Membina Minda Cemerlang

Julai 1, 2009

Menghayati Budaya Ilmu : Faham Ilmu, Amalan dan Panduan

Difailkan di bawah: Dunia Buku — muhammadridwanto @ 9:36 am
Tags:

DSC00118

Buku ini buah tangan Prof Zaini, buat ke sekian kalinya.
Buku, Mendukung Tradisi Intelektual, beliau telah siapkan ketika berusia 28 tahun. Setahun lebih tua dari usia saya sekarang. Saya mengenali Prof Zaini , sekitar tahun 1999, ketika membaca rencana karangan Izani Zain (kini pensyarah kanan di Universiti Pertahanan Malaysia, yang menceritakan pendapat Prof Zaini mengenai budaya intelek di institut pengajian tinggi)

Puas saya meneka-neka, siapa Prof Zaini?

Rupanya, seorang pensyarah di UTM. Saya pernah bertandang ke bilik Prof Zaini, sekitar tahun 2003, tujuannya untuk mengundang memberi ceramah kepimpinan di Kolej Tuanku Canselor.

“Wah, banyaknya koleksi buku Dr!” Saya teruja melihat begitu banyak buku, jurnal, kertas kerja yang tersusun rapi di bilik Prof Zaini. Ketika itu beliau adalah Pengarah IPASA (institut berkaitan air dan alam sekitar )
Ingatan saya kembali berputar, beliau, tokoh yang saya cari, sudah berada di depan mata.
Setelah 6 tahun berlalu, beliau kini adalah NC UTM selepas Prof Zulkifli.

Buku, Menghayati Budaya Ilmu, pada dasarnnya seperti buku-buku beliau yang lain, mengagaskan konsep budaya ilmu. Cuma, tumpuan pada buku ini, pada mahasiswa baharu yang pertama kali menjejakkan kaki ke menara gading, khasnya di UTM.

Kelihatannya, Prof Zaini bersungguh-sungguh untuk menerapkan budaya ilmu, dari segenap lapisan masyarakat kampus. Sama ada pensyarah, mahasiswa mahu pun pentadbir, meliputi juga, kerani, juruteknik.
Sudah pasti, Prof Zaini, ingin melihat hasilnya. Beliau mengharapkan agar kempen membudayakan ilmu melalui pembacaan, penyelidikan ( dalam kalangan pensyarah ) akan mendapat sambutan. Namun, saya optimis, kesannya tidak dapat di lihat dalam tempoh yang singkat.

Sudah namanya budaya ilmu , ia akan mengambil masa untuk di hadamkan oleh semua pihak di UTM. Apatah lagi konotasi budaya bermaksud: kemajuan fikiran, akal budi. Justeru, ia perlukan masa yang sewajarnya untuk matang.

Tahniah Prof Zaini, kerana berani melakukan perubahan. Saya amat menyanjungi usaha beliau. Sudah pasti saya mahu menurutinya.

Semoga di mudahkan urusan.

3 komen »

  1. Salaam,

    Kat KL ada jual tak buku ni? Kena cari.

    Komen oleh Rausyanfikir — Julai 14, 2009 @ 7:24 am | Balas

  2. salam bang, jom wat usrah diskusi buku..berminat jgk..

    Komen oleh Ismail — Julai 16, 2009 @ 11:26 pm | Balas

  3. buat abg rausyanfikir,kalau nak buku ni leh sms saya..ada buku lebih dekat umah..0137143682

    Komen oleh Ismail — Julai 16, 2009 @ 11:28 pm | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan komen

Blog di WordPress.com.