Membina Minda Cemerlang

Ogos 27, 2008

Ramadhan

Difailkan di bawah: Akhirat, Doa, Islam, Luahan rasa, Ramadhan — muhammadridwanto @ 11:42 am

Seperti blog yang lain, kedatangan bulan Ramadhan adalah bahan untuk di hidangkan untuk tatapan pembaca blog. Saya juga tidak terlepas untuk bercakap mengenainya.

Ramadhan sememangnya terlalu nostalgik bagi saya. Siapa yang boleh menafikan, kehebatan serta kelebihan yang telah Allah kurniakan dalam bulan Ramadhan.

Alhamdulillah, saya bersyukur dapat merasai kerinduan terhadap bulan Ramadhan. Saya rindu untuk berdoa di dalamnya, bersedekah walaupun sedikit, membanyakan bacaan al-Quran serta pelbagai juadah ibadah untuk memantapkan diri saya dan keluarga.

Saya tidak dapat melupakan, dalam bulan Ramadhan, saya memperbayakkan doa dan munajat pada Allah agar memudahkan urusan perkahwinan saya. Syukur, setinggi-tinggi kesyukuran kerana Allah telah mengabulkan doa dan munajat saya. Akhirnya kini saya sudah pun  mempunyai seorang anak, Alya Insyirah.

Justeru, saya dapat merasai betapa Allah tidak pernah, YA, tidak pernah sekali pun mengecewakan permintaan hamba Nya yang sentiasa tidak berputusa asa memohon. Pohonlah, kerana dalam bulan Ramadhan setiap masa dan ketika doa kita akan di angkat oleh Allah  untuk di tunaikan hajat yang di ingini.

Baru cerita pasal doa, bagaimana keistimewaan lain yang terdapat dalam bulan Ramadhan. Sudah tentu tidak ternilai banyaknya kelebihan yang ada.

Saya bersyukur buat ke sekian kalinya, saya dapat merasai kenikmatan bulan Ramadhan. Namun saya berdoa agar di perkenankan hajat saya untuk merasai nikmat iman yang jitu dan saya mahu merasai kemanisan iman itu. Lebih manis dari madu sehinggakan saya akan merasai alangkah nikmatnya hidup di bawah redha Ilahi.

Saya akur, sebagai manusia biasa, terlalu banyak dosa dan noda telah saya buat sehingga menghitamkan hati yang bersih ini. Maka, kehadiran Ramadhan ini, moga-moga akan menmbersih malah hati ini seperti di ganti dengan hati bayi yang bersih dan tiada kesan noda dan dosa.

Sebagai hamba , saya memohon. Segala keluh kesah ini, moga-moga Allah berikan jalan untuk saya tenang menghadapinya.

Justeru, Selamat Datang Ramadhan. Mari, kita bersama menyambut kedatangannya dengan hati yang sejahtera

Ogos 19, 2008

Sekadar Coretan biasa

Difailkan di bawah: Doa, Luahan rasa — muhammadridwanto @ 12:34 am

Terima kasih buat rakan pembaca yang sudi menjengah blog ‘usang’ saya walaupun sudah lama tidak dikemaskini. Hajat di hati ,blog ini mahu di kemaskini setiap hari. Banyak kisah yang boleh dikongsi namun, amat menyedihkan, kelemahan pengurusan masa saya dalam melakukan sesuatu perkara membuatkan blog ini seperti kekeringan idea

Maaf, coretan ini adalah titipan biasa, mungkin ia adalah sembang biasa. Terima kasih atas kesudian untuk terus membaca.

Walau apa pun, kita sentisa mendoakan kesejahteraan hidup masing-masing. Tambahan pula, dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, secara tidak langsung mengundang tekanan dalam hidup.

Marilah bersama, kita berlapang dada, berdoa memohon keberkatan hidup di samping meningkatkan amalan seharian supaya kita dapat mersai ketenangan dalam menghadapi kehidupan seharian. Jangan di lupa juga ilmu mengurus kewangan, kerana tanpa ilmu kita sentiasa melaksanakan perbuatan bodoh lagi sia-sia.

Maka, sempena kedatangan Ramadhan yang akan tiba 2 minggu lagi, bersamalah kita membanyakan amalan. Saya tidak terlepas mengamit kerinduan pada Ramadhan.  Ramadhan jualah, yang mengimbau kenangan saya berdoa, bermunajat agar di permudahkan urusan perkahwinan pada 3 tahun yang lalu.

Marilah kita bedoa agar Ramdhan kali ini kita dapat bertemu dengannya. Ameen

Blog di WordPress.com.