Membina Minda Cemerlang

Jun 26, 2008

Semangat Juang!

Difailkan di bawah: Bola sepak, Doa, Hati, Isu Semasa, Kepimpinan, Luahan rasa, Motivasi — muhammadridwanto @ 8:43 am

Apabila rakan saya, Hisyam, menceritakan tajuk semangat juang ini, saya sedar betapa sebagai manusia biasa mahu atau tidak kita mestilah mempunyai semangat juang yang kukuh serta tidak mudah menyerah kalah.

Yang amat mengagumkan saya, rakan saya ini melakukan 3 kerja sekaligus, pada hemat saya perlu di puji. Malah, harapan saya beliau akan menamatkan zaman bujangnya lebih awal seperti yang drancangnya bersama teman istimewanya.

Ops, saya bukan hendak bercerita mengenai beliau namun pokok pangkal artikel saya kali ini adalah berkaitan Semangat Juang. Saya, apabila inginkan sesuatu , saya tidak pernah putus asa untuk mendaptkannya. Alhamdulillah, apabila saya ingin berkahwin semangat juang yang tinggi ini lah yang saya bawa, begitu juga ketika saya ingin melanjutkan pelajaran ke Kolej Mara Kulim serta UTM. Tetapi faktor doa dan usaha tidak lah menjadi faktor ke belakang.

Apa yang ingin saya simpulkan, di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan. Walaupun peribahasa ini seperti typical namun pada saya ia mempunyai erti yang mendalam. Saya menyedari apabila semangat juang saya lemah maka tiada apa lah yang saya boleh harapkan untuk memiliki yang saya inginkan.

Justeru, buat rakan-rakan, usahlah berputus asa dalam hidup ini. Kukuhkan semangat juang, berusahalah sehingga berjaya. Jangan lupa berdoa kepada Allah, kerana doa adalah senjata bagi seorang mukmin. Bayangkan bagaimana keadaannya berperang tanpa senjata hanya mengharapkan batang tubuh semata. Sedangkan Allah sudah menyediakan senjata ini secara percuma. Bukankah itu satu kerugian yang besar.

1 Komen »

  1. Duit blm cukup..
    kena cari kerja lain lagi nie..huhu
    tq bro..

    Komen oleh hisyam — Jun 26, 2008 @ 8:48 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan komen

Blog di WordPress.com.