Membina Minda Cemerlang

Julai 11, 2008

Di kurniakan sahabat yang baik

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 2:24 am

Hidup ini, selain mempunyai isteri yang penyayang, keluarga yang bahagia, mempunyai teman-teman yang baik juga adalah merupakan nikmat dari Allah.

Saya bersyukur, di kelilingi teman-teman yang baik. Dari berpewatakan seperti malaikat sehinggalah yang berjiwa rock. Semua mereka ini memberi makna pada saya. Peduli lah luaran mereka namun mereka mempunyai hati yang murni dan tulus.

Andainya ada teman-teman saya ini berpewatakan tidak senonoh, saya tetap berdoa agar mereka kembali ke pangkal jalan.

Namun, ada juga di kalangan kita, luarannya baik namun mempunyai prasangka yang merasakan semua orang yang tidak sehaluan di anggap golongan oppurtunis. Saya sentiasa juga berdoa saya terhindar daripada sifat ini.

Apa yang saya tahu, teman-teman inilah yang sudi memberi bantuan ketika saya memerlukannya. Saya juga mahu jadi seperti mereka. Tidak berat tangan menghulurkan bantuan ketika orang lain memerlukannya.

Saya sentiasa berdoa ke arah itu.

No Comments Yet »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan komen

Blog di WordPress.com.