Membina Minda Cemerlang

April 15, 2009

Warkah Rasa Hati

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 3:19 am

kecewa

Saudara,
Harapnya kedatangan coretan ini tidak menganggu ketenangan hidup saudara.
Saya kira, tentunya saudara sedang di buai dengan kesedapan hidup di dunia.
Maafkan saya, kiranya, saya tidak tentu arah ketika membawa layaran tinta ini.
Fikiran saya berkecamuk. Jiwa saya meronta, perasaan saya tergugah dengan apa yang telah saudara lakukan .
Maafkan saya. Sungguh, saya kurang senang dengan kelakuan saudara.
Saya ingatkan saudara sudah insaf serta sudah menemui jalan pulang.
Mengapa saudara seperti dahulu lagi?
Di manakah janji mulus saudara terhadap saya ?
Masih basah di ingatan ini, saudara menangis tersedu sedan ketika berteleku menghadap Ilahi.
Malam itu saya kira saudara sudah mahu meninggal kan dunia ini. Tangisan saudara amat menakutkan saya.
Bimbang, tiba-tiba saudara akan mati kegelupuran kerana takutnya akan apa yang telah saudara lakukan.
Namun, saya hairan.
Kini saudara masih melakukan perkara yang sama.
Sungguh, saya masih tidak dapat memahami apa yang telah berlaku pada dir saudara.

sirius-black-ash
Andainya saudara ada terbaca pertanyaan saya ini, jawablah.
Supaya hati ini tidak menjahit dosa-dosa yang semakin menebal dek kerana salah sangka.
Maafkan saya.

Sahabatmu,
Perantau Sepi

April 11, 2009

Blog Peribadi

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 7:32 am

“Blog politik ikutlah tema politik untuk blok kau ini,”

Saran seorang teman ( teman rapat, pernah duduk serumah, kini bekerja di lembah Klang, myst_ace) ketika saya meminta pandangan beliau mengenai perubahan baru pada blog ini.

“Tapi ini bukan blog politik! Ini blog peribadi” ujar saya padanya.

Ya, kadang kala blog saya ini kelihatan seperti blog politik.

Saya amat minat dengan politik, sampaikan berbuih mulut isteri saya memberi amaran, jangan terlalu minat sangat dengan politik, seimbangkan dengan bahan bacaan lain (saya juga minat membaca buku-buku politik)

“Tak patutlah Sahibus Samahah politikkan isu YB DAP baca ayat Quran”,

“Harapnya PAK NAJIB serius melakukan perubahan dalam kerajaan”

“Bila lah Tuan Guru Nik Aziz nak letak jawatan, tiada orang kah dalam PAS layak menganti beliau”

“Tun Mahathir patutnya jangan ganggu kabinet PAK NAJIB”

Begitulah kalau dah minat politik. Habis semua orang saya komen. Yang pasti pendengar setia isteri saya.

talk_politics_free_hand

Namun yang pasti, saya sekadar memerhati dari jauh. Kekaguman saya pada teman , Muthanna Saari, Adib Faisa; antara rakan-rakan yang menjadi aktivis parti. Saya bukan orang nya yang berpencak silat di gelanggan politik.

Masih ada lagi yang layak, kerana saya sedar siapa diri saya. Kemampuan serta mengetahui betapa beban menjadi pemimpin ini terlalu berat.

Apa pun, selamat sejahtera buat semua aktivis politik sama ada dari BN atau PR. Kesejahteraan rakyat adalah matlamat bersama.

Kerana kita semua mendukung keredhaan Allah ( Islam adalah agama rasmi bagi Malaysia tetapi agama lain boleh di amalkan secara bebas)

Hidup Malaysia.

April 10, 2009

Salam Jumaat 4/2009

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 3:00 am

Ya Allah,
Kurniakan aku kefahaman yang mendalam,
Kefasihan hafalan para Rasul,
Cepatnya ilham para malaikat yang hampir dengan Mu,

Wahai Tuhan,
Berikanlah pada ku kecerdasan, kekentalan hati,
perasaan, semangat juang yang tinggi,
Agar dengan itu,
Aku mampu meredah arus dunia,
Supaya itu akan mendekatkan aku dengan akhirat.

Ya Zaljalaliwal Ikram,
Aku memohon sesungguh-sungguhnya,
Aku lemah, dhaif, penuh dengan ke alpaan,
sentiasa melakukan kesilapan,
Culas, malas serta tiada daya melakukan sesuatu perkara,
melainkan kehendak Mu.

Wahai Allah,
Bantulah aku.
Aku tiada siapa lagi di dunia ini,
melainkan Engkau.
Tuhan sekalian Alam.

Ameen

April 4, 2009

NAJIB PM MALAYSIA KE 6

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 12:59 am

mh_011

TUANKU Mizan Zainal Abidin bersalaman dengan Najib Tun Razak selepas Seri Paduka mengurniakan Suratcara Pelantikan sebagai Perdana Menteri di Istana Negara, semalam. – BERNAMA


Akhirnya telah benar teori RAHMAN (Tengku A.Rahman, A.Razak,Hussein Onn, Mahathir, Abdullah Badawi, Najib) mengenai PM Malaysia.

Pak Najib telah membebaskan 13 tahanan ISA serta berhasrat mengkaji akta itu. Harapan saya semoga Pak Najib mengemukakan barisan kabinet yang telus dan berintregiti tinggi.

Beliau harus sedar tindakannya selepas ini akan menguburkan UMNO atau mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO.

Malah, beliau perlu membersihkan tuduhan-tuduhan ‘liar’ yang di lemparkan oleh Pakatan Rakyat terhadapnya.

Harapnya juga, tuduhan yang yang mengatakan isterinya, Rosmah Mansor menganggu tugas beliau yang menjawat tugas Menteri pada masa lalu tidak benar kerana Pak Najib bukan ‘di queen control’

Sebagai rakyat Malaysia, doa saya agar Pak Najib mampu menjalankan tugas sebagai PM Malaysia ke 6 dengan cemerlang serta melakukan tugasan berpandukan tuntutan dan suruhan Allah dan Rasul.

Itu doa saya. Ameen

Blog di WordPress.com.