Sekadar coretan jumaat

Salam jumaat,
Sehari ke sehari, terlalu banyak peristiwa yang berlaku. Baik dalam diri seseorang, masyarakat, negara mahu pun antarabangsa (ummah).
Sudah pasti peristiwa :
1) pemberian lesen judi bola oleh kerajaan persekutuan Malaysia
2) serangan komando Israel terhadap misi kemanusiaan, Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G)

Peristiwa seperti ini, tidak akan pernah berakhir malah akan terus berlaku sehinggalah apabila berlakunya tiupan sangkakala. Harusnya, semua ini akan menguatkan diri setiap umat Islam, yang kecil mahu pun besar. Terutamanya, remaja dan belia. Cabaran dan ancaman terhadap umat islam semakin bertubi-tubi malah amat menakutkan.

Harusnya juga, kita memperkukuhkan diri dengan ilmu dan iman. Memasang benteng yang telah al quran gariskan.

Ya, masa sudah suntuk tetapi masih belum terlewat lagi.

Ya Allah berilah kami kekuatan.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.