Alhamdulillah…anak kedua menyusul
Telah Dihantar Pada: Disember 17, 2008 Filed under: Anak 13 Comments »Permata hati, cahaya mata, buah hati adalah ungkapan yang di gunakan kepada mereka yang mempunyai anak. Ya, seorang anak. Penyambung keturunan kepada mereka yang telah berumah tangga.
Apatah lagi, bagi mereka yang telah lama mendirikan rumah tangga, saban hari, malah tahun menantikan kedatangan zuriat yang tidak kunjung tiba lagi.
Orang kata, anak sebagai rezeki. Siapa pun tidak menyangkal, kehadiran seorang cahaya mata pasti akan menyerikan lagi rumah tangga yang baru di bina.
Semua orang berhajatkan anak kedua biarlah berlainan jantina dengan anak yang pertama. Ya lah, biar dapat sepasang. Namun , lelaki atau perempuan, itukan rezeki dari Allah.
Syukur, Alhamdulillah, Allah telah kurniakan sepasang cahaya mata buat penyeri hidup keluarga ini. Maka, bertambahlah syukur di lafazkan kepada sang Pencipta atas kurniaan yang tidak terperi eloknya ini.
Mudah-mudahan anak yang baru lahir ini akan menjadi pejuang agama (semua orang mahukan anaknya soleh dan solehah)
Justeru, saya dedikasikan kepada sahabat yang di kasihi, sdr Ahmad bin Abdullah Sanek, sekalung tahniah atas kelahiran puteri nya yang tercinta pada tanggal 16 Disember 2008
“Awal 2 minggu lah kehadiran puteri kami ini, nanti bolehlah kami pakaikan tudung pada puteri kami macam Alya, “jauh di hujung corong telefon sahabat ini memberitahu. Awal mahu pun lewat, semuanya telah selamat.
Kiranya, Solehudin, kini mempunyai teman. Tugas saudara Ahamad akan bertambah. Mempunyai dua anak selangnya tidak sampai 2 tahun , dapat saya rasakan bertambah ruwet (sukar). Namun, kasih ayah sentiasa mendahului segalanya.
Tahniah dari kami sekeluarga.