Maal Hijrah 1431
Telah Dihantar Pada: Disember 18, 2009 Filed under: al- Attas, Dunia Buku | Tags: al- Attas 2 Comments »Salam Maal Hijrah buat semua.
Segala puji dan syukur buat Allah, Tuhan sekalian alam. Mentari 1 Muharam 1431 telah Alah benarkan untuk saya menikmatinya. Sudah pasti, saya berdoa untuk menjadi seorang hamba Allah yang beriman serta bertakwa dan mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan.
Kebetulannya, saya berpeluang mendengar serta mendekati Seminar dan Syarahan Perdana Prof Syed Muhammad Naquib Al Attas. Mauduk perbincangan seputar program itu adalah mengenai ILMU dan ADAB. Al Attas sejak dari dulu lagi telah mengagaskan kepentingan ilmu pengetahuan dalam kalangan umat Islam.
Sesetengah daripada kita, mewar-warkan pentingnya kuasa bagi menegakkan Islam namun bagi Al Attas, umat Islam perlu kembali kepada ilmu yang benar bagi memartabatkan kembali maruah umat Islam.
Malah, dalam buku beliau, RISALAH UNTUK KAUM MUSLIMIN, beliau di tanya bagaimana mahu mengheningkan masalah umat Islam yang keruh-kelam, menjelaskan yang samar-keliru, meluruskan yang kusut dan mententeramkan jiwa yang tegang dan getar?
Beliau seterusnya menjawab seperti yang telah nyatakan juga oleh Hujatul Islam, al-Imam al-Ghazali, ia berpunca daripada kekurangan ilmu, khususnya ilmu yang sebenar mengenai Islam pada keseluruhannya.
Justeru, sempena kedatangan Maal Hijrah 1431 ini, marilah bersama kita memperbaharui azam, memperkukuhkan tekad agar menegakkan kalimah Allah di bumi Malaysia khasnya dan dunia amnya. Semoga kita berjaya hendaknya.
Kenangan itu ( Minat dan hobi)
Telah Dihantar Pada: Disember 4, 2009 Filed under: Dunia, Dunia Buku, Hati, Islam, Keluarga, Luahan rasa, Maisurah, Tazkirah Jumaat 1 Comment »Salam Jumaat,
Bangun sahaja pagi ini, fikiran saya ligat berputar-putar. Usai solat, selepas beberapa ketika saya bermain-main dengan putera dan puteri saya, saya perlahan-lahan menekapkan ‘earphone’ E71 saya. Hajatnya untuk mendengar koleksi lagu-lagu nasyid yang berada dalam simpanan telefon tangan saya.
Memang, sejak sedekad yang lalu, seingat saya ketika berusia 13 tahun, saya gemar apabila membaca sesuatu acapkali saya membaca bertemankan walkman. Dunia teknologi memungkinkan saya mengantikan fungsi walkman dengan kemudahan yang di sediakan oleh E71 ini.
Sambil membaca, kenangan saya terimbau pantas ke masa lalu. Lagu-lagu nasyid terlalu nostalgik buat diri saya. Saya bukanlah pelajar mana-mana sekolah agama( biasanya genre nasyid sinonim dengan budak sekolah agama). Tetapi ledakan irama nasyid pada tahun 1997, membuatkan saya turut terkena tempiasnya.
Sebelum itu, lagu Cita-citaku, Assalamualaikum (Nada Murni) adalah cinta pandang pertama saya dengan irama nasyid ini. Pertama kali saya saya mendengar bait-bait lirik lagu ‘Cita-citaku’ dalam satu majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Taman Dato Harun telah mempersonakan hati dan perasaan saya. Sehinggakan untuk beberapa ketika selepas itu, masih lagi tergiang-giang lirik lagu ini dalam setiap pergerakan saya. Sungguh, saya tidak memahami dengan lebih mendalam apa yang ada dalam lirik ‘Cita-citaku’ ini. Tetapi setelah 10 tahun selepas itu, saya lebih faham apa yang ingin si penyanyi sampaikan. Siapa sangka, anak sulung saya turut berkongsi minat yang sama terhadap lagu ini.
Acapkali, ketika saya dirundung kesedihan, cepat-cepat saya akan putarkan lagu-lagu nasyid. Lirik-liriknya mengungkapkan kepasrahan pada Allah, keluh kesah yang bersandarkan pada Ilahi serta pengharapan yang jitu pada sang Pencipta. Tambahan pula, lagu yang menjadi kegemaran saya, lagu yang bertemakan jihad, taubat pada Allah serta yang menyeru jalan pulang kepada Allah. Saya tidak menafikan bahawa al-Quran adalah penghibur yang paling utama tetapi kelemahan iman saya menyebabkan saya belum merasai nikmat membaca al-Quran itu lagi. Saya pelbagaikan dengan mendengar nasyid kerana liriknya juga bersandarkan apa yang telah terungkap dalam Quran dan Hadis.
Kenapa saya bercerita tentang ini semua? Fikiran saya galau. Saya bersyukur, dengan nasyid ini jugalah saya menerima tarbiyah langsung dari Allah. Kelihatannya terlalu mudah. Dari irama nasyid saya juga gemar membaca dan membeli buku . Kata teman-teman saya ini ulat buku tetapi kata hati saya, “aku ini pembeli buku yang setia”. Saya masih ingat lagi buku pertama yang saya mula-mula beli ketika menjejakkan kaki ke UTM. Selepas 9 tahun berlalu, kalau tidak salah kiraan saya, sudah hampir 500 lebih koleksi buku yang berada dalam simpanan saya. Mungkin tidak sebanyak sasterawan negara koleksi buku saya tetapi seperti yang selalu saya katakan pada isteri saya, seandainya saya mati kelak, gadailah buku-buku ini, manalah tahu ada harganya di pasaran.
Haji Syaful Anwar, insan yang mengenalkan minat ini pada saya. Walaupun arwah bapa saya ini bukanlah pengumpul buku tetapi setiap hari beliau sentiasa setia membeli dan membaca surat khabar. Secara tidak langsung, minat beliau pada akhbar ini turut menarik minat saya. Sampaikan saya tidak boleh makan dengan kenyang tanpa saya membaca akhbar sambil makan ( bukan makan sambil baca akhbar). Walaupun berita yang saya baca itu sudah lebih 10 kali dibaca tetapi saya tetap setia mengulanginya. UTM telah menambah minat saya dengan pengumpulan pelbagai genre buku. Dari politik ke agama, menjangkau siasah, sosial, motivasi dan lain-lain. Saya cukup pantang kalau ada orang yang mempertikaikan minat saya mengumpul dan membaca ini. Saya cukup berbahagia dengan minat dan hobi ini.
Membaca ini bukan sahaja meluaskan horizon pemikiran, tetapi ia juga boleh menjadi terapi yang mujarab. Malah, saya seolah-olah bertemankan dengan cendiakawan yang tidak jemu memberi nasihat, tidak lelah dengan kealpaan saya. Saya tidak malu untuk berguru dengan buku-buku ini kerana saya telah hilangkan hijab yang terbentang antara saya dan buku-buku ini. Mana mungkin saya lupa, keinginan saya untuk berkahwin telah saya ajukan pada teman-teman buku ini. Lalu saya terima saranan-saranan yang diberikan kemudian saya berpegang teguh dengan apa yang telah saya dan buku-buku ini bincangkan. Saya tidak menoleh ke belakang lagi, saya redah sahaja samudera yang bakal saya tempohi. Hasilnya, saya cukup bahagia dengan isteri dan dua orang cahaya mata.
Makanya, saya amat berterima kasih dengan kedua-dua minat saya ini. Minat inilah yang memandu hidup saya. Sudah pastilah yang menghantarnya adalah ALLAH. Hidup ini perlu diteruskan, walau apa pun yang berlaku, saya cukup bahagia.
Menghayati Budaya Ilmu : Faham Ilmu, Amalan dan Panduan
Telah Dihantar Pada: Julai 1, 2009 Filed under: Dunia Buku | Tags: Buku 3 Comments »
Buku ini buah tangan Prof Zaini, buat ke sekian kalinya.
Buku, Mendukung Tradisi Intelektual, beliau telah siapkan ketika berusia 28 tahun. Setahun lebih tua dari usia saya sekarang. Saya mengenali Prof Zaini , sekitar tahun 1999, ketika membaca rencana karangan Izani Zain (kini pensyarah kanan di Universiti Pertahanan Malaysia, yang menceritakan pendapat Prof Zaini mengenai budaya intelek di institut pengajian tinggi)
Puas saya meneka-neka, siapa Prof Zaini?
Rupanya, seorang pensyarah di UTM. Saya pernah bertandang ke bilik Prof Zaini, sekitar tahun 2003, tujuannya untuk mengundang memberi ceramah kepimpinan di Kolej Tuanku Canselor.
“Wah, banyaknya koleksi buku Dr!” Saya teruja melihat begitu banyak buku, jurnal, kertas kerja yang tersusun rapi di bilik Prof Zaini. Ketika itu beliau adalah Pengarah IPASA (institut berkaitan air dan alam sekitar )
Ingatan saya kembali berputar, beliau, tokoh yang saya cari, sudah berada di depan mata.
Setelah 6 tahun berlalu, beliau kini adalah NC UTM selepas Prof Zulkifli.
Buku, Menghayati Budaya Ilmu, pada dasarnnya seperti buku-buku beliau yang lain, mengagaskan konsep budaya ilmu. Cuma, tumpuan pada buku ini, pada mahasiswa baharu yang pertama kali menjejakkan kaki ke menara gading, khasnya di UTM.
Kelihatannya, Prof Zaini bersungguh-sungguh untuk menerapkan budaya ilmu, dari segenap lapisan masyarakat kampus. Sama ada pensyarah, mahasiswa mahu pun pentadbir, meliputi juga, kerani, juruteknik.
Sudah pasti, Prof Zaini, ingin melihat hasilnya. Beliau mengharapkan agar kempen membudayakan ilmu melalui pembacaan, penyelidikan ( dalam kalangan pensyarah ) akan mendapat sambutan. Namun, saya optimis, kesannya tidak dapat di lihat dalam tempoh yang singkat.
Sudah namanya budaya ilmu , ia akan mengambil masa untuk di hadamkan oleh semua pihak di UTM. Apatah lagi konotasi budaya bermaksud: kemajuan fikiran, akal budi. Justeru, ia perlukan masa yang sewajarnya untuk matang.
Tahniah Prof Zaini, kerana berani melakukan perubahan. Saya amat menyanjungi usaha beliau. Sudah pasti saya mahu menurutinya.
Semoga di mudahkan urusan.
Menulis buku
Telah Dihantar Pada: Januari 13, 2009 Filed under: Dunia Buku | Tags: Dunia Buku 7 Comments »Menulis buku,
Saya bercita-cita mahu menulis sebuah buku, mungkin juga ‘berbuah-buah’ buku. Namun, kudrat saya tidak sampai ke tahap itu lagi. ” Ridwanto, tulislah buku untuk kita (PTS)”, nasihat Pengerusi PTS, Puan Ainon pada saya ketika saya berkesempatan berbual ringkas dengan beliau di Pesta Buku Antarabangsa yang lalu.
Wah, teruja juga saya mendengar pelawaan Puan Ainon. Tapi, keterujaan itu mati setakat itu sahaja bila memikirkan mauduk apa yang hendak saya bahaskan dalam buku saya nanti. Ligat juga otak berputar mencari tema yang sesuai dengan pengetahuan yang ada pada saya.
Namun, secebis idea pun tidak kunjung tiba, yang hadir cuma kebuntuan yang semakin menyesakkan diri. Saya bungkam. Sedangkan atma saya semakin meronta-ronta untuk menulis barang sebuah buku cuma. Itu pun sebagai permulaan buat saya mula bertatih di bidang penulisan.
Selalu benar tergiang kata-kata Pak HAMKA, ” Apabila banyak membaca pasti kita akan mengikatnya dengan penulisan”. Ya, kata-kata itu yang semakin membakar semangat untuk mula menulis sebuah buku. Namun, api semangat itu terpadam dengan embun kebuntuan.
Saya mesti menulis sebuah buku, namun saya tidak punya idea. Boleh bantu saya?
Sebuah coretan ringkas
Telah Dihantar Pada: Oktober 23, 2008 Filed under: Doa, Dunia Buku, Hati, Keluarga, Kepimpinan, Luahan rasa 9 Comments »Hampir dua bulan saya tidak mengirimkan sebarang coretan. Sedangkan ada aja isu yang ingin saya ketengahkan dalam blog sulung saya ini. Sampaikan ada teman-teman yang meminta saya menulis sesuatu buat tatapan mereka.
Pertamanya, saya memohon selaut kemaafan andai ada yang kecewa apabila bertandang ke blog ini. Hampa! Tiada sebarang catatan baru. Kadang kala saya pun pelik dengan peel saya. Isteri saya susah juga menduga kelakuan saya. Katanya, saya sukar untuk di duga.
Namun, saya sebenarnya terlalu gusar dengan keadaan kami sekeluarga. Seperti tulisan saya yang lalu, saya sendirian di Skudai. Mak dan adik beradik nun di lembah Klang sementara anak dan isteri terpaksa berjauhan di Mersing lantaran panggilan tugas isteri sebagai seorang guru.
Guru, ramai juga yang mengatakan, tugas guru adalah mudah. Cuti yang banyak, masa yang panjang bersama keluarga namun hakikatnya tugas seorang guru menuntut pengorbanan yang besar. Itu belum kira, yang berjauhan dengan suami, anak atau isteri. Hakikatnya, saya pun merasai pengorbanan seorang guru.
Boleh di katakan setiap bulan saya akan menjadi pengunjung setia Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya. Semua ini adalah untuk memastikan pertukaran isteri saya ke daerah Skudai berjaya. Kami merantau jauh ke selatan tanah air untuk menimba pengalaman hidup, mencari kelainan sebelum kembali ke tempat lahir kami nanti. Maka, tidak sepatutnya KPM (terutamanya JAPPIM) mengambil mudah masalah kami.
Sepanjang urusan saya di jabatan kerajaan ini, saya amat kecewa dengan mutu layanan JAPPIM , KPM. JAPPIM, adalah jabatan yang menguruskan guru-guru pengajian Islam. Saya, seolah-olah menjadi taboo dengan badan-badan yang menggunakan nama Islam ini. Kadang kala mereka mengambil mudah dengan masalah orang lain.
Mungkin ini adalah pengalaman pahit saya berurusan dengan mereka. Sedangkan , apabila saya berurusan dengan unit SBP ( sekolah berasrama penuh) : isteri saya mengajar di sekolah asrama penuh, layanannya cukup mesra. Ah, ini pandangan dangkal saya mungkin.
Entah lah, saya tetap berusaha. Doa dan munajat saya pohon.
Mungkin sejak akhir-akhir ini, saya tidak stabil.. Hehehehe
Rupa-rupanya, saya sudah lama tidak menghadam apa-apa buku. Apabila saya kembali mengunyah isi-isi buku yang saya miliki, saya merasai ketenangan. Merasai otak ini berputar-putar ligat, keyakinan saya meningkat, tahap kesedihan saya beransur-ansur pergi.
Wah, begini rupanya penangan sebuah buku. Apatah lagi dengan Quran. Maka, saya berusaha untuk mendampingi Quran sebagai peneman sejati.
Sebab, Quran kan petunjuk bagi umat Islam. Alasan yang tradisional tapi itu lah hakikat yang tidak boleh di nafikan. ( ada teman yang sudah berjanji untuk menghadiahkan saya buku; saya tidak sabar untuk menerimanya)
ALYA INSYIRAH
Tidak sah penulisan saya dalam blog ini tanpa ada catatan ringkas mengenai anak sulung saya. Beberapa hari yang lepas (18 Oktober 2008) genap setahun usia Alya Insyirah.
Kebetulan kami hanya menyambut hari ulang tahun Alya Insyirah, bertiga sahaja. Saya, isteri dan Alya Insyirah. Kami bertiga menyayikan lagu Selamat Hari Jadi buat Alya Insyirah {Alya Insyirah menyayikan dalam bahasa ‘Jerman’}. Tanpa di lupakan doa dan munajat agar anak ini menjadi anak yang solehah. Itu sudah pasti.
Nota buat kawan:
Apabila menulis di blog , mengingatkan saya pada nasihat Pak Hamka ( penulis tafsir Al-Azhar), apabila kita banyak membaca , sudah pasti kita akan menulis jua akhirnya. Dalam kes saya, saya bukanlah seorang yang kuat membaca, gila membaca tetapi saya menulis supaya saya akan membaca akhirnya.
Saya dapat merasai pengalaman yang menarik. Apabila membaca, ia akan meluaskan horizon pemikiran, akan menambahkan keperpustakaan dalam diri. Perpustakaan yang terbina dalam diri secara tidak langsung akan memandu kehidupan kita ke arah kecemerlangan diri.
Makanya, kita akan lebih berkeyakinan menghadapi segala yang berlaku dalam kehidupan.
Saya mempunyai seorang teman, beliau sejak akhir-akhir ini kecewa dengan dirinya. Isunya mudah, beliau merasakan penulisan beliau di blog merapu. Jadi, jalan pintas yang diambilnya, hentikan saja sebarang penulisan di blog. Saya pun kurang mengerti, mengapa jalan ini yang di ambilnya. Mengapa beliau seorang yang mudah putus asa?
Pada hemat saya, blog bukanlah sebuah tesis sarjana muda, Master mahu pun PHD. Ia adalah medium bagi kita melepaskan apa yang terbuku di minda. Lalu di olah mengikut laras bahasa yang mudah di fahami pembaca. Seharusnya, gabung jalinkan antara fakta dan laras bahasa yang santai, supaya pembaca dapat menghadam isi yang ingin di sampaikan.
Usahlah meletakkan harapan terlalu tinggi. Mahu kan blog kita sehebat blogger yang sudah mempunyai nama ? Tidak mengapa, bertatih lah dahulu. Teruskan mengulit buku, menambah ilmu yang tidak kunjung habis. Seharusnya, putus asa tiada dalam kamus hidup kita.
Sementelahan pula, usia kita masih muda. Banyak lagi asam garam hidup yang perlu kita hadapi. Andainya, perkara sekecil ini pun kita goyah menghadapinya apalah lagi yang boleh diharapkan dengan golongan pemuda benteng pertahanan negara, pemimpin masa depan negara.
Wah, ini bukanlah kuliah tetapi kekecewaan saya pada teman ini. Di UTM dulu, beliau antara insan yang di kategorikan sebagai menerima didikan tarbiyah dari UTM (bukan di UTM malah sejak di matrikulasi lagi) namun menghadapi perkara sekecik ini pun sudah putus asa.
Saya merasakan sindrom putus asa adalah virus yang merbahaya. Kita mahu kan pemuda yang berhati waja, berdaya saing.
Jauh saya berceloteh, tetapi pada hakikatnya saya pun menghadapi masalah seperti teman itu. Mohon dikuatkan hati, jiwa dan raga!
Akhirnya saya meninggalkan U3A-402,Kolej Perdana UTM
Telah Dihantar Pada: Julai 2, 2008 Filed under: Akhirat, Doa, Dunia, Dunia Buku, Hati, Isu Semasa, Kepimpinan, Luahan rasa, Motivasi, Politik, Rumah 7 Comments »Saya tahu, minggu ini berita paling hangat adalah mengenai kes liwat Anwar Ibrahim, akuan bersumpah Raja Petra dan beberapa lagi berita politik yang pada pengamatan saya amat menjijikkan lagi memualkan.
Maaf, di fikiran saya , kerana kuasa orang sanggup berbuat apa sahaja. Walau pun , ia di larang oleh agama.
Apa pun, doa saya agar pemimpin yang bersih , baik serta ikhlas memimpin umat ini dapat memunculkan dirinya. Malu juga, apabila melihat pemimpin Melayu bercakaran tapi pada masa yang sama, pemimpin kaum lain sedaya upaya mengukuhkan kelangsungan bangsa mereka di Malaysia ini. Walaupun berlainan mazhab politik tetapi yang penting survival dan tuntutan kaum mereka di tuntut sejak sekian lama dulu akhirnya sedikit demi sedikit dapat di penuhi.
Ah, persetankan pergolakan politik tanah air!
Akhirnya, hari ini, Rabu, tanggal 2 Julai 2008, selepas waktu Asar, secara rasminya saya akan meninggalakan rumah sewaan saya di KoleJ Perdana ini
Kenangan? Sudah tentu akan bersemi dalan ingatan. Semoga hijrah saya akan mendekatkan diri dengan Allah. Saya merasa sedikit tergugah kerana talian internet tiada di sediakan di rumah baru. Mungkin saya akan rasa canggung dan sedikit ralat kerana aktiviti malam saya mungkin akan berubah. Paling tidak pun, waktu malam saya boleh habiskan menelaah buku yang bertimbun banyak atau pun bermuhasabah.
Sekali lagi, perpindahan ini adalah hijrah bagi diri saya, itu lah harapan saya.
hijrah, di tempat yang baru, suasana yang baru , azam yang baru serta keimaanan yang bertambah kalau turun pun ia tidak terlalu lama. Ameen
Salam Hijrah
Setahun berlalu
Telah Dihantar Pada: Jun 26, 2008 Filed under: Dunia Buku, Hati, Isu Semasa, Kepimpinan, Luahan rasa 4 Comments »Hari ini genap setahun saya bergelar blogger.
“Abang ni, bila lah nak buat buku,asyik tulis blog aja”
Keluh isteri saya, melihat kesungguhan saya menjadi seorang blogger, lantaran di rumah bertimbun buku namun saya hanya setia menjadi pembaca tidak mampu untuk menjadi seorang penulis buku lagi.
Sepanjang setahun menjadi blogger, ramai kenalan baru saya perolehi, Alhamdulillah. Walaupun blog saya bukanlah blog yang popular tetapi saya puas!
Puas, berkongsi dengan rakan taulan , pengunjung alam maya ini. Malah, kehadiran saya di alam maya ini kerana teringat dengan pesan Buya HAMKA, apabila membaca, kita pasti akan mengikatnya dengan tulisan.
Justeru, bermodalkan 96 artikel di blog ini, sudah pasti akan bertambah lagi, saya sentiasa berdoa agar langkah awal saya ini akan di susuli dengan kehadiran buku saya di pasaran.
Oh, sebelum terlupa, mungkin buku sulung saya itu akan bertemakan kepimpinan. Bila agaknya akan terbit? Hanya masa yang menentukan. Tunggu kehadiran buku saya.
Terima kasih buat teman-teman yang sudi mengunjungi blog ini. Moga ada manfaat yang diperolehi. Ameen
Esok hari yang mendebarkan
Telah Dihantar Pada: Mac 7, 2008 Filed under: Dunia Buku, Interesting Links, Isu Semasa, Keluarga, Kepimpinan, Luahan rasa, Uncategorized 2 Comments »Hanya tinggal beberapa jam lagi, tempoh berkempen akan tamat. Saya dan isteri sekarang sibuk berkemas-kemas untuk balik ke Petaling Jaya, meneruskan perjalanan ke Perlis. Ini semata-mata untuk menunaikan tanggungjawab kami kepada negara. Memilih pemimpin yang adil, amanah dan bersih.
Sudah tentu bukan pemimpin yang ‘kaki tidur’, selalu memungkiri janji dan yang paling bahaya selalu benar mengatakan negara akan BANGKRAP sekiranya orang lain yang memimpin.
Siapa yang tidak tahu, negara semakin hari menyaksikan kenaikkan kos hidup yang tinggi, itu belum lagi kadar jenayah yang semakin meningkat, kerugian negara akibat perbelanjaan untuk projek mega yang tidak masuk akal.
Soal kerajaan atau pembangkan, itu kita kena kembalikan hak kepada rakyat. Keputusan yang kita ketahui esok akan menyaksikan negara Malaysia yang tercinta ini, sama ada SEJAHTERA, atau pun rakyat kian mengeluh untuk tempoh 5 tahun mendatang.
Saya amat risau sekiranya rakyat terus-terusan dibebankan dengan kos sara hidup yang tinggi, akan menyebabkan rakyat terus menderita. Hasil akhirnya, bimbang rakyat akan turun ke jalan seperti negara-negara lain. Minta-minta di jauhkan.
Malaysia negeri yang aman. Keamanan yang dikecapi selama ini harus dikekalkan dengan memilih pemimpin yang prihatin dengan masalah rakyat bukannya kaki melancong atau pun pemimpin yang gila mengambil komisyen beratus juta .
Apa pun selamat mengundi, pilihlah pemimpin yang beramanah ,Adil dan Bersih.
Saya mahu seperti ini!
Telah Dihantar Pada: Februari 26, 2008 Filed under: Dunia Buku, Isu Semasa, Keluarga, Kepimpinan, Luahan rasa Leave a comment »Asalamualaikum, Prof!
Seseorang yang dapat secara consistent menulis dan update blognya mempunyai banyak sifat-sifat yang menjadi modal asas kejayaan.
Beliau mempunyai komitmen yang tinggi terhadap kerja-kerja yang dimulakannya.
Beliau mempunyai keupayaan mendorong dirinya sendiri melaksanakan apa yang dirancangnya sendiri.
Beliau mempunyai motivasi kerja marathonic.
Beliau memiliki disiplin kerja yang tinggi.
Beliau mempunyai dorongan self-expression yang tinggi.
Beliau mempunyai dorongan interaksi-sosial yang tinggi.
Orang yang mempunyai ciri-ciri seperti itu mempunyai modal psikologis yang banyak sebagai asas kejayaannya.
Blog adalah buku nota psikologi dalaman si penulisnya. Membaca blog seseorang, kita sebenarnya membaca psyche-nya.
Dalam membaca entri-entri Prof, saya tidak berjumpa tanda-tanda Prof seorang yang banyak komplen tentang kehidupan, yang merungut-rungut tentang orang-orang lain, yang marah-marah dengan perkara-perkara yang berlaku tidak semacam yang Prof mahukan, tidak mengkritik orang-orang yang Prof anggap tidak betul sikapnya, tidak menyalahkan orang-orang lain atas musibah yang berlaku pada Prof, tidak mengajar-ngajar orang, tidak menekan-nekan orang lain supaya mengubah diri mereka dan buat macam yang Prof mahukan.
Komen SIFUPTS di http://muhdkamil.net/mystory/?p=542
Setitis Embun Semarak Api
Telah Dihantar Pada: Julai 25, 2007 Filed under: Dunia Buku 3 Comments »Apabila saya membeli buku karangan SN Shahnon Ahmad , saya dapat merasai kepuasan yang mendekam di jiwa. Mengapa?Segala-galanya berpunca daripada namanya sendiri, gelaran yang terdapat pada diri Shahnon Ahmad
Baru hari ini saya dapat menjelajahi serba sedikit isi buku yang saya beli tempoh hari. Saya dapat merasai apakah kekuatan yang ada pada penulisan yang Shahnon Ahmad ingin kemukakan kepada khayalak pembacanya.
Dengan pengalaman yang luas, dari seorang guru, pensyarah, Pengarah Pusat Islam USM, ahli politik PAS, pengarang kontroversi novel satira SHIT sehinggalah kini beliau terlantar sakit di rumah memberikan diri saya berkongsi pengalaman dengan beliau.
Pada saya, semua ini akan mematangkan lagi diri saya menghadapi hari yang mendatang.





