Membina Minda Cemerlang

Jun 29, 2009

Si Baju Merah Belang-belang

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 7:10 am

DSC00087DSC00088DSC00012

Suatu malam, si baju merah ini, mengetuk pintu rumah kami bertalu-talu.
Rupanya, si kecil ini ingin tinggal bersama kami.
Alhamdulillah.

Jun 19, 2009

Wak Tumiran sudah pergi

Difailkan di bawah: Akhirat, Doa, Dunia — muhammadridwanto @ 6:26 am

5

Kehidupan ini terlalu misteri.Bukan itu sahaja, ia penuh dengan rencam. Terlalu banyak pancaroba yang perlu ditempuhi. Mujurlah ada manusia yang hadir memberi peringatan . Ya, Nabi Muhammad memberi panduan, bagaiman menghadapi tipu daya dunia. Nabi Muhammad juga membawa al-Quran yang dititipkan oleh Allah melalui pengantaraan Jibrail a.s

4

Salam, sedekahkan al-fatihah buat wak Tumiran (staf KTC UTM) yang telah kembali ke rahmatullah baru sebentar tadi. Saya baru menghubungi En Nazam (Ketua Staf pejabat KTC). Katanya, wak meninggal akibat serangan jantung. Moga roh beliau di rahmati Allah. Ameen (hidup ini untuk mati kekal abadi)-  uyun ; 17 Jun 2009, 22:22:37

Pesanan ringkas di atas, tiba-tiba mengamit kenangan saya berbual mesra dengan wak Tumiran beberapa tahun lalu. Siapa sangka, usia wak, tidak salah tekaan saya, hanya sekitar awal 50 an. Namun, takdir Ilahi telah tersurat, tangggal 17 Jun 2009 beliau telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini.

3

Kehidupan wak Tumiran di alam barzakh sudah pun bermula. Kegetiran beliau menempuh pancaroba dunia, diteruskan dengan soalan-soalan maut daripada Mungkar Nangkir.

Semua orang tahu, gagal menjawab dengan baik soalan-soalan itu, kepala wak Tumiran akan di pukul sekuat-kuatnya. Jauh akan terperosok ke dalam bumi. Harapnya soalan ;

Siapa Tuhan kamu? Apa kiblat kamu??,,,

Wak Tumiran akan berjaya menjawabnya. Sudah pasti semua orang beriman menginginkan kejayaan itu. Apabila berjaya, kita akan hidup seperti di taman-taman syurga di alam barzakh kelak sebelum di himpunkan alam masyar.

Sesungguhnya, mengingati kematian itu akan memotivasikan diri. Wak Tumiran sedang menempuh alam baru. Sedangkan saya selalu sahaj berkeluh kesah, menahan derita ujian dunia yang terlalu perit untuk ditanggung.

Persoalan utama yang selalu bermain di minda saya, ketika di alam barzakh, bergunakah lagi keluh kesah yang selalu saya lakukan di dunia ini? Sedangkan di hadapan sana, Mungkar Nangkir tetap setia menanti untuk menjalankan tugas yang hakiki.

 

Al fatihah buat mereka yang telah dulu meningglkan dunia yang  fana ini

Jun 17, 2009

DAKWAH: BAHAYA FUTUR (LEMAS,TIADA SEMANGAT)

Difailkan di bawah: Doa, Dunia — muhammadridwanto @ 12:53 am

KAEDAH MERAWAT KELESUAN AKIBAT FUTUR

1. Menjauhi maksiat dan keburukan serta punca-punca yang boleh membawa ke arah perlakuannya kerana sebagaimana ibadah boleh menghindarkan diri daripada maksiat, malaikat juga boleh menjauhkan seseorang daripada amal-amal kebajikan.

2. Istiqamah dengan amalan-amalan harian bagi meningkatkan kekuatan rohani dan jasmani. Hanya dengan persiapan rohani dan persediaan jasmani sajalah dapat mengharungi liku-liku perjuangan menegakkan islam yang penuh dengan ranjau dan halangan.

3. Menjaga waktu-waktu yang utama dan menghidupkan amalan ketaatan. Sebagai contoh, berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, solat dhuha, membaca zikir dan doa pada waktu-waktu yang tertentu.

4. Menjaga diri daripada bersikap melampau dan terlalu menyusahkan diri dalam urusan agama Allah iaitu dengan bersikap sederhana serta menjaga amalan-amalan kebiasaan mengikut sunnah.melakukan amalan yang sedikit tetapi istiqamah adalah lebih baik daripada melakukan banyak amalan tetapi tidak kekal.

5. Menggabungkan diri dengan jemaah Islam dan meninggalkan uzlah. Hanya dengan menyertai jemaah seseorang itu dapat meningkatkan diri dan tidak mudah tertipu oleh tipu daya syaitan.

6. Mengenali cabaran-cabaran di jalan dakwah.dengan mengenal pasti halangan dan mehnah yang bakal ditempuhi akan menyiapkan para petugas Islam agar tidak mudah berputus asa dan hilang semangat.

7. Bersikap teliti dan melaksanakan kerja secara sistematik. Kerja-kerja yang tidak berperancangan dan dilakukan secara sembrono akan menemui jalan buntu.

8. Selalu bergaul dengan orang yang salih dan banyak melakukan amal soleh.

9. Memberi hak-hak tubuh badan dan jasmani seperti rehat dan penjagaan yang sebaiknya.

10. Memberi ruang pada jiwa untuk menikmati perkara-perkara yang harus seperti bergurau, bermain dan berekreasi.

11. Selalu membaca buku sirah nabi dan sejarah orang-orang yang soleh. Ini kerana buku-buku tersebut mengandungi pelbagai teladan bagi setiap muslim.

12. Sentiasa mengingati mati dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti azab kubur dan hari kebangkitan.

13. Sentiasa membayangkan nikmat syurga dan azab neraka. Ini akan memantapkan lagi iman dan menguatkan semangat untuk memikul amanah Allah.

14. Selalu menghadiri majlis ilmu. Ini kerana ia akan mengembalikan kerajinan pendengar untuk melakukan kerja-kerja Islam.

15. Memahami tasawur Islam dengan mengamalkan kesyumulan agama itu sendiri. Ini akan mengelakkan pemahaman yang cetek terhadap Islam.

16. Sering memuhasabah diri. Insyallah ia akan cepat menyedarkan kita daripada kealpaan.

PENUTUP

Kelesuan petugas-petugas Islam kini adalah akibat tidak memahami bahaya membiasakan diri dengan sifat malas sehingga terdedah kepada pelbagai penyakit seperti futur. Syaitan akan segera mengambil kesempatan untuk melalaikan umat Islam sehingga jauh daripada janji kemenangan (nusrah) yang dijanjikan oleh Allah.

Jun 8, 2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Dato Harun (kenangan dulu-dulu)

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 10:45 pm
Tags:

 

sekolah.utama

pentas

Pentas ini mengajar saya tidak segan silu untuk melontarkan idea, berdebat dab berbahas

 

sekolah

Saya di sini dari 1995-1999

1 Cempaka, 2 Anggerik, 3 Anggerik, 4 Anggerik, 5 Anggerik

(Puan Choo, Pn Shanti, Pn Kany, Pn…, Pn Anum : guru kelas saya)

sekolah2

sekolah3

pentas2

Saya dan kepimpinan (1)

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 6:27 am

” Kau ini, kalau bagi aku apa-apa slot, mesti bagi aku tajuk ini,” getus saya pada Mirzan. Selalu benar, Mirzan mengajak saya menyampaikan ceramah berkenaan tajuk kepimpinan.

“Dah, itu sahaja yang boleh kau sampaikan,” balas Mirzan.

Jauh saya merenung kata-kata Mirzan.

1993

“Cikgu panggil kau pasal apa Tarmidzi? “soal saya pada kawan sekelas di padang sekolah. Saya memandang ke dalam mata hitamnya. Penuh dengan persoalan yang terbuku dalam hati.

Tarmidzi, adalah antara pelajar terbaik dalam kelas saya. Saya cukup mengagumi kepandaian beliau. Saya waktu itu, menduduki kedudukan 24 dari 40 orang murid, di sekolah pinggir bandar Petaling Jaya.

“Cikgu panggil untuk temuduga pengawas sekolah,” ujar Tarmidzi bersahaja.

Aik, cikgu tak panggil aku ?

Aku pun nak jadi pengawas sekolah.

Saya bermonolog sendirian.

 

1995

sekolah2

 

sekolah

“Kenapa kamu mahu jadi pengawas sekolah?’ tanya cikgu Yussak Kasan, guru penasihat pengawas Sekolah Menengah Taman Dato Harun pada saya.

Saya mahu jadi yang terbaik!

Jawab saya bersahaja, namun hati saya berdebar-debar, takut-takut saya tidak terpilih.

Nasib menyebelahi saya. Saya di lantik juga menganggotai pasukan kepimpinan sekolah. Waktu itu saya baru berusia 13 tahun. Akhirnya saya memasuki pintu dunia kepimpinan.

2009

Dunia kepimpinan bukanlah terlalu asing buat saya. Ia mengajar saya mengenai erti kehidupan. Mungkin tidak lah sampai pada menjadi Yang Berhormat, sekurang-kurangnya saya belajar bagaimana hendak memimpin diri sendiri.

Paling besar pun amanah yang di beri pada saya, adalah menjadi suami dan ayah yang baik.

Ya, saya sedang melalui dunia kepimpinan.

Jun 6, 2009

Nasharuddin kekal timbalan presiden PAS

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 2:18 am

Rasmi Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan timbalan presiden PAS dalam pemilihan parti itu semalam.

Menurut rasmi, Nasharuddin mendapat 480 undi, Datuk Husam Musa (281) dan seorang lagi calon, Mohamad Sabu mendapat 261 undi.

Pengerusi pemilihan, Datuk Mustafa Ali mengumumkan keputusan tersebut pada jam 10 pagi ini.

Lebih 1,000 perwakilan mengundi semalam dan pengiraan selesai sehingga awal pagi ini.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal sebagai presiden tanpa bertanding.


Bagi jawatan naib presiden pula, pemenangnya – seperti yang dijangkakan – ialah Salahuddin Ayub yang mendapat 824 undi, Tuan Ibrahim Tuan Man (871) dan Mahfuz Omar (636).

Dua lagi calon – Mujahiddin Yusof Rawa mendapat 277 undi dan Nik Mohd Amar Nik Abdullah memperolehi 333 undi.

Muktamar ke-55 PAS sedang berlangsung selama tiga hari di Shah Alam.

Jun 2, 2009

Merepek

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 9:52 am

Biasanya saya akan menulis di blog, apabila mempunyai idea.
Namun, blog ini akan sepi apabila idea hilang entah ke mana.
Jadinya, blog akan bersarang.
Saya sedaya upaya untuk terus menulis, tetapi saya gagal untuk melakukan sekerap yang mungkin.
Saya sasarkan paling kurang, dua hari untuk satu artikel di blog ini.
Biarlah sebaris ayat cuma, tetapi ia konsisten.
Rasionalnya, saya mahu otak saya tidak berhenti berfikir, kerana, otak yang ligat berfikir akan mendamaikan hati dan perasaan.
Malah, saya yakin, apabila di uruskan dengan baik, ia juga akan menambahkan keimanan.
Mengapa tidak, dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang memaparkan suruhan Allah, agar manusia itu berfikir.
Melihat keagungan Allah yang boleh dilihat dari pelbagai segi.

Maksud yang kedua, apabila saya menulis maknanya, ada bahan bacaan yang telah @ sedang saya kunyah.
Keenakannya, saya muntahkan kembali ke blog ini.
Namun, saya selalu tidak sihat, kerana saya jarang mengunyah.

Program Cuti Sekolah

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 1:13 am

PROGRAM REMAJA MUTIARA
(PROGRAM CUTI SEKOLAH BUAT REMAJA)
Tarikh
11-12 JUN 2009 (Khamis dan Jumaat)

Tempat
Masjid Al-Jawahir, Mutiara Rini,Skudai Johor

Penganjur bersama
DianHikmah Consultancy
Masjid Al-Jawahir, Mutiara Rini

Aktiviti menarik
Latihan Dalam Kumpulan (LDK) & Mencari Harta Karun
Pelaburan
RM 30
Hubungi
Tuan Haji Zul (016-7393093)

Blog di WordPress.com.