Membina Minda Cemerlang

Jun 10, 2008

Kepada Mu Allah (Tuhan Rafiqul’ala)

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 9:35 am

Tuhan (Ya Allah)..
Terimalah ibadah ku yang tidak sempurna,
ia serba kekurangan dan banyak cacat celanya,
tapi apakan daya ini yang mampu ku persemahkankannya
kepada Mu,

Telah ku cuba sepenuh hati
tapi masih tidak mampu tidak sempurna
aku harap dengan rahmat Mu
terima juga ibadah ku
aku tetap tidak jemu..
Ku teruskan walau tidak meningkat
aku tetap istiqamah
kasihanilah aku…

Wahai tuhan
Hamba yang lemah ini
Pengampunan Mu yang ku harapkan
Siapa lagi yang akan membelaku
Kalau Engkau tidak membelaku

AKU KAN HAMBA MU JUA…
AKU CIPTAAN MU JUA….
KALAU ENGKAU SELAMATKAN
ENGKAU TIDAK AKAN RUGI…

Kebesaran Mu akan
Tetap sempurna..
Ampunilah wahai tuhan..
Kasihanilah wahai Tuhan ..
hamba yang lemah ini..
Pengampunan Mu yang ku harapkan kan
siapa lagi yang akan membelaku ..
Kalau engkau tidak membelanya..

AKU KAN HAMBAMU JUA
AKU CIPTAAN MU JUGA
KALAU ENGKAU SELAMATKAN..
ENGKAU TIDAK AKAN RUGI..
KEBESARAN MU AKAN TETAP SEMPURNA..
AMPUNILAH WAHAI TUHAN..
SEGALA DOSA KU
Segala Dosa ku…

Menitis air mata saya, apabila meneliti, menghayati lirik lagu ini. Betapa kerdilnya saya di sisi Allah, namun dosa dan noda masih lagi dilakukan. Cuma, saya tidak punyai sesiapa lagi yang mampu memberi rahmat kepada kehidupan saya. Hamba yang lemah ini amat memerlukan pembelaan dari MU. Jauh perjalanan yang saya lalui, merentasi kehidupan maya ini. Mungkin tidak lah sejauh insan yang lain tetapi kerdilnya saya tanpa pimpinan dari Allah. Sejauh mana pun , seluas mana pun, perjalanan in; saya amat memerlukan petunjuk dari Allah. Semoga Allah mengasihani saya, hamba yang lemah ini.Berikanlah pengampunan Mu. Saya sedar tiada siapa lagi yang akan membela saya, kalau Allah tidak membelanya, kepada siapa? Selamatkan lah ya Tuhan..Ameen

Mencari Bahagia

Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 8:54 am

Bahagia itu maknawi juga bersifat rohaniah. Rasa senang bukan bahagia sekali pun ia berharta, kerana semua itu bersifat lahiriyah, ia bukanlah hakikat bahagia

Begitulah antara bait-bait yang terungkap dalam lagu ini. Saya pernah merasai betapa bahagianya saya apabila Allah berada di sisi. Bagaimana ya? Sementara pula, di saat-saat kenaikan minyak, barang, kos hidup? Saya mengakui, kehidupan saya seperti rakyat Malaysia yang lain. Tersempit. Lagi pula, isteri jauh di utara Johor. Hampir 2 jam melalui jalan yang bersimapng siur untuk sampai ke Mersing, semata-mata untuk melihat wajah isteri dan anak. Untuk menerima erti sebuah kasih sayang.

Begitulah resam kehidupan, jatuh bangun seseorang pasti akan mematangkan. Bahagia, adalah perkataan yang mempunyai ert mendalam. Siapa yang boleh memberi pendefinasian yang tepat, apakah erti bahagia yang sebenarnya?

Apakah dengan harta yang banyak? Atau pun keluaraga yang sempuna? Yang saya tahu, Bahagia yang sebenanya adalah apabila keberadaan Allah disisi.

Ya, Allah, janganlah biarkan aku tanpa pimpinan. Pimpinlah aku ke jalan yang Engkau Redhai. Hanya kepada Mu lah harapan ku. Janganlah Engkau hampakan permintaanku.

Jatuhkanlah kecintaanku kepada Mu. Ameen

Blog di WordPress.com.