Membina Minda Cemerlang

Februari 27, 2009

Hari-hari terakhir seorang uda dan dara

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 1:31 am

Ramai teman-teman saya sedang mengira hari-hari terakhir mereka sebagai uda dan dara.
Ada yang bertunang, senyap-senyap sahaja.
Mungkin takut populoriti akan turun apabila di ketahui teman. Macam artislah. Berrkali-kali di sindir tapi masih mahu merahsiakan.
Ada pula, teman-teman yang ingin berkongsi rasa dan pengalaman, bagaimana sukar dan payah, senang dan gembira alam perkahwinan.
Berbagai ragam dan rencam saya saksikan.
Namun, semuanya menempuh debar di hati menjejaki alam rumahatangga.
Saya sudah hampir 3 tahun melayari alam ini.
Suka, duka, tawa, tangis, susah, senang, sedang di alami sepanjang menempuhi alam bahagia ini.
Buat Musfirah, Mat shah, Yusuf, Zaim, HM, MJ (sedang berkira2), serta rakan-rakan yang pernah saya kenali.
Selamat Menempuh Alam Rumah tangga.
Semoga perkahwinan kalian kelak di berkati Allah.
Rumah tangga kalian rumah tangga yang di limpahi MAWADDAH, SAKINAH, RAHMAH…

Februari 26, 2009

Terima kasih Kerajaan Barisan Nasional

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 7:35 am

Saya tidak peduli. Saya mahu ucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional.
Atas kecerdikan serta kecekapan kerajaan BN mengurus tadbir negara, hasil nya telah terbukti.
Untuk meringankan beban rakyat di saat ramai pekerja di buang kerja, kesempitan hidup semakin menghantui rakyat Malaysia serta keluh kesah rakyat semakin terdengar di mana-mana. Kebijaksanaan kerajaan prihatin , kerajaan Barisan Nasional, yang sentiasa memastikan kenaikkan harga minyak, keperluan barang, serta kenaikkan harga bas yang bakal kunjung tiba membuatkan, saya merasakan inilah kerajaan yang patut di kekalkan pada PRU yang akan datang.
Kesungguhan kerajaan BN mengurus tadbir negara bagi memastikan kesejahteraan rakyat di teruskan lagi dengan kenaikkan harga tol sebanyak 5 peratus pada 1 Mac 2009.
Inilah kerajaan pilihan rakyat Malaysia.
Terima kasih BN.
Saya akan pastikan undi saya tetap untuk BN.

Februari 25, 2009

Terlalu sakit

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 3:33 am

Kata orang, sakit akan membuatkan kita mengingati mati. Ya, apabila seluruh badan mengeletar, merintih menahan kepedihan serta anggota yang lainnya menerima tempias yang sama.
Terkadang, seram sejuk memikirkan betapa kesakitan yang menimpa sedang menunjukkan kita dengan pintu kematian. Kehadirannya seolah melambai-lambai menyeru, ke marilah kau insan.
Namun, tiada siapa yang peduli kesakitan yang lebih parah adalah kesakitan yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar tetapi bahaya yang sedang menerkam hanya dapat di tanggapi dengan mata hati yang suci.
Penderitaan ini , tiada siapa yang mengerti. Ia hadir hanya menyapa empunya badan. Ketika ia menjengah meresapi ke seluruh badan, seluruh jiwa meracau. Fikiran semakin kusut. Tingkah laku seperti tidak normal lagaknya.
Nampak zahir sihat, namun, virus-virus  jahat sedang memakan sel-sel fikiran. Mahu gila jadinya.
Orang lain melihat ketegapan tubuh, kesihatan yang di lihat dengan panca indera mata , memungkinkan mereka menyimpul bahawa beruntungnya  si empunya badan.
Tetapi, tiada siapa yang tahu, jiwa ini menderita. Kekusutan sedang berselirat di seluruh kotak pemikiran. Jiwa semakin kotor. Sehingga ia meresap mempengaruhi sikap dan tingkah laku.
Ya, hampir 13 tahun penyakit ini mendekam dalam diri.
Sudah puas ku cari penawar. Akhirnya telah ku temui pengubat duka lara ini. Namun, apa lah daya ku, penawar itu kelihatan jauh walau pun hakikatnya terlalu dekat.
Aku pasrah dengan ujian ini…
Andai nya terjadi apa-apa terhadap ku, sampaikan pesan pada semua,
Maafkan dosa-dosa ku andai pernah ada insan yang terluka dengan kelakuan ku.
Ya, aku kini di jemput pulang.
Tapi , tidak tahu bila, tetapi ia semakin hampir….

Februari 24, 2009

Apabila sakit ini datang

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 7:42 am

Apabila sakit ini datang, ia membuatkan diri saya terasa pongah.
Lalu, kepala saya akan berpinar pusing.
Tidak mampu untuk memikirkan apa pun.
Saya dapat merasakan kebingunggan serta kebodohan yang teramat sangat.
Sudah hampir 13 tahun penyakit ini menjarah dalam diri.
Menakutkan, ia semakin mewabak memakan sel-sel pemikiran normal.
Hasilnya, ia akan menyebabkan saya hilang punca.
Sejak dulu lagi, puas saya mencari penawar untuk penyakit ini. Tetapi jalan buntu yang saya temui.
Cuma doa saya panjatkan agar penyakit ini akan beransur hilan.

Februari 5, 2009

Pergolakan politik – Kerajaan Perak PR di hujung tanduk

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 6:13 am

Sebenarnya, saya malas untuk mengulas isu politik semasa, namun atas dasar untuk berkongsi rasa, saya turunkan pandangan saya. Pada hemat saya, perlawanan politik antara PR dengan BN ( baca :Najib dengan Anwar) semakin sengit.
Masing-masing melancarkan ’smash’ serta beberapa pukulan maut kepada lawan masing-masing. Selepas  kejatuhan BN pada PRU yang lalu di beberapa buah negeri, Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang (PAS berjaya mengekalkan kerajaan negeri Kelantan))sehinggalah ura-ura akan melompatnya beberapa ahli Parlimen BN ke dalam PR untuk membolehkan PR membentuk kerajaan Persekutuan.
Maka dijadikan tanggal 16 September sebagai tanda  aras untuk  PR menguasi kerajaan Pusat, membuatkan kerajaan BN pimpinan Pak Lah mengelupur sebentar.Sehinggakan ketika umat Islam sibuk menyambut Ramadhan di tanah air, sekonyong-konyong ahli-ahli parlimen BN di hantar ke Taiwan untuk merasai nikmatnya menyambut Ramdhan di negeri Taiwan yang ‘berkah’ itu.
Untuk beberapa bulan sebelum Pilihan Raya Kecil ( PRK) Kuala Terengganu, suhu politik negara reda sebentar sebelum PR melepaskan lagi peluru nya , dengan mengagaskan untuk memenangi PRU di Sarawak.Selepas Najib terduduk di Kuala Terengganu, dengan tidak disangka-sangka, Adun Bota melompat parti, UMNO ke PKR.
Maka, bercananglah ke seluruh pelosok, lompatnya Dato Nasarudin ini , di benarkan dalam sifir politik (baca: melompat ke dalam PR boleh tapi melompat ke dalam BN, mesti dipersoalkan) kerana untuk memperkukuhkan lagi ketelusan kerajaan PR Perak.
Namun, Najib tidak mahu mengaku kalah. Sepertinya mahu  di ulangi sejarah yang pernah dilakukan  oleh bapanya , Tun Razak,  yang telah  memancing beberapa ADUN PAS di Terengganu dan Kelantan. Kisah tragis ini  bermula dengan kematian Timbalan YDP PAS ketika itu (sekitar tahun 1960 an), Ustaz Zulkifli Muhamad sehinggalah kejatuhan kerajaan PAS di Terengganu (rujuk Memoir Politik Asri Muda)
Justeru, bermulalah satu lagi sejarah, di abad 21 ini.  Sang politikus bernama Anwar Ibrahim memberi bola tanggung namun Najib bijak menggunakan kesempatan yang ada untuk menganggu gugat kerajaan PR Perak.
Dengar kata kerajaan PR Kedah pun akan tergugat juga? Mari kita lihat aksi yang penuh dramatik dan mendebarkan ini.

Jangan lupa panjatkan doa agar Allah kekalkan kerajaan yang ikhlas berkhidmat untuk rakyat.
Tetapi tidak buat pemimpin yang gila mengaut komisen kapal selam, mengayakan anak menantu serta yang terlalu mengikut kata isteri.
Mungkinkah isterinya akan menjadi PM sebenar?

Februari 4, 2009

Penyakit misteri

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 6:28 am

Terkadang, apabila saya ingin menulis di blog ini, terasa kepala akan berpinar,degupan jantung bertambah kelajuannya, fikiran saya jauh menerewang ke alam lain.

Pelik juga dengan simptom yang saya alami ini. Kepala ini seakan-akan mahu pecah, memuntahkan isi kerana betapa berat fikiran saya menanggung sesuatu yang di fikirkan.

Ya, begitulah penyakit misteri yang saya hadapi kini.

KOSONG

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 2:59 am
Tags:

Kosong,
Tabrak kan segala yang menganggu fikiran mu,
yang selalu menghantui gerak kerja mu,
yang membuatkan ko terkedang sendirian,
yang membuatkan kau tiada keharuan,
menjejaskan kehebatan diri
mengakibatkan kemurungan diri.
segalanya kosong,
kau menjadi hilang punca,
tiada daya kau melakukan apa sahaja
semuanya tetap kosong

Blog di WordPress.com.