SERAMAI 46 orang pendaki yang terdiri daripada barisan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Jawatankuasa Kelab, LEADECK termasuk Pengetua Kolej Tuanku Canselor, PM Mohd Zahib bin Hj. Deraman. Pendakian ini telah mencatat sejarah dengan 41 orang daripada keseluruhan pendaki berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu setinggi 4095.2m dari aras laut pada 19hb Mei 2004 seawal jam 4.30 pagi.
Ekspedisi menawan puncak Gunung Kinabalu ini merupakan sebahagian daripada aktiviti Kem Pemantapan Pimpinan Kolej Tuanku Canselor. Program anjuran LEADECK bersama Pengetua dan felo-felo Kolej Tuanku Canselor ini adalah julung-julung kalinya diadakan di Malaysia Timur iaitu di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Sesuai dengan matlamatnya yang mahu barisan kepimpinan Kolej Tuanku Canselor bergerak seiring dalam menghadapi cabaran alam kepimpinan Kolej Tuanku Canselor, pelbagai modul kepimpinan dilaksanakan. Antaranya ialah modul pengurusan program yang mendedahkan prosedur pembuatan kertas kerja. Selain itu, modul �Strategic Planning� mendedahkan kaedah menguruskan sesuatu secara sistematik. Modul Usahawan turut diselitkan sebagai usaha merealisasikan salah satu daripada lima fokus JKM KTC iaitu mempromosikan dan menjual produk UTM iaitu Uni Repair(UR) di sekitar kawasan berlangsungnya pesta �Sure Heboh� di Kota Kinabalu, Sabah.
Disana, kami disambut oleh ahli Majlis Perwakilan Pelajar UMS. Kami juga dibawa melawat sekitar UMS yang berkeluasan 999 ekar. Lawatan juga dibuat ke sekitar bandaraya Kota Kinabalu. Sebelum bertolak pulang, UiTM Sabah menjadi persinggahan kami.
Ternyata kepenatan yang terpancar di wajah peserta mempunyai nilai estetikanya tersendiri. Segala apa yang diperoleh akan menjadi pedoman dan memori kami. Peserta bertolak pulang ke Semenanjung Malaysia dengan menaiki penerbangan Air Asia pada 20 dan 21 Mei 2004. 



sebuah kenangan yang sangat indah untuk dikenang… sape la mat salleh yang sesuka hati je letak tangan dia atas bahu aku tu, x puas hati betul…huhu…
Comment oleh munirah — Januari 23, 2009 @ 7:24 am |
Mana gambar aku? Nanti orang kata aku antara yang tidak sampai puncak. Marah ni.
Comment oleh hamimnasoha — Januari 29, 2009 @ 12:00 am |
xde idea lain ke? review pengalaman lama ni
Comment oleh RIDWANTO — Januari 29, 2009 @ 4:11 am |
huhu…sampai skg aku tak sampai lagi puncak gunung. hehe..aku berazam jgk suatu waktu nnt mesti sampai sana. satu family!!huhu.. ohye, nk mintak alamat semasa. dh try contct mai tapi dia tak bls. bz kut.
Comment oleh SUHAILI SAMSURI — Januari 30, 2009 @ 8:04 am |
congrats. bukan senang nak dapat sijil tu
Comment oleh tanakwagu — Februari 9, 2009 @ 9:36 pm |
salam..
tringat kenangan ana dgn ‘family’ daki gunung ledang..
tu pun da rase sronok..
mcm ne agaknye naik gunung kinabalu..
gunung ledang gunung kdua ssah nak daki d malaysia..
Comment oleh mutiarabernilai — Februari 12, 2009 @ 2:15 am |
Wah,tahniah!
Satu hari nnt nk daki lg..
ngan anak isteri..
ehehe..
mengimbau kenangan lama..
hanya si pendaki yg tahu hebatnya
Nikmat Tuhan..
Comment oleh burn — Februari 16, 2009 @ 6:40 am |
salam…
abg,kami pelajar sekolah sauns sultan haji ahmad shah pekan.kami ingin mengadakan ekspedisi menawan gunung kinabalu.tp,kami x tau nk mintak tolong siapa,nk mintak sponsor kat mana..kalu abg nk tolong kami abang boley contact sy kat email elmyghostart@yahoo.com atau kat tyara62orange@yahoo.com.my
Comment oleh tiara n zulhelmi — September 15, 2009 @ 3:25 am |