Membina Minda Cemerlang

Julai 19, 2008

Suami seorang Guru

Difailkan di bawah: Doa, Guru — muhammadridwanto @ 5:42 am
Tags:

Saya, tidak pernah mengimpikan menjadi seorang guru.
Malah, saya tidak pernah menduga akan berkahwin dengan seorang guru. Saya mensyukuri nikmat Allah ini. Di kurniakan seorang isteri yang baik, penyayang.
Mungkin inilah yang di katakan jodoh.
Ingatkan pagi semalam, kami akan pulang ke Johor Bahru.
Cadangnya, mahu meraikan isteri melepaskan lelah ke Angasana. Apa yang menarik di sana?
Sudah tentu kedai buku Badan Cemerlang.
Saya santai di sana, sekadar mencuci mata, terasa kenyang menatap pelbagai jenis buku.

Namun, impian ini tidak dapat dilaksanakan pada minggu ini.
Rupa-rupanya, kehadiran saya ke Mersing, menjadi peneman buat sang isteri yang sibuk mengemaskini fail panitia guru Pendidkan Islam.

Wah, hampir setahun fail-fail ini tidak dikemaskini. Sudah tentu banyak kerja yang perlu isteri saya selesaikan.

Ingatkan kerja seorang guru ini ’sempoi’ dan mudah. Ada juga waktu sibuknya.
Terpaksalah saya mengikut juga isteri ke sekolah.
Biasanya, apabila ke sekolah isteri, saya seolah merasakan seperti seorang guru.
Alya Insyirah? Kami hantar ke rumah pengasuh selama 3 jam.
Di sana, Alya Insyirah boleh berehat, tidur untuk mendapatkan tenaga agar bolehlah saya bermain dengannya.

Salam Sabtu

Difailkan di bawah: Keluarga, Luahan rasa — muhammadridwanto @ 4:52 am

Semalam, saya bergegas ke Mersing, seperti mingu-minggu biasa. Berjumpa Alya Insyirah dan isteri tercinta. Kadang kala kedengaran suara-suara nakal teman-teman yang prihatin, rindu pada isteri, ujar teman-teman.
Wah, itu sudah pasti tetapi ada lagi yang lebih penting!
Saya sebenarnya rindu pada Alya Insyirah.

Seminggu, hanya beberapa hari saya dapat meluangkan masa bersama anak dan isteri. Hujung minggu adalah waku yang sesuai untuk saya bersama keluarga.
Lagi-lagi, Alya Insyirah setiap minggu, ada sahaja perkembangan terkini yang berlaku pada dirinya.
Lupa pula, Alya Insyirah, sudah mula tumbuh dua batang gigi.
Saya menjangkakan sebelum Aidilfitri 1429 Hijrah, Alya Insyirah akan mula boleh berjalan. Insya Allah.
Alya Insyirah, bulan Oktober ini, usianya akan menjangkau setahun.
Maknanya, usia perkahwinan kami, hamper menjangkau 2 tahun.

Biasalah, sebagai pasangan baru berkahwin, saya makin memahami erti tanggungjawab seorang suami, komunikasi seorang suami dan yang paling penting saya mula mempelajari erti amanah yang dipikul.
Tambahan pula, semalam, saya sempat menghubungi Shazi. Beliau baru sebulan yang lalu menjadi seorang suami.

Rasa seronok dapat bersembang dengan rakan seangkatan. Sudah tentu, perbualan kami seputar tujuan hidup, misi serta visi dalam mengepalai hidup sebagai seorang ketua rumah.
Sekurang-kurangnya, saya boleh berkongsi pengalaman dengan rakan sebaya.

Maaflah, mungkin cerita saya berkisar cerita peribadi tetapi mungkin ada sesuatu yang boleh saya kongsikan bersama. Mungkin cerita ini tidak sehebat cerita ahli politik berjuang membina daulah Islamiyah tetapi penting juga membina keluarga yang bahagia.

Bahagia, menuju redha Ilahi. Bukankah pembentukan Negara bermula dari baitul muslim ( keluarga muslim) yang taat dan patuh pada tuntutan Allah.

Saya cumalah insan biasa yang baru bertatih mengenal hidup. Datang dari keluarga setinggan, mak dan ayah tidaklah berpelajaran tinggi. Jauh sekali berstatus golongan professional. Keperitan di halau sebagai keluarga setinggan, terasa betapa nasib golongan seperti kami di permain-mainkan oleh golongan politikus yang opurtunis.

Namun, saya bersyukur, Allah sentiasa memimpin saya dan keluarga ke jalanNya.

Blog di WordPress.com.