Catatan ringkas

Lama benar saya tidak mengemaskini blog. Walau pun tidak lah sampai bersawang tetapi hati saya ‘merintih’ memikirkan betapa kurangnya disiplin dalam membuat sesuatu perkara.

Pada saya, kekeringan idea bukanlah isu utama, paling tepat, ‘kekeringan’ disiplin diri. Itu perkataan paling tepat untuk saya mengambarkan situasi yang berlaku.

AYAHANDA

sedih.jpg

Di rumah, siaran TV Malaysia, liputan yang saya terima tidak berapa jelas, jadi, saya dan keluarga akan menonton siaran Indonesia atau pun Singapura. Suatu petang, apabila hampir tamat slot drama Danielle, yang ke udara di Saluran Suria, Singapura.Waktu itu, saya keseorangan menonton, sedang isteri sibuk melayan karenah Alya Insyirah. Menitis air mata saya, apabila mengenangkan ada persamaan watak seorang ayah ‘dimatikan’ dalam cerita itu. Sama! Seorang anak bersedih atas kehilangan ayahnya, teknik ‘flash back’ pesanan ayah, membuatkan saya teringat kan ayah saya.Air mata saya laju membasahi pipi, hampir-hampir saya berteriak kesedihan, lagaknya seperti anak kecil. Cepat-cepat saya menyeka air mata , apabila tiba-tiba isteri saya melihat ‘drama’ yang saya lakonkan keseorangan. Malu!

kubur.jpg

Tambahan pula, tinggal beberapa hari lagi, 4 April, ulang tahun ke 72 tahun ayah. Itu pun seandainya ayah ada di dunia yang fana. Mungkin saya bermimpi. Ayah saya sudah hampir 2 tahun meninggalkan kami. Beliau tidak sempat menyaksikan ‘kedatangan’ Alya Insyirah.

Saya amat berterima kasih kepada ayah, sikap membaca beliau turun kepada saya. Saya terkenangkan betapa beliau seorang yang ringan tulang, membantu orang susah, yang memerlukan pertolongan.

Maka, saya berusaha meniru sikap beliau. Setiap hari Jumaat, wajib bagi beliau, menghulurkan derma di tabung masjid, tempat beliau bersolat Jumaat. Ah, betapa saya rindu. Tak salah kata orang, “Orang yang sudah tiada, kita akan lebih merindui kehadirannya”.

Apalah agaknya komen ayah apabila menyaksikan pergolakan politik tanah air? Ayah selalu bersembang dengan saya soal politik ini.Biasanya, saya akan memberi komen setiap pertanyaan ayah. Kisah ini mengimbau saya kenangan pada sekitar tahun 1995, orang lain mana kenal akhbar HARAKAH (organ Parti PAS) tapi beliau sudah menjadi pelanggan tetap.Walaupun beliau ketika itu, bukanlah ahli parti PAS tetapi semangat inkuiri untuk mengetahui perkembangan semasa membuatkan saya menyontohi sikapnya.

reading.jpg

Jadi,tidak hairanlah kelakuannya membuatkan saya tumpang sekaki, menghadam segala isu yang tertulis di Harakah. Minat saya pada politik mula berkembang mekar. Saya mula membentuk jati diri. Segalanya kerana jasa seorang ayah. Beliau telah meninggalkan saya tetapi hati saya terlalu merinduinya. Adakah kerinduan ini akan terubat dengan sekadar membuat coretan menceritakan tentang beliau?

Bagaimana nasib beliau di alam kubur? Sepanjang pengetahuan saya, 2 tahun sebelum kepulangan beliau ke alam barzakh, solat fardhu beliau kerjakan secara berjemaah di surau. Malamnya, seolah-olah menjadi kewajipan untuk beliau tunaikan solat malam. Seolah-olah sudah mengetahui, malaikat maut sentiasa menjenguk, tanda merindui untuk menjemput beliau pulang.

Kadang-kadang saya terfikir, kita di dunia, begaduh, berebut, dengki mendengki untuk memiliki jawatan, harta dan kesenangan dunia. Tetapi jarang benar di kalangan kita menyedari kehidupan ini adalah sebentar. Segala perbuatan yang dilakukan di dunia seperti tiada kaitan di alam barzakh, akhirat dan paling menyedihkan seperti Allah itu tidak wujud dalam setiap tindakan . Kerana pangkat, sanggup bersusah payah, kerana harta sanggup memfitnah. Itu lah dunia.

Buat pembaca budiman, maaf. Saya sekadar berkongsi secebis kisah yang menghimpit perasaan saya.Terkenang ayah tercinta yang telah pergi menyahut panggilan Ilahi. Kita pasti menyusul namun tiada yang tahu bilakah masanya. Bukan kematian yang saya takuti tetapi amalan apa yang ingin saya bawa untuk pergi berjumpa dengan Allah?

batu_yang_sujud.jpg

Iman ini, kadang kala naik. Alhamdulillah. Bagaimana di saat iman ini turun? Paling menakutkan, apabila mengenangkan saat kematian. Pasti sakit. Saya tidak pernah lagi merasai saat-saat begitu. Maka, saya pasti , saat itu akan tergambar dosa dan noda silam. Ya rabbi, ampunilah dosa dan kesalahan yang pernah hadir dalam hidup ku. Hamba yang dhaif ini, memohon keampunan.


Siapa Yang Menang ?(Coretan pasca PRU12)

Salam, tidak kemaskini entri terbaru blog? Sapa seorang teman tiba-tiba, mengejutkan lamunan saya. Kebetulan, hati saya kuat benar menyuruh mencoret sesuatu di blog, selepas dileteri isteri. “Abang ni, asyik membaca aja, entah bila pula akan menulis! Wah, membaca pun salah juga ? Entahlah, masih banyak timbunan buku yang belum saya hadam, bagaimana nafsu untuk menulis akan muncul? Itu sifir yang berlengar di hati saya.

inilah_deb.jpg

PRU 12

“Maaf menganggu Dr, saya cuma nak tahu apa pandangan Dr mengenai keputusan pilihan raya baru-baru ini?” tiba-tiba saya memberanikan diri menelefon Dr Agus, penganalisis politik tanah air. “Mengejutkan, malah saya tidak faham mood sebenar pengundi”! Begitulah jawapan ringkas yang saya perolehi hasil perbualan singkat dengan Dr Agus sehari selepas keputusan pilihan raya di ketahui umum.

Saya kira semua pihak pasti terkejut, kalau tidak masakan, gelombang kuasa pengundi kali ini di gelar juga sebagai Tsunami Politik! Apalah yang hendak di takjubkan. Bukan kah kita ‘menganut’ fahaman demokrasi berparlimen, siapa pun boleh menjadi kerajaan.

dsc08932.jpg

Selepas 50 tahun merdeka, UMNO dan Barisan Nasional nampaknya sudah mencapai tahap pencen. Kita melihat percakaran, hilang daya tumpu memimpin; kerana pemimpin yang ada mengamalkan pemerintahan yang ‘menyeksa’ rakyat, mengayakan kroni dan paling penting ada yang menganggap diri mereka ‘maksum’! Tidak boleh di tegur, mudah mengula-gula kan rakyat.

Tambahan pula, UMNO dan BN menanggung liabiliti (beban) yang cukup membuatkan rakyat meluat malah seumpama, letaklah calon kayu atau pun batu sekali pun, asalkan dari DAP, PAS atau pun PKR, kami akan beri undi. Ini adalah undi protes!

Malah kemasukan pengundi muda pada kali ini, mempercepatkan kejatuhan kerajaan BN di beberapa buah negeri. Yang paling penting, pengundi muda ini datang bersama kelahiran ledakan teknologi maklumat yang diperolehi melalui internet yang dibawa oleh para blogger, akhbar maya alternatif, SMS mahu pun medium selain akhbar harian, MeDia Prima, RTM dan ASTRO.

PAS dan DAP

“Tak nak lah mengundi DAP!” Ujar isteri saya , melahirkan ketakutan dengan sikap DAP yang bersifat perkauman oreintasi politik mereka. Kerisauan isteri saya ini mungkin berasas, malah bukan isteri saya seorang yang bersikap sedemikian mungkin ramai lagi.

dsc08938.jpg

Namun, pada saya, seandainya Lim Kit Siang dan rakan-rakannya yang lain tetap berkeras untuk bertindak dengan ideologi Malaysia Malaysian yang kurang di senangi orang Melayu, saya fikir ini tindakan kurang bijak.

Tetapi , bukan kah semua yang terjadi ini masih dalam kerangka demokrasi? Seandainya konsep Malaysia Malaysian ini masih lagi ‘dalam padang demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan, mengapa tidak, DAP teruskan aja. Namun, DAP harus ketepikan ketakutan yang melanda hati dan perasaan orang Melayu dahulu.

Malah, yang paling penting, kita harus menjunjung tinggi kontrak sosial dan perlembagaan yang sejak 50 tahun dulu dibina bersama rakyat Malaysia. Tidak kira, Melayu, Cina mahu pun India, negara bangsa ini dibina daripada persefahaman yang terjalin hasil perjanjian selepas Malayan Union gagal dilaksanakan oleh British.

Kadang kala, kita kurang meneliti soal sejarah dan alpa mengenai kisah lampau yang menjadi landasan dalam melakukan sesuatu tindakan. Kerukunan dan semangat muhibbah yang terjalin sekian lama harus kita suburkan lagi dengan akar perpaduan , di sirami dengan semangat kekitaan tanpa ada rasa cemburu, iri hati antara kaum.

Begitu juga dengan PAS, selepas kemerosotan prestasi UMNO dalam PRU 12, saya menjangkakan, PAS akan menjadi parti utama di Malaysia yang akan memimpin rakyat Malaysia.Mengapa bukan PKR? Sifir saya mudah, PAS adalah antara parti tua yang wujud di Malaysia, sepak terajang politik tanah air sudah menjadi asam garam buat PAS.

Menang, kalah, adalah adat bagi PAS semenjak ditubuhkan sehinggalah merentasi lebih 50 tahun usia penubuhan PAS. Pernah ditendang keluar dari pakatan BN pada tahun 1972, lalu dengan sisa-sisa yang ada, PAS membina kembali kekuatan, melakukan ‘rebonding’ melalui konsep Kepimpinan Ulama.

Pemimpin datang dan pergi. Kekuatan Pas bukan lah pada pemimpin namun pada ‘ideolog’ dan pembawaan PAS itu sendiri.

Kalau dahulu, konsep negara Islam menjadi slogan utama PAS tetapi buat PRU 12, PAS melunakkan sedikit slogan yang menakutkan pengundi Cina. Lalu muncullah Negara Berkebajikan yang berjaya menawan pengundi Melayu dan yang lain.

Memang, bukan slogan ini secara total menyebabkan BN tumbang di 5 negeri tetapi slogan ini yang menyakinkan pengundi bukan Islam, seterusnya berjaya mengendurkan ketakutan yang melanda mereka.

Pada hemat saya, tidak ada yang salah pada pembawaan negara Islam PAS, tetapi ia harus dalam kerangka perlembagaan dan mestilah mendapat sokongan rakyat.Izinkan PAS membuktikan segala manifesto yang PAS janjikan pada rakyat.

Biarkan DAP dan PKR melaksanakan agenda rakyat yang telah mereka gariskan sebelum PRU 12. Sekiranya mereka ini gagal, kuasa akan kembali kepada rakyat, selepas 5 tahun mereka memegang pemerintahan di 6 buah negeri (termasuk Wilayah Persekutuan K. Lumpur), biarlah rakyat akan menetukan nasib mereka.

Atau pun mereka mahu Barisan rakyat (PAS,DAP,PKR) ini memimpin kerajaan persekutuan dengan berketua kan Anwar Ibrahim ( seperti yang di ungkapkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang).

Sebagai anak muda yang prihatin, saya mahu kan kerajaan yang memimpin saya, biarlah yang berjiwa rakyat, sedar akan kesusahan yang menimpa rakyat dan yang paling penting tidak sombong dan bongkak. Sedar akan kuasa yang Allah kurniakan pada mereka bersifat sementara.

Siapa menduga, selepas kemenangan besar BN di Perlis, takdir Allah sentiasa melepasi jangkaan hambaNya, Shaidan Kasim gagal menjadi MB Perlis. Seandainya hal ini kita renungi, tiada yang kekal melainkan Allah kerana kita semua adalah pinjaman semata-mata. Di samping, kita menginsafi, kehidupan di dunia adalah sebagai ujian buat kita semua!


Esok hari yang mendebarkan

Hanya tinggal beberapa jam lagi, tempoh berkempen akan tamat. Saya dan isteri sekarang sibuk berkemas-kemas untuk balik ke Petaling Jaya, meneruskan perjalanan ke Perlis. Ini semata-mata untuk menunaikan tanggungjawab kami kepada negara. Memilih pemimpin yang adil, amanah dan bersih.

Sudah tentu bukan pemimpin yang ‘kaki tidur’, selalu memungkiri janji dan yang paling bahaya selalu benar mengatakan negara akan BANGKRAP sekiranya orang lain yang memimpin.

Siapa yang tidak tahu, negara semakin hari menyaksikan kenaikkan kos hidup yang tinggi, itu belum lagi kadar jenayah yang semakin meningkat, kerugian negara akibat perbelanjaan untuk projek mega yang tidak masuk akal.

Soal kerajaan atau pembangkan, itu kita kena kembalikan hak kepada rakyat. Keputusan yang kita ketahui esok akan menyaksikan negara Malaysia yang tercinta ini, sama ada SEJAHTERA, atau pun rakyat kian mengeluh untuk tempoh 5 tahun mendatang.

iklan_bangkit_2.gif

Saya amat risau sekiranya rakyat terus-terusan dibebankan dengan kos sara hidup yang tinggi, akan menyebabkan rakyat terus menderita. Hasil akhirnya, bimbang rakyat akan turun ke jalan seperti negara-negara lain. Minta-minta di jauhkan.

iklan_bangkit.gif

Malaysia negeri yang aman. Keamanan yang dikecapi selama ini harus dikekalkan dengan memilih pemimpin yang prihatin dengan masalah rakyat bukannya kaki melancong atau pun pemimpin yang gila mengambil komisyen beratus juta .

Apa pun selamat mengundi, pilihlah pemimpin yang beramanah ,Adil dan Bersih.


MINYAK NAIK LAGI….

Harga petrol di Malaysia  sepanjang zaman…(dalam masa 16 tahun – sejak 1990 )

Sebelum 90 – RM 0.89
Tahun 1990 – RM 1.10 (kenaikan RM 0.21 )
01/10/2000 – RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 – RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 – RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 – RM 1.33 (kenaikan RM 0.01 )
01/03/2003 – RM 1.35 (kenaikan RM 0.02 )
01/05/2004 – RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 – RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 – RM 1.52 (kenaikan RM 0.10 )
31/07/2005 – RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)

Perhatian : (Ayat – ayat “ Standard “)

1. Kenaikkan minyak sehingga sekarang masih rendah lagi , kalau dibandingkan dengan mana-mana satu pun negara Asia yang lain.

2. Kerajaan Malaysia memastikan kenaikkan harga petrol tidak akan membebankan .

3. Kerajaan Malaysia   tidak mampu menampung lagi subsidi harga petrol disebabkan kenaikkan harga pasaran global. (Tetapi cuma mampu membayar kos untuk DR. SMS melawat angkasa lepas dengan menumpang roket negara Russia)

4. Kerajaan Malaysia memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN 2007. (Sehingga sebelum pilihanraya yang akan berlangsung pada tahun depan 2008)

Saudara / Saudari,

Pertama sekali abang Perdana Menteri kita iaitu Ibrahim bin Badawi menerusi syarikatnya SkyChef menjadi supplier makanan kepada syarikat penerbangan MAS, menyebabkan MAS mengalami kerugian sebanyak RM900 juta untuk sembilan bulan yang pertama pada tahun 2005.

Abang PM kita jual sebotol air mineral kepada MAS dengan harga RM30 setiap botol.


Jadi? Tidak kita hairan jugalah jika MAS menanggung kerugian sebanyak itu…

Menteri Besar Terengganu iaitu Idris Jusoh telah mengadakan majlis Perlumbaan Kapal Layar Monsoon Cup, yang juga telah menelan wang rakyat sebanyak RM300 juta.

Wang ini dibayar kepada seorang peniaga yang bernama Patrick Lim dan kekawannya termasuk Khairy Jamaludin, iaitu menantu Perdana Menteri. Majlis Perlumbaan Kapal Layar Monsoon Cup yang tidak sampai  5 hari telah menghabiskan RM300 juta wang seluruh rakyat Malaysia, yang terutamanya golongan berbangsa Cina yang telah banyak membayar cukai pendapatan kepada kerajaan…

Sudah tentu wang RM300 juta itu ditelan oleh “orang bertuah” yang dapat kontrak RM300 juta itu.

Untuk memulihkan kehilangan wang sebesar itu yang telah ditelan oleh “orang bertuah” tersebut, sekarang subsidi petrol dipotong, dan harga petrol dinaikkan RM0.30 per satu liter, dan dijangka akan dinaikkan RM0.30 lagi pada tahun depan selepas akhirnya pilihanraya iaitu pada tahun 2008.

Telekom Malaysia pula merugikan lebih RM700 juta sebab terpaksa membayar ganti rugi kepada syarikat komunikasi German iaitu Deutsche Telekom. Terpaksa bayar ganti rugi RM700 juta cuma sebab syarikat Telekom Malaysia “tidak tahu” membuat kontrak untuk polisi perniagaan yang mematuhi sistem.

Disebabkan berbagai-bagai “kesilapan” yang telah dilakukan oleh ketua-ketua yang “kurang pandai” Kerajaan Malaysia, kerajaan kita potong lagi subsidi petrol demi memulihkan kerugian wang negara.

Sekarang, pada hakikatnya, kos sememangnya lebih murah lagi kalau naik kapal terbang Air Asia pergi-balik di antara Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu. Tambang pergi-balik Air Asia di antara  Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu tidak sampai RM300 bagi tiga orang sekeluarga.

Sebab syarikat Air Asia diuruskan oleh orang yang tidak rasuah dan yang tahu berniaga tanpa menyusahkan penggunanya.

Sekarang, dengan harga petrol yang telah naik, kos untuk petrol sahaja hendak pergi dan balik di antara Kuala Lumpur dan Alor Setar mampu mencecah RM220 (untuk kereta Proton Waja). Cagaran tol pula melebihi RM160, tambah pula perbelanjaan makan dan minum (nasi campur dengan teh kosong) bagi sekeluarga 6 orang, lagi RM40, ini bermaksud kos perjalanan dengan kereta yang menggunakan petrol dan kena cagaran tol, tambah dengan makanan untuk pergi balik di antara  Kuala Lumpur dan Alor Setar sekurang-kurangnya RM400 atau lebih.

Negara-negara lain bukan macam negara kita.

Misalnya, walaupun harga petrol di Thailand lebih tinggi daripada Malaysia, di sana, pengguna lebuhraya mereka tidak perlu membayar cagaran tol.

Dari Bukit Kayu Hitam ke Bangkok jaraknya melebihi 1,100 batu (bukan kilometer) dengan lebuhraya 6-Lorong (bukan 4-Lorong macam Lebuhraya-Utara- Selatan kita) tanpa sebarang plaza tol dibina disepanjang atas lebuhraya mereka.

Di Thailand , tiada rasuah AP. Harga kereta import Honda Civic 1.5cc di Thailand tidak sampai RM40,000. Lebih murah daripada harga kereta keluaran Perodua, iaitu Kelisa 1.0cc di Malaysia. Inilah kebaikannya untuk rakyat di sana , sebab tiada rasuah AP di sana…


Di Malaysia pula ada AP. Sebenarnya harga AP yang perlu dibayar kepada Kerajaan (MITI) tidak sampai RM250 sahaja. Tetapi AP boleh dijual sehingga RM40,000 sekeping kepada “Dato-Dato” yang kaya, yang dikenali sebagai “AP King”. Rasuah AP ini telah berlanjutan selama lebih daripada 30 tahun, sejak mulanya Kerajaan Malaysia mula mengimport model kenderaan negara-negara asing untuk pasaran otomobil negara kita.


Akhir kata, rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung akibat “tradisi rasuah AP” ini.


“AP King” pula hidup mewah dan bergaya sedangkan ada banyak keluarga berbagai bangsa yang hidup merana dan tidak mampu memiliki kemudahan kenderaan sendiri sebab harga yang terlalu tinggi.


Oleh yang demikian kereta Honda Civic 1.5cc yang dijual dengan harga RM40,000 di Thailand naik sehingga RM110,000 di Malaysia. Banyak rakyat Malaysia telah rugi besar.


Kerajaan yang telah mengalami kerugian berlebihan disebabkan pelbagai lubang-lubang rasuah telah ditebuk dalam sistem pentadbirannya, maka potonglah subsidi petrol dan menaikkan harga petrol RM0.30 per satu liter untuk memulihkan keadaan.


Malaysia Boleh!!!! Memangggggg Bolehhh!!!!
Sebab Kerajaan Malaysia nak buat apa pun boleh!!!!


*Sila hantarkan maklumat ini kepada rakan-rakan anda, dan juga tolong cetakkan dan kongsikan maklumat ini dalam bentuk “hard copy” sekiranya boleh, kerana cuma 5% rakyat Malaysia yang tahu menggunakan komputer secara bermanfaat, manakala yang 95% lagi tidak tahu, ada banyak lagi juga yang tahu, tetapi cuma tahu menggunakan komputer untuk tujuan bahan lucah sahaja dan tidak menghiraukan maklumat seperti ini, mereka juga memerlukan maklumat seperti ini sebagai langkah pertama untuk mengubah sistem negara yang telah kian lama “tercemar”.


Cukuplah, selepas 50 tahun kemerdekaan negara kita, kita masih lagi berada di dalam tangan pemimpin yang berdosa banyak membohong, asyik mementingkan diri, dan tidak berpandangan jauh.


HAPUSKAN PENTADBIRAN ASAS RASUAH!!!


Adakah kita harus menjadi mangsa dalam kejadian sedemikian?


Orang lain hutang, kita sebagai rakyat pula yang kena bayar.


Yang penting sekali, bukan setakat membayar sahaja, manakala hendak bayar sampai bila??


Adakah ini akan berhenti jika kita tidak membuat sesuatu bersama-sama? ??


On top of all that…still want to send 2 “Fan Cheong” to moon.
Untuk apa ya????

Eksperimen membancuh teh tarik secara terapung ke????
Better use all the money to spend on something else to help the poor, improve the traffic system, subsidize the petrol price, and clear all the debts that the government is owing to other countries… what another stupid act by the government!! !! Please stop fooling around with our money!!!


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.