Difailkan di bawah: Isu Semasa — muhammadridwanto @ 6:59 pm
Bayangkan ketika anda meletakkan kenderaan anda di tempat letak kenderaan yang terdapat di R&R namun tiba-tiba kereta anda dirempuh oleh kereta lain. Apa yang anda rasa? Takut bukan?
Inilah yang berlaku pada 26 Mei 2008, bertempat di R&R Dengkil, saya terkejut melihat keadaan kereta Proton yang dirempuh kereta Honda. Biarlah gambar-gambar ini menjelaskan segalanya. Khabarnya si pemandu kereta Honda ini tertekan minyak kerana mengantuk. Tindakannya tepat kerana berhenti sebentar di R7R untuk menghilangkan rasa mengantuk yang menyelubungi diri namun belum sempat berhenti di R&R, kereta beliau sempat menyondol sebuah kereta lain.
Nasib baik tiada jiwa yang terkorban. Alhamdulillah.
Difailkan di bawah: Luahan rasa — muhammadridwanto @ 4:29 am
Apabila saya menulis sesuatu di blog, antara gambar yang saya tidak akan lupakan untuk di sisipkan adalah gambar Alya Insyirah.
Kebelakangan ini, Alya Insyirah kurang sihat. Demam panas sedang menyerang Alya Insyirah. Kemudian, demam campak pula menganti tugas si demam panas. Kebetulan demam campak adalah saudara dekat demam panas.
Namun, kedatangan kedua beradik ini, kami suami isteri tidak undang tetapi kami akur mereka juga makhluk Allah maka doa dan usaha kami agar saudara kembar ini cepat-cepat pergi meninggalkan Alya Insyirah.
“Ala, isteri jauh sikit dah sedih,kau pasanglah satu lagi,”mungkin ia satu sindiran dari seorang teman tetapi apalah yang teman saya itu tahu tentang erti nilai cinta antara seorang suami dengan isteri. Saya yakin, teman itu(teman akrab saya ini masih berkira-kira untuk berkahwin) tidak lagi merasai betapa cinta sepasang suami isteri tidak sama jika dibandingkan cinta antara sepasang kekasih. Nilai apa yang ada cinta seperti itu?
Selepas berkahwin, barulah saya mengetahui erti nilai cinta yang sebenarnya. Ia mungkin tidak dapat dibayar dengan wang malah mungkin nyawa sekalipun akan sanggup digadaikan demi cinta yang diredhai Allah ini.
Cinta inilah yang selalu hadir menyapa saya. Ia adalah kenangan yang penuh bererti
Kadang kala, kenangan itu akan membuatkan kita terkenang kisah silam. Mungkin ia manis , tidak pun, pahit. Namun, segala-galanya itu adalah resam kehidupan yang perlu dihadapi.
Sejak isteri dan anak berpisah jauh dari saya, kadang-kadang rasa kesunyian menemani diri. Demam tidak seberapa tetapi rasa sakit dan pedih itu seolah-olah malaikat maut bakal menjemput saya.
Berbagai persoalan yang timbul di benak pemikiran saya, dari kisah peribadi diri sampailah tanggungjawab hakiki sebagai seorang suami yang perlu dilunasi.
Adakah ini yang dikatakan kehidupan. Mengapa saya tidak tega untuk menghadapinya?
Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 7:19 am
Ini cerita tahun 2004. Kisah bermula cinta saya dengan isteri. Cinta saya bersemi di puncak Gunung Kinabalu. Tidaklah ber asmara dana di sana namun ia membuka langkah saya mengetuk pintu hati keluarga isteri selepas itu.
Namun, ia tinggal kenangan. Kini, sudah hampir 2 tahun saya dan isteri berkahwin. Di serikan lagi dengan kehadiran si Alya Insyirah.
Wah, seronok bukan kepalang. Ada anak, isteri pun saya punyai. Tambahan pula, sejak akhir-akhir ini, saya dan isteri banyak menerima undangan dari teman-teman yang melangsungkan perkahwinan mereka. Terdetik di hati saya, “Alhamdulillah, kami sudah lalui pun detik-detik manis itu Disember 2006 yang lalu.”
Masih ada lagi rakan-rakan yang belum mengecapi alam perkahwinan, Alhamdulillah, kami diberi peluang oleh Allah untuk merasainya awal. Walaupun tidak seawal mana tetapi saya yakin ini adalah hikmah yang tidak mampu dirungkai oleh sesiapa pun kecuali atas apa yang telah Allah tetapkan di Luh Mahfuz.
Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 11:33 pm
Sudirman (Syed Haron Ahmad)
TAK PERLU DIUCAPKAN
Di raut wajahmu telahpun kutahu
Dari sinar mata ku telah menduga
Ada rasa yang membara
Ada cinta yang menyala
Tak perlu lagi kau nyatakan
Dari kemesraan yang telah kurasa
Dari tutur kata yang mesra menggoda
Tak dapat ku merahsiakan
Haruskah aku nyatakan
Cintamu telah berbalas
Biar saja tak perlu dinyatakan
Biar saja tak perlu diucapkan
Rahsiamu, rahsiaku bersama
Biar saja tak perlu dinyatakan
Biar saja tak perlu diucapkan
Rahsiamu, rahsiaku bersama, bersama
Kuhulurkan tangan kan ku pimpinimu
Kuluangkan hati isikan cintamu
Dari wajahmu yang ayu
Dari mata mu yang sayu
Tak perlu ucapan itu…
Saya tujukan lagu ini khas buat tatapan isteri tercinta. Semoga hubungan kita direhai Allah.
Buat teman-teman yang akan/baru melangsungkan perkahwinan, semuga Allah berkati pernikahan kalian.
Tahniah, Azril, Nazman , Khairil dan Nasirah , Nafie Maslan dan sahabat-sahabat yang sebaya usia perkahwinannya dengan saya.
Semoga keluarga kita akan menjadi keluarga soleh dirahmati Allah.
Difailkan di bawah: Uncategorized — muhammadridwanto @ 11:01 pm
Kalau boleh dikatakan, saya adalah seorang nasionalis! Cinta saya pada negara amat tinggi. Saya mencintai negara ini. Saya amat merindui keharmoniaan antara rakyat. Apa sahaja warna kulit, bangsa yang pelbagai, namun itu seharusnya tidak menghalang perpaduan kaum.
Sudirman (Syed Haron Ahmad)
Warisan
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
Kadang kala saya naik hairan dengan keimanan sesetengah orang berkenaan UMNO. Seolah-olah, UMNO adalah penting umat orang Melayu untuk terus hidup di bumi Malaysia ini.
Paling mengecewakan, anggapan penganut agama baru ini, pupusnya UMNO mengakibatkan wahyu dari Ilahi tidak akan turun lagi. Kitabnya pembangunan yang dijanjikan, keluar dari muluk manis. Tapi, 5o tahun Malaysia merdeka, umat Melayu terus terpinggir, yang kaya hanya kroni.
Siapa pun yang memerintah, akar tumbuhnya mestilah kembali kepada rakyat. Paling penting, janganlah dipinggirkan agama Islam. Ibarat aur dengan tebing, tanpa aur, tebing pasti tiada. Begitulah juga Islam, tanpanya Melayu hanya tinggal nama, kerana yang menguatkan Melayu adalah Islam.
Ya, saya seorang nasionalis; cinta pada negara. Seorang sosialis; prihatin nasib rakyat. Namun, maha pentingnya, saya mahu menjadi penganut agama Islam yang taat pada perintah Ilahi tidak mahu engkar sabda Nabi Muhammad. Anda pula bagaimana?