Membina Minda Cemerlang

Oktober 22, 2009

Mari menulis

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 2:45 pm

“Abang, biasalah, ana bujang, dengan menulis inilah dapat mententeramkan diri, lainlah yang sudah berkeluarga” Ringkas, penerangan seorang teman.

Asalnya, saya seakan mengadu, susahnya mahu disiplinkan diri menulis secara tetap. Namun, jawapan begini pula yang saya terima.

Saya tidak mempunyai hobi yang khusus, tetapi kalau ada sesiapa yang bertanya, dengan penuh yakin saya akan menjawab; hobi saya membaca. Tahun ini, saya  menambah hobi saya, saya suka menulis.

Walaupun tulisan saya mencapah isinya, tetapi yang menjadi kerisauan saya, saya  tidak mempunyai disiplin apabila melakukan sesuatu perkara.

Kadang kala, saya cepat bosan, mudah mengalah, merewang-rewang kekusutan yang berselirat dalam benak hati yang memeningkan kepala sehingga berpinar-pinar saya memikirkan masalah yang tidak kunjung selesai.

Sedangkan menulis memerlukan daya penumpuan yang tetap dan statik, tidak mudah goyah dengan kebosanan, sentiasa mencari idea baru walaupun bentuk penulisan yang ingin disampaikan nampak kelakar, bersifat keanak-anakan tetapi yang paling penting, idea saya berjaya saya sampaikan.

Dr Anwar Ridhwan, ketika pelancaran anugerah Sasterwan Negara pada tahun 1981, bercita-cita agar dirinya menjadi salah seorang penerima SN, akhirnya setelah 27 tahun , cita-cita beliau terlaksana.

Siapa tahu, setelah beberapa tahun mendatang,kalau tidak menjadi SN, buku tulisan saya akan laku keras, mungkin sejuta pengeluarannya. Siapa tahu?

Moga menjadi kenyataan.

(maaf, di tulis semasa menghadiri mesyuarat di Dewan Ar Razzi)

MESYUARAT

Saya paling benci dengan mesyuarat yang meleret-leret. Protokolnya, agenda mesyuarat harus di ketahui oleh semua ahli mesyuarat, agar semua ahli mesyuarat terarah dan masa mesyuarat dapat di gunakan seminima yang mungkin. Paling penting ahli mesyuarat tidak bosan.
Saya paling benci mesyuarat yang meleret. Kebosanan yang saya alami memungkin daya fokus saya hilang.
Pokok pangkalnya, saya mudah bosan. Sebab inilah saya kurang disiplin. Maaf, tolong bantu saya.

Kepimpinan
Hadiri mesyuarat, kawal selia program, menghadapi ketegangan menguruskan program, bertegang leher sesama ahli program; seputar kisah yang mengajar erti kepimpinan buat saya.
Saya terus belajar, menimba ilmu, menceduk segenap mutiara pengalaman, mengurus diri, mengaut seluas kisah suka dan duka; segala-galanya, walaupun ada rasanya pahit, tetapi ia tetap manis.
Kepimpinan, segala-galanya mungkin.

Oktober 20, 2009

INATEX 2009

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 8:03 pm

INATEX2009-a

Kali terakhir saya berkampung sehingga awal subuh, semasa menyudahkan hal-hal berkaitan projek tahun akhir program sarjana muda Elektrik Elektronik 3 tahun yang lalu.

Ini, kali kedua saya berbuat perkara yang sama. Semata-mata untuk INATEX 2009. Harapnya, produk kami , akan meraih emas…

Sekian laporan terkini.

Oktober 2, 2009

Catatan malam sabtu

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 11:27 am

“Kesian,mata merah! Mat pit (hisap gam@penagih dadah)” Terdengar bisikan gadis penjaga kaunter bayaran melihat gelagat beberapa orang anak muda, juga seperti saya membeli barangan di kedai alat tulis. Fitrah! Semua manusia inginkan kebaikan. Gadis si penjaga kaunter mengatakan kesian pada pemuda yang lagaknya seperti orang ‘lalok’ sedangkan gadis itu pakaiannya tidak seperti gadis melayu islam. Ya, semua inginkan kebaikan walaupun, kadang kala kita terlupa diri sendiri berlumur noda dan dosa. Maka, teruskanlah pencarian mencari erti hidup tanpa murka Ilahi. Usahlah berputus asa dengan segala rahmat Allah. Seluas lautan dosa, sejauh saujana mata memandang ; keampunan Allah. Pokok pangkalnya, kita. Mari kita mengejar fitrah hidup sebagai seorang hamba Tuhan.

Jumaat yang berbahagia

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 2:17 am

“Tidak sama antara seorang anak dengan anak yang lain. Dulu, Alya memang mudah tidur. Bagi sahaja susu badan, terus tidur.”
“Rifaie ini berbeza dari kakaknya, letak dalam buaian baru lah senang tidur”, saya di sisi setia mendengar ceramah ringkas isteri, mengenai tabiat anak kami berkaitan hal tidur.
Dua anak, pastinya setiap satu mempunyai ragam yang berbeza. Namun, bagi ibu bapa muda seperti kami, pengalaman ini cukup menarik. Baru dua anak, Ustaz Ismail Mustari, 11 orang anak. Lagi hebat. Memang kadang kala , saya mengadap Ustaz Ismail Mustari, menadah kitab mengenai hal rumah tangga. Beliau cukup peramah, terlalu banyak mutiara ilmu yang saya perolehi sepanjang berdiskusi bersama beliau.
Sepertinya, alam perkahwinan tidak lah terlalu mudah seperti yang di teorikan dalam banyak buku dan perbualan serta perbincangan. Tetapi, ia tidaklah sesukar yang di sangka.
Hal rumah tangga mencakupi, komunikasi antara suami dan isteri, anak-anak malah ia melangkaui perhubungan dua hala dengan keluarga mertua dan ipar duai.
Makanya, alam rumahtangga, sememangnya, akan memberikan seribu satu rencam pengalaman yang baharu. Paling menyeronokan , ia adalah jalan untuk menuju ke syurga Allah.
Segala-galanya perlukan masa untuk memahami sejuta perkara yang berlingkar dalam rumah tangga.
Ia, cukup membahagiakan!

Oktober 1, 2009

Masih di sini

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 6:35 am

Salam,
Selamat hari raya, maaf zahir batin buat teman-teman yang sudi menjengah ke teratak usang ini.
Maaf, terlalu lama bersawang, namun, naluri untuk menulis masih kekal kukuh.
Cuma, idea tidak kunjung tiba, walaupun, setiap saat sang idea menziarahi memberi inspirasi agar blog ini tidak terlalu lama tidak berpenghuni.
Mohon jasa baik teman-teman sekalian, tembakkan sebanyak mungkin doa buat kesejahteraan iman dan takwa. Di lorongkan kekuatan diri supaya menjadi insan yang istiqamah amal ibadatnya.
Semoga dengan itu, saya akan terus belajar menulis, berkongsi rasa dengan teman-teman sekalian.
Terima kasih buat semua.

Blog di WordPress.com.