Dia yang ku rindui
Telah Dihantar Pada: September 13, 2011 Filed under: Islam Leave a comment »klise: Blog ini sudah bersawang.
Sebenarnya gerak tumpu penulisan saya sudah terarah pada FB.
Kadang kala, malah selalu benar gila saya pada FB. Di FB macam-macam perang sedang, boleh dan akan berlaku. Dari satu tajuk ke tajuk yang lain. Silih berganti tajuk, perbincangan dan perdebatan. Semua ini menambahkan serabut.
Namun, ada yang baik pada Fb ini. Penjelajahan saya dari FB teman-teman menemukan jodoh saya dengan youtube ini.
Law Kan Baynana (Andai Rasulullah bersama Kita)
Lagu yang meruntun sesiapa yang mendengarnya. Mahalnya pada bait-bait lirik yang mengasyikan. Terimbau pada baginda Rasulullah yang selalu benar saya lupakan, sedangkan beliau adalah cahaya hati yang harus diingati kerana kasih dan sayangnya pada umatnya.
Sekurang-kurangnya ia menemukan kembali cinta saya pada baginda Nabi Muhammad, insan agung yang diciptakan Tuhan sekalian alam buat sekalian alam ini.
Selawat dan salam buat Rasulullah sallahualaiwasalam.