“Tidak sama antara seorang anak dengan anak yang lain. Dulu, Alya memang mudah tidur. Bagi sahaja susu badan, terus tidur.”
“Rifaie ini berbeza dari kakaknya, letak dalam buaian baru lah senang tidur”, saya di sisi setia mendengar ceramah ringkas isteri, mengenai tabiat anak kami berkaitan hal tidur.
Dua anak, pastinya setiap satu mempunyai ragam yang berbeza. Namun, bagi ibu bapa muda seperti kami, pengalaman ini cukup menarik. Baru dua anak, Ustaz Ismail Mustari, 11 orang anak. Lagi hebat. Memang kadang kala , saya mengadap Ustaz Ismail Mustari, menadah kitab mengenai hal rumah tangga. Beliau cukup peramah, terlalu banyak mutiara ilmu yang saya perolehi sepanjang berdiskusi bersama beliau.
Sepertinya, alam perkahwinan tidak lah terlalu mudah seperti yang di teorikan dalam banyak buku dan perbualan serta perbincangan. Tetapi, ia tidaklah sesukar yang di sangka.
Hal rumah tangga mencakupi, komunikasi antara suami dan isteri, anak-anak malah ia melangkaui perhubungan dua hala dengan keluarga mertua dan ipar duai.
Makanya, alam rumahtangga, sememangnya, akan memberikan seribu satu rencam pengalaman yang baharu. Paling menyeronokan , ia adalah jalan untuk menuju ke syurga Allah.
Segala-galanya perlukan masa untuk memahami sejuta perkara yang berlingkar dalam rumah tangga.
Ia, cukup membahagiakan!
Oktober 2, 2009
Jumaat yang berbahagia
6 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback



Menjadi kerunsingan yang sangat dalam memikirkan hal-hal perkahwinan…mencabar.
Komen oleh adifimiyun — Oktober 2, 2009 @ 3:53 am |
Tuan Adifimiyun,
jangan terlalu banyak berfikir sangat, lakukan sesuatu. Semoga Allah permudahkan urusan tuan.
Komen oleh muhammadridwanto — Oktober 2, 2009 @ 6:23 am |
ada isteri seronok..
ada anak pertama tambah seronok…
ada anak kedua lagi tambah seronok….
dan begitulah seterusnya mudah2an….
rindu dengar pengisian ustaz ismail mustari….
Komen oleh ibnuabuakhi — Oktober 2, 2009 @ 3:59 am |
Tuan Muthanna,
harapnya begitulah kita MEMANDANG ERTI HIDUP DI DUNIA. Segalanya menyeronokan.
Ya, ustaz Ismail Mustari mempunyai ramai pengikut tersendiri.
Komen oleh muhammadridwanto — Oktober 2, 2009 @ 6:25 am |
setuju.
Komen oleh myikhwanfiideen — Oktober 3, 2009 @ 7:10 am |
tahniah tuan ridwanto sekeluarga
Komen oleh Azrul Hisyam — Oktober 5, 2009 @ 6:16 am |