Raja Ali Haji
Telah Dihantar Pada: Februari 24, 2010 Filed under: Tokoh 1 Comment »Nasihat Ayahanda anakanda fikirkan,
Orang jahat anakanda jauhkan,
Khianat syaitan anakanda jagakan,
Orang berakal anakanda hampirkan.
Setengah orang fikir keliru,
Tidak mengikut pengajaran guru,
Tutur dan kata haru biru,
Kelakuan seperti hantu pemburu.
Bait-bait sajak Raja Ali Haji ini sudah cukup untuk mengambarkan peri pentingnya meletakkan kedudukan seorang yang bernama guru@muallim, cendekia, ilmuan. Namun, dunia perdana hari ini ia ibarat satu khayalan untuk melakukan hal sedemikian.
Mungkin juga budaya di Malaysia makin mengecilkan peranan para ilmuan dan intelek. Apa sahaja isu dan perkara , si politikus yang disembah dan di ikut fatwanya. Seolah-olah sang ilmuan tiada tempat dalam struktur sosial masyarakat kini.
Paling menakutkan, semua isu mahu dipolitikan.
Kerana, politiklah segala-galanya kini.