Membina Minda Cemerlang

Jun 26, 2008

Pindah Rumah

Difailkan di bawah: Akhirat, Doa, Dunia, Hati, Islam, Isu Semasa, Keluarga, Kepimpinan, Luahan rasa, Mahasiswa, Rumah — muhammadridwanto @ 6:05 pm

Jun 2008, bulan terakhir saya menetap di Rumah Kelamin, Kolej Perdana UTM Skudai!

Saya dan isteri mula mendiami rumah ini pada 27/12/2006, akhirnya pada 30/6/2008 saya akan mengucapkan selamat tinggal kepada kenangan kami di rumah ini.

Lumayan, dengan hanya membayar RM 420 sebulan, di tambah dengan segala kelengkapan di sediakan termasuk, perabot, internet , air dan elektrik percuma, saya berasa sedih untuk meninggalkan rumah ini.

Dari tinggal berdua, sehinggalah kami didatangi oleh Alya Insyirah , sudah pastilah ada kenangan yang tidak dapat di lupakan. Tambahan pula, inilah rumah pertama di diami setelah berkahwin. Walaupun , berjiran dengan pelajar antarabangsa tetapi, kami dapat menyesuaikan diri.

Harapan kami, suatu masa nanti, kami akan mempunyai rumah yang berdekatan masjid, mempunyai jiran yang baik serta rumah itu selesa buat kami anak beranak beristirehat.

Untungnya berkahwin di usia muda, kami cepat dewasa dengan tuntutan zaman yang kami lalui. Mahu atau tidak , strategi perlu di susun agar kami dapat mencipta ketenangan dalam rumah tangga kami. Perkahwinan tidak akan selesai setelah akad nikah dan mempunyai anak, tetapi kehidupan baru sahaja bermula selepas akad nikah dan mempunyai cahaya mata.

Malah, perkahwinan bukanlah sekada ucapan sayang dan manis namun ia adalah sebuah tanggungjawab. Ya, ia juga adalah sebuah tuntutan mendapat redha Allah. Saya masih belajar mengenai kehidupan, moga kapal yang saya  ketuai ini tidak tenggelam di tengah arus dunia yang menipu. Saya ingin menjadi kapten yang berkarismatik, mempunyai misi serta visi, segalanya bertitik tolak ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Ada orang yang bahagia di dunia namun akhiratnya digadaikan. Saya tidak percaya, orang yang mengejar akhirat semata akan berjaya kerana, untuk mendapatkan akhirat jambatannya adalah dunia. Pelik bukan kalau ingin berjaya di akhirat tanpa melalui jambatan dunia. Tidak mungkin mereka ini terbang terus menuju akhirat kerana dunia lah satu-satunya jalan menuju akhirat. Bersetuju dengan saya?

4 komen »

  1. ye, setuju tanpa bangkangan:) bersederhana dalam semua hal…

    Komen oleh soalhati — Jun 27, 2008 @ 10:25 am | Balas

  2. selamat berpindah..alya dah besar dah ke?salam utk wife ek……………

    Komen oleh nuriman — Jun 29, 2008 @ 12:50 pm | Balas

  3. selamat berpindah ke tempat yg baru…harap baik2 belaka. InsyaAllah

    Komen oleh fiza — Jun 29, 2008 @ 4:15 pm | Balas

  4. Saudara Muhammad,
    selamat berpindah, hijrah dituntut dalam agama :p

    Komen oleh kuanderas — Jun 30, 2008 @ 2:35 pm | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan komen

Blog di WordPress.com.