Membina Minda Cemerlang

Mac 31, 2009

Terdahulu (komentar)

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 5:26 am

Maafkan saya kiranya lambat mengemaskini penulisan di blog ini. Idea itu ada cuma entah berapa kali penulisan ini gagal saya terbitkan di blog.
Insya Allah, saya menyimpan azam agar blog ini akan terus subur dengan perkongsian idea, pandangan serta komentar dari saya.
Jiwa saya meronta-ronta untuk mengulas perkembangan politik tanah air. Terutamanya mengenai persidangan agong UMNO yang akan berakhir pada hari ini (Sabtu, 28/3/09)
Sudah pastinya saya lebih terarah pada kekalahan Dr Rais Yatim.
Secara peribadinya saya cukup kecewa dengan kekalahan beliau sebagai calon Naib Presiden UMNO. Beliau seorang pejuang Melayu tulen. Apabila bercakap, bahasa melayu nya fasih lagi tersusun. Malah, tidak menghairankan, beliau mampu menuturkan bahasa Inggeris dengan baik. Tiada campur aduk antara bahasa Melayu dan Inggeris.
Begitulah senario yang berlaku. Pemimpin yang sepatutnya memastikan kelangsungan bahasa Melayu, terutama dalam pendidikan Malaysia, di angkat menjadi Naib Presiden. Dato Hishamuddin, sepanjang menjadi Ketua Pemuda UMNO, lebih banyak mendatang rekod buruk di angkat menjadi Naib Presiden.
Gamaknya, ahli UMNo lebih suka untuk mempercepatkan UMNO di kuburkan daripada melihat UMNO melakukan REFORMASi menyeluruh bagi memastikan UMNO bangkit kembali menjadi parti yang kuat.
Maaf, saya suka agar parti politik PAS dan UMNO menguatkan diri masing-masing agar menjadi parti teras dalam negara Malaysia, supaya menjaga kelangsungan bangsa Malaysia (melayu, Cina dan India)
Parti-parti ini harus menunjukkan kecemerlangan memimpin ummah.
Sudah cukuplah segala perbalahan, persengketaan.
Kalau pun mahu berbeza pendapat, sekadar untuk pilihan raya sudah lah. Jangan di bawa-bawa sepanjang masa.
Yang ruginya bangsa Melayu terutamanya.
Bangsa lain, semakin kaya,kerana mereka bijak berpolitik.
Harapnya kita menyedari apa yang sedang berlaku.
UMNO, kesian, parti ini sedang menuju ke kubur.
PAS, sudahkan parti ini bersedia mengambil alih peranan UMNO?

Mac 6, 2009

Nama Allah…PAS jawab PAS

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 10:22 am

Sidang Dewan Rakyat hari Khamis hangat membincangkan soal penggunaan nama Allah oleh agama lain. Semasa Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggulung perbahasan, isu kalimah Allah menyaksikan pertembungan pendapat yang ketara antara dua kumpulan dalam PAS.

Kumpulan muda dalam PAS yang dilihat cukup liberal pendiriannya dan kumpulan ulama yang meletakan pensucian agama mengatasi kepentingan kepartian.

Ia bermula dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Seri Gading, Datuk Mohamad Haji Aziz meminta penjelasan Zahid pihak manakah yang seharusnya membuat keputusan tentang permohonan agama lain untuk menggunakan nama Allah sama ada mahkamah sivil atau mahkamah syariah.

Keduanya, beliau memberikan ingatan tentang bahaya jika nama Allah boleh digunakan oleh agama lain kerana dikhuatiri generasi muda Islam pada masa akan datang akan berpendapat dan melihat semua agama adalah sama kerana nama Allah digunakan oleh banyak agama.

Malah beliau menegaskan sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini, kalimat Allah tidak seharusnya digunakan oleh agama lain dan ia akan menjadi satu perkara yang mencabar Perakra 11 Perlembagaan Persekutuan jika ia mahu terus digunakan.

Belum pun sempat Zahid memberikan jawapan, dua Ahli Parlimen iaitu Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (Pas-Shah Alam) bangun memberikan pandangan.

Dr. Dzulkefly dalam hujahnya berkata persoalan mengenai penggunaan perkataan Allah tidak harus timbul kerana berpendapat kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam.

Malah beliau memetik ayat Al-Quran menjelaskan mengenai perkara tersebut dan seterusnya menegaskan, larangan pihak lain untuk menggunakan kalimah Allah seolah-olah mencabar kandungan Al-Quran.

Khalid pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.

Beliau juga menyatakan tidak ada salahnya penganut agama lain menggunakan nama Allah dan larangan mengenainya akan memberikan gambaran bahawa Islam adalah agama tertutup.

Setelah itu Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) turut bangun memberikan gambaran bahawa kini seolah-olah semua pihak telah menerima konsep ‘Tuhan Allah”.

Malah katanya, pengalaman beliau melawat kuil dan tokong, penganut agama lain menyebut mereka percaya kepada “Tuhan Allah”.

Mendengar pandangan tiga Ahli parlimen Pembangkang, Zahid terus bangun bertanyakan apakah pandangan mereka tersebut merupakan pandangan rasmi parti masing-masing.

Lantas Khalid dan Dr Dzulkefly menyatakan ia adalah keputusan yang dibuat oleh Dewan Ulama PAS baru-baru ini. Manakala Johari menegaskan padangannya adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian rasmi PKR.

Setelah itu Ahmad Maslan (BN-Pontian) bangun dan mencadangkan agar Datuk Taib Azamudden Mat Taib memberikan pandangan untuk memperjelasakan perkara berkenaan. Cadangan itu disambut oleh Halimah Sadique (BN-Tenggara) yang berkata, Taib adalah seorang yang bekas Imam Besar Masjid Negara dan lebih layak memberikan pandangan.

Zahid kemudiannya memohon kebenaran Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang kemudiannya membenarkan Taib memberikan pandangan beliau.

“Saya ini lebih fokus pada pensucian Islam itu sendiri dari kepartian. Terpulang kepada tafsiran orang nak letak kedudukannya di mana,” Taib memulakan penjelasannya.

Bagi beliau kalimah Allah berasaskan Tauhid ia tidak boleh digunakan oleh agama lain dan berpendapat Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat Asbabbul Nuzul (sebab sesuatu ayat itu diturunkan) dan kalau kita nak buka erti Allah kepada yang lain-lain, Al Quran juga pernah mendedahkan dalam surah At Taubah (sambil beliau membacakan ayat berkenaan)

“Yang bermaksud, orang Yahudi kata Uzzir anak Allah, orang Kristian kata Al Maseh, anak Allah. Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah Tauhid kita.

“Allah yang dimaksudkan orang-orang Masihi adalah dan orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab ketauhidan makna Al Ahadiyah dan As Samadyiah itu tidak jadi satu tunggak kepercayaan yang lain daripada Islam sebab itu yang didakwa orang agama lain sedangkan bagi kita, kita tahu Allah tidak ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak,” jelasnya panjang lebar.

Sehubungan itu beliau mahu kerajaan memberikan penegasan mengenai perkara berkenaan agar ia dapat mengelakkan kekeliruan dan pertelingkahan yang boleh menggugat keharmonian kaum dan agama di negara ini.

Beliau turut memberikan memberikan pandangan betapa jika kekeliruan mengenai penggunaan kalimah Allah tidak dijelaskan, dikhuatiri pertembungan yang sengit akan berlaku.

“Misal saya katakan, maaf saya pada sahabat-sahabat yang beragama Buddha, Hindu atau agama Kristian. Andai saya bertanya kepada yang agama Hindu, sahabat hendak pergi mana, mereka kata nak pergi sembah Allah, Tanya pula sahabat dari Batu Pahat (Dr Puad Zarkashi) atau Sri Gading (Mohamad Aziz), sahabat hendak pergi ke mana, mereka juga jawab, saya nak pergi sembah Allah.

“Ini Allah yang mana? Sebab itu saya lebih suka dalam isu ini, saya menasihati temrasuk diri saya, kalau masalah menyentuh aqidah dan sentuh agama kita tak payah sibuk-sibuk,” ujar beliau.

Setelah memberikan pandangan yang panjang lebar, Zahid terus bangun dan menegaskan apa yang dinyatakan oleh Taib itu adalah pandangan yang sama dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung soal penggunaan kalimah Allah.

“Apa yang dinyatakan oleh Baling, itu adalah sama dengan pendirian Majlis Faktwa Kebangsaan, apa yang ditegaskan oleh Baling itu, samalah dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam, apa yang disebut oleh Baling itu, samalah dengan pendirian kerajaan,” ujar Zahid.

Walaupun Dzulkefly dan Khalid cuba bangun untuk memberikan penejlasan mereka lagi, namun tindakan tersebut disampuk dengan teguran beberapa Ahli Parlimen lain. Antaranya kedengaran yang berkata, “cukuplah dengan penjelasan Baling, beliau ahli dalam bidang itu.” “Ini bukan politik tetapi kesucian agama”. – 5/3/2009

p/s: di ambil dari agendadaily.com. Maaf, saya kadang kala melihat, ada pemimpin PAS yang lebih suka mendapat keuntungan politik semata-mata tanpa memikirkan kelangsungan kepada kedaulatan Islam yang telah di jamin oleh Perlembagaan. Saya amat bersetuju dengan Ustaz Taib Azimuddin, masih ada lagi dalam PaS, ulama@pemimpin yang tidak memandang keuntungan politik semata. Saya amat kecewa dengan pemimpin PAS yang bersikap untuk mendapat keuntungan politik.

Di saat, UMNO semakin lemah, saya secara peribadi tidak melihat PAS cukup bersedia untuk menganti UMNO untuk mentadbir Malaysia.

Maafkan saya, saya bukan bersikap extrimis agama atau pun kaum tetapi hakikatnya, masih ada pemimpin PAS yang celaru.

Mac 4, 2009

Saya Sayang UMNO

Difailkan di bawah: Politik — muhammadridwanto @ 1:15 am

Pemimpin UMNO mempunyai “Deny Sindrom”. Ujar PM Dr Agus Yusof.

Ya, saya sangat setuju dengan kenyataan Prof. Madya Sains Politik dari UKM ini.

Semalam, tekak saya loya. Rasanya hampir-hampir termuntah melihat kesombongan Dr Zahid Hamidi yang seakan-akan menafikan kebenciaan rakyat terhadap UMNO. Di salahkan pula Pakatan rakyat. Bertambah busuk lagi di buatkan keadaan pada siri bual bicara,  HUJJAH, semalam dengan kenyataan ‘kurang akal’ dari mantan MB Negeri Sembilan yang mengatakan rakyat kini tidak mampu memiliki TV, rakyat sekarang hanya mampu membaca blog-blog di internet. Jadi sukar UMNO memberikan penerangan.

Wah, Tv tak mampu untuk di miliki tapi internet boleh pula langgan. Hebat.

Saya sayangkan UMNO. UMNO yang telah membawa kemajuan kepada Malaysia. Lihatlah selepas 52 tahun UMNO memegang tampuk kekuasaan, rakyat semakin aman. Ekonomi negara makin stabil.

Terlalu ramai pelajar lepasan UPSR, PMR, SPM yang memperolehi keputusan cemerlang. Ini adalah hasil usaha penggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek Matematik dan Sains (terutamanya). Saya yakin untuk tempoh 10 tahun mendatang, kita mampu melahirkan warganegara Malaysia yang akan memenangi anugerah NOBEL.

Malah, paling menggembirakan saya, kelak 50 tahun mendatang, Bahasa Melayu akan di bakul sampah di Muzium Negara. Bangga. Kerana, kita akan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Kita akan duduk sama rendah berdiri sama tinggi.

Wah, beruntungnya saya mempunyai pemimpin seperti pemimpin UMNO.

Mac 3, 2009

Apa sudah Jadi Perak ?

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 10:03 am

perak-3

(di ambil di msomelayu.blogspot.com)

Mengaibkan.

Saya pun tidak tahu perkataan apa lagi yang sesuai bagi mengambarkan suasana politik di Perak.

Semua pihak mahu melibatkan diri, dari ahli politik (baca: PR dan BN) , rakyat kebanyakkan, luar dan dalam negeri Perak sehinggalah Mufti Kerajaan Negeri Perak yang berkecuali pun mengeluarkan pandangan mengenai suasana gawat di negeri Perak.

Saya bersependapat dengan MSO, Sultan Perak terpaksa menanggung akibat yang maha besar atas keterlanjuran baginda membuat keputusan. Simpati atas apa yang berlaku ke atas Baginda Sultan.

Pada hemat saya, kes di Perak adalah sebagai ulang tayang siri-siri kartun di televisyen. Nampak macam kelakar namun realitinya itulah yang terjadi.

Mempunyai dua MB yang kedua-duanya di lantik baginda sultan. Speaker yang ingin mengadakan sidang tergempar DUN, akhirnya di buat di bawah pokok. Persis seperti kerajaan Pasola dalam cerita Laksamana DO RE MI.

Alahai, inilah bangsaku.

Gawat politik lagi hebat dari gawat ekonomi..

Blog di WordPress.com.