Membina Minda Cemerlang

Julai 20, 2009

Anak kedua

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 5:40 am

18072009231

18072009236

Alhamdulillah,

Syukur atas kurniaan Ilahi terhadap kami. Rezeki kami bertambah lagi. Puji dan syukur sahaja kami panjatkan pada Allah kerana telah mengurniakan pada umat ini seorang lagi umat Nabi Muhammad dan pengundi pada masa akan datang.

Akhirnya, penantian kami selama 9 bulan 10 hari tiba ke penghujungnya atas kelahiran seorang bayi lelaki, dengan tinggi 52 cm , berat sekitar 2.9 kg. Sudah pasti, kali ini adik Alya di lahirkan di negeri Johor.

Ramai yang bertanya pada kami, nama anak lelaki kami ini. Dari ibu, mak dan ayah mertua serta kamu keluarga terdekat dan teman-teman sekeliling, prihatin untuk mengetahui nama bayi lelaki pertama kami.

Insya Allah, pangkal nama, kami sepakat untuk menamainya, MUHAMMAD. Sebagai tanda kecintaan pada baginda Rasullulah, kami abadikan nama insan yang tercinta itu pada putera sulung kami. Namun, nama kedua masih lagi mencari perkiraan kami. Hari ketujuh, kami akan muktamadkan nama penuh putera sulung kami. Mungkin rakan-rakan ada cadangan untuk kami? Kami amat mengalu-alukan sumbang saran sidang pembaca.

Akhir kalam, terima kasih atas doa dan ucapan tahniah rakan-rakan sekalian. Doakan juga kesejahteraan kami sekeluarga agar tetap teguh menjalankan amanah sebagai hamba Allah.

P/S : di bawah gambar Alya Insyirah semasa berusia 2 hari. Memang seiras dengan adiknya. Keluar dari rahim yang sama serta terbentuk dari air mani yang sama…(Maha suci Allah, setitis air mani yang hina, akhirnya terbentuk seorang manusia yang keluar dari rahim yang terlalu kecil buat tubuh seorang bayi. Cukup menginsafkan, menyaksikan pengalaman isteri melahirkan adik Alya di bilik bersalin. Terima kasih buat isteri atas pengorbanan melahirkan cahaya mata kami. Buat mak juga, kerana sudi melahirkan saya ke dunia yang fana ini)

DSC08225

11 komen »

  1. Salam, tahniah buat abg wanto dan kakak. Kelahiran mmg cukup menginsafkan… Maha Suci Allah.. Moga permata hati, tambah membahagiakan. (^_^) Sampaikan salam kpd K. Maisurah ye. Belum sempat ketemu dan berkenalan.

    Comment oleh YaQeen Ahmad — Julai 21, 2009 @ 9:51 am | Balas

  2. selamat ya Wan atas kelahiran anak kedua.
    semoga jadi anak sholeh, salam dari keluarga di Baso.

    Comment oleh dontworry — Julai 25, 2009 @ 2:10 am | Balas

  3. salam akhi..tahniah ker ana mendapat cahayamata ke2..

    Comment oleh nuriman — Julai 25, 2009 @ 6:01 am | Balas

  4. Tahniah diucapkan, semoga menjadi anak yang soleh yang dapat mendoakan ayah bonda kelak

    Comment oleh SHAZEELEE — Julai 30, 2009 @ 2:25 pm | Balas

  5. salam..tahniah kpd wanto & kak mai..
    dah dpt 2 bayi yg comel-comel^__^
    smpaikan salam sy pada kak mai ya..
    ~assila~

    Comment oleh sil — Ogos 7, 2009 @ 4:27 am | Balas

  6. salam..
    congrats utk wanto & kak mai..
    dapat anak2 yg comel-comel^__^
    smpaikan salam sy pada kak mai..
    ~assila~

    Comment oleh sil — Ogos 7, 2009 @ 6:11 am | Balas

  7. waahh….mesti sudah ada name kan???siapekah name putera ke2 tu??heh

    Comment oleh cikf=) — Ogos 14, 2009 @ 7:05 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan komen

Blog di WordPress.com.