Seperti blog yang lain, kedatangan bulan Ramadhan adalah bahan untuk di hidangkan untuk tatapan pembaca blog. Saya juga tidak terlepas untuk bercakap mengenainya.
Ramadhan sememangnya terlalu nostalgik bagi saya. Siapa yang boleh menafikan, kehebatan serta kelebihan yang telah Allah kurniakan dalam bulan Ramadhan.
Alhamdulillah, saya bersyukur dapat merasai kerinduan terhadap bulan Ramadhan. Saya rindu untuk berdoa di dalamnya, bersedekah walaupun sedikit, membanyakan bacaan al-Quran serta pelbagai juadah ibadah untuk memantapkan diri saya dan keluarga.
Saya tidak dapat melupakan, dalam bulan Ramadhan, saya memperbayakkan doa dan munajat pada Allah agar memudahkan urusan perkahwinan saya. Syukur, setinggi-tinggi kesyukuran kerana Allah telah mengabulkan doa dan munajat saya. Akhirnya kini saya sudah pun mempunyai seorang anak, Alya Insyirah.
Justeru, saya dapat merasai betapa Allah tidak pernah, YA, tidak pernah sekali pun mengecewakan permintaan hamba Nya yang sentiasa tidak berputusa asa memohon. Pohonlah, kerana dalam bulan Ramadhan setiap masa dan ketika doa kita akan di angkat oleh Allah untuk di tunaikan hajat yang di ingini.
Baru cerita pasal doa, bagaimana keistimewaan lain yang terdapat dalam bulan Ramadhan. Sudah tentu tidak ternilai banyaknya kelebihan yang ada.
Saya bersyukur buat ke sekian kalinya, saya dapat merasai kenikmatan bulan Ramadhan. Namun saya berdoa agar di perkenankan hajat saya untuk merasai nikmat iman yang jitu dan saya mahu merasai kemanisan iman itu. Lebih manis dari madu sehinggakan saya akan merasai alangkah nikmatnya hidup di bawah redha Ilahi.
Saya akur, sebagai manusia biasa, terlalu banyak dosa dan noda telah saya buat sehingga menghitamkan hati yang bersih ini. Maka, kehadiran Ramadhan ini, moga-moga akan menmbersih malah hati ini seperti di ganti dengan hati bayi yang bersih dan tiada kesan noda dan dosa.
Sebagai hamba , saya memohon. Segala keluh kesah ini, moga-moga Allah berikan jalan untuk saya tenang menghadapinya.
Justeru, Selamat Datang Ramadhan. Mari, kita bersama menyambut kedatangannya dengan hati yang sejahtera



selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak juger..
Komen oleh en_me — Ogos 27, 2008 @ 11:46 pm |
selamat berpuasa..
Komen oleh hiten mitsurugi — Ogos 29, 2008 @ 7:00 am |
Kedatangan Ramadhan sangat dinantikan bagi hamba yang beriman…So dengan kedatangan ramadhan pada tahun ini, semoga lebih baik daripada tahun2 sebelumnya….Salam Ramadhan daripada Kalam Abu Musaddad…
—————————————-
Kalam Abu Musaddad
http://ibnismail.wordpress.com
Komen oleh Musaddad — Ogos 30, 2008 @ 4:35 am |
salam ramadhan…untuk pengetahuan saudara, saya bukan wartawan majalah Dewan Masyarakat, tetapi editor Majalah Dewan Ekonomi. terima kasih kerana link dng blog saya..
Komen oleh azli shukri — September 2, 2008 @ 5:29 am |
salam ramadhan dan selamat berpuasa utk anda dan family..
Komen oleh nuriman — September 3, 2008 @ 12:35 am |
ramadhan datang lagi…kudakapi sepenuh hati..redha allah kucari..
Komen oleh nor hasliza — September 3, 2008 @ 6:06 am |
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN….
sampaikan salam pada kak mai & baby kay…
Komen oleh Nurr_Illahi — September 4, 2008 @ 4:40 am |
selamat berpuase en wanto, kak my n alia=)
Komen oleh cikf=) — September 6, 2008 @ 4:37 pm |
60 sen?
Komen oleh 'uyun — September 12, 2008 @ 1:30 pm |
sheikh, slmt hari lahir.dah tua dah eh..tak lama lagi boleh la menimang cucu. slmt berpuasa jgk
Komen oleh taib — September 14, 2008 @ 6:34 am |