdik dan hina sebegitu rupa. Hanya Allah yang tahu betapa tersentak dan sedihnya hati saya. Namun, saya buat biasa saja, anggap seperti tiada apa yang berlaku. Hidup ini harus diteruskan, janganlah kerana masalah yang tidak seberapa ini motivasi saya jatuh merundum. Banyak lagi perkara penting yang harus saya fikirkan. Doa tetap saya panjatkan pada Allah. Kini, saya perlu kuat bekerja kerana tinggal beberapa bulan lagi isteri saya akan melahirkan putera atau pun puteri sulung kami. Pelbagai perasaan menjelma di hati saya. Takut, bimbang, gembira, dan lain-lain perasaan yang sentiasa berkunjung di ruang hati saya. Apa pun, hidup mesti diteruskan..

Advertisements

6 thoughts on “Hari yang indah

  1. urm…agak2 la, putera/puteri yg bakal lahir tue muke mcm ibu ke abah die? klu ibu die, fuhhh….msti cute banget!!! ;-p

  2. perghhh.. ayat power dari encik wanto.. moga selamat semuanya.. 🙂

    RIDWANTO MEMBALAS: Bukan ayat power Miji,cumnya hakikat yang tidak diakui oleh sesetengah orang…hehehehehhe

  3. Wanto, ana tak kahwin lagi arr.. Apa yang enta tulis hah? ana tak berapa faham lah.. Boleh perjelaskan lagi tak bagi kami yang tak kahwin ni faham..

    hehe, semoga bahagia sampai ke Akhir hayat. Wanto, psal tolong tuh ana kene tengok masa sebenarnya. insyaAllah ke rumah entalah lebih senang, internet kat bilik sangat lembap + slow macam siput..

    Mijie, bile mu pulok nak kahwin?

    Ridwanto membalas: tak faham macam mana? Entry tu berkisar mengenai perkahwinan semasa belajar. bagaimana semua pihak(mahasiswa,ibu dan bapa) harus memahami jiwa anak muda yang sudah mempunyai pilihan hati serta sudah sampai masanya mendirikan rumahtangga. Kita tidak mahu seperti pasangan muda sekarang, ke hulur ke hilir membawa anak gadis orang menambah maksiat mendatangkan fitnah,bukan sahaja pada diri tetapi pada keluaraga juga.

  4. alhamdulillah..
    sekadar pandangan..
    perkahwinan masa belajar tiada masalah bg ana..bahkan ana dapat lihat semangat dan kekuatan untuk belajar turut tercurah kepada anak sulong ana skrg sebagaimana ana lalui ketika mengandungkannya semasa masih belajar…Allah permudahkan biarpun sepanjang tempoh tersebut ana berjauhan dari suami (terengganu-johor) kerana komitmen kami yg berbeza..alhamdulillah, seawal usia 23 tahun, ana dah bergelar ibu kepada 2 orang puteri..mudah-mudahan Allah memberkati keluarga kami…mengelakkan fitnah dan ma’siat…satu hal yg mesti kita utamakan…insyaAllah, Allah permudahkan kemudian hari…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s