Lama benar saya tidak mengemaskini blog. Walau pun tidak lah sampai bersawang tetapi hati saya ‘merintih’ memikirkan betapa kurangnya disiplin dalam membuat sesuatu perkara.
Pada saya, kekeringan idea bukanlah isu utama, paling tepat, ‘kekeringan’ disiplin diri. Itu perkataan paling tepat untuk saya mengambarkan situasi yang berlaku.
AYAHANDA
Di rumah, siaran TV Malaysia, liputan yang saya terima tidak berapa jelas, jadi, saya dan keluarga akan menonton siaran Indonesia atau pun Singapura. Suatu petang, apabila hampir tamat slot drama Danielle, yang ke udara di Saluran Suria, Singapura.Waktu itu, saya keseorangan menonton, sedang isteri sibuk melayan karenah Alya Insyirah. Menitis air mata saya, apabila mengenangkan ada persamaan watak seorang ayah ‘dimatikan’ dalam cerita itu. Sama! Seorang anak bersedih atas kehilangan ayahnya, teknik ‘flash back’ pesanan ayah, membuatkan saya teringat kan ayah saya.Air mata saya laju membasahi pipi, hampir-hampir saya berteriak kesedihan, lagaknya seperti anak kecil. Cepat-cepat saya menyeka air mata , apabila tiba-tiba isteri saya melihat ‘drama’ yang saya lakonkan keseorangan. Malu!
Tambahan pula, tinggal beberapa hari lagi, 4 April, ulang tahun ke 72 tahun ayah. Itu pun seandainya ayah ada di dunia yang fana. Mungkin saya bermimpi. Ayah saya sudah hampir 2 tahun meninggalkan kami. Beliau tidak sempat menyaksikan ‘kedatangan’ Alya Insyirah.
Saya amat berterima kasih kepada ayah, sikap membaca beliau turun kepada saya. Saya terkenangkan betapa beliau seorang yang ringan tulang, membantu orang susah, yang memerlukan pertolongan.
Maka, saya berusaha meniru sikap beliau. Setiap hari Jumaat, wajib bagi beliau, menghulurkan derma di tabung masjid, tempat beliau bersolat Jumaat. Ah, betapa saya rindu. Tak salah kata orang, “Orang yang sudah tiada, kita akan lebih merindui kehadirannya”.
Apalah agaknya komen ayah apabila menyaksikan pergolakan politik tanah air? Ayah selalu bersembang dengan saya soal politik ini.Biasanya, saya akan memberi komen setiap pertanyaan ayah. Kisah ini mengimbau saya kenangan pada sekitar tahun 1995, orang lain mana kenal akhbar HARAKAH (organ Parti PAS) tapi beliau sudah menjadi pelanggan tetap.Walaupun beliau ketika itu, bukanlah ahli parti PAS tetapi semangat inkuiri untuk mengetahui perkembangan semasa membuatkan saya menyontohi sikapnya.
Jadi,tidak hairanlah kelakuannya membuatkan saya tumpang sekaki, menghadam segala isu yang tertulis di Harakah. Minat saya pada politik mula berkembang mekar. Saya mula membentuk jati diri. Segalanya kerana jasa seorang ayah. Beliau telah meninggalkan saya tetapi hati saya terlalu merinduinya. Adakah kerinduan ini akan terubat dengan sekadar membuat coretan menceritakan tentang beliau?
Bagaimana nasib beliau di alam kubur? Sepanjang pengetahuan saya, 2 tahun sebelum kepulangan beliau ke alam barzakh, solat fardhu beliau kerjakan secara berjemaah di surau. Malamnya, seolah-olah menjadi kewajipan untuk beliau tunaikan solat malam. Seolah-olah sudah mengetahui, malaikat maut sentiasa menjenguk, tanda merindui untuk menjemput beliau pulang.
Kadang-kadang saya terfikir, kita di dunia, begaduh, berebut, dengki mendengki untuk memiliki jawatan, harta dan kesenangan dunia. Tetapi jarang benar di kalangan kita menyedari kehidupan ini adalah sebentar. Segala perbuatan yang dilakukan di dunia seperti tiada kaitan di alam barzakh, akhirat dan paling menyedihkan seperti Allah itu tidak wujud dalam setiap tindakan . Kerana pangkat, sanggup bersusah payah, kerana harta sanggup memfitnah. Itu lah dunia.
Buat pembaca budiman, maaf. Saya sekadar berkongsi secebis kisah yang menghimpit perasaan saya.Terkenang ayah tercinta yang telah pergi menyahut panggilan Ilahi. Kita pasti menyusul namun tiada yang tahu bilakah masanya. Bukan kematian yang saya takuti tetapi amalan apa yang ingin saya bawa untuk pergi berjumpa dengan Allah?
Iman ini, kadang kala naik. Alhamdulillah. Bagaimana di saat iman ini turun? Paling menakutkan, apabila mengenangkan saat kematian. Pasti sakit. Saya tidak pernah lagi merasai saat-saat begitu. Maka, saya pasti , saat itu akan tergambar dosa dan noda silam. Ya rabbi, ampunilah dosa dan kesalahan yang pernah hadir dalam hidup ku. Hamba yang dhaif ini, memohon keampunan.







Salam,
Kita sebenarnya berada dalam keadaan yang sama.Merindui dan mengenang insan tersayang bernama ayah yang telah dipanggil Allah.
Merenung dan memikir nasib di alam kubur dan kesudahan di akhirat.Ashtagfirullah…kepada Allah sahajalah kita memohon rahmatNya.
Komen oleh adyBrisbane — April 6, 2008 @ 1:16 pm |
moga tabah..
Komen oleh jama' — April 11, 2008 @ 7:26 am |
salam ziarah apa khabar isteri dan Alya comei tu?
Komen oleh nuriman — April 12, 2008 @ 1:15 am |
sesungguhnya kehilangan org yg tersayang adalah memeritkan semoga roh ayah ridwanto di sisi org2 yg beriman amennn.. Al Fatihah
Komen oleh nuriman — April 12, 2008 @ 1:16 am |
alahai, samer theme dgn blog nuriman kirenyer.. uhuhu
Komen oleh en_me — April 12, 2008 @ 1:53 am |
salam wanto buh ajelah apa2pun asalkan ada jugak posting baru huhuhu..salam jumaat yg mulia ni……….
Komen oleh nuriman — April 18, 2008 @ 2:09 am |
Saudara, tabah lah atas ujian hidup
Komen oleh zamrul Aziz — April 18, 2008 @ 12:59 pm |
alahai peritnya berjauhan..semoga ikatan kasih sayang ridwanto bersama alya n wife bertambah bahagia akan utuh selamanya…….. amennn……..
Komen oleh nuriman — April 22, 2008 @ 3:41 am |
tak apa, dalam proses untuk menukar…saya akan perjuang habis2an supaya isteri dan alya berada di sisi…ameen…
Komen oleh muhammadridwanto — April 22, 2008 @ 4:16 am |
salam ukhwah…
sedih… doakan lah arwah setiap kali selepas solat… itulah jalan terbaik untuk meneruskan ikatan hubungan antara orgtua kita… doa anak yang soleh adalah salah satu amal yang akan berterusan sehingga ke akhirat…
doa tuk mereka setiap hari adalah bukti yang kita sayangkan mereka bukan dengan cara MENANGIS… tak akan mengubah apa2 jika sekadar menangis mengenang mereka…
moga dipermudah roh mereka di alam barzakh…
ameennn ya Rabbal alamin
Komen oleh sue — April 22, 2008 @ 1:45 pm |
Ridwanto,
salam kenalan… rasanya dah lama juga kenal di blog Prof Kamil.
Terima kasih menjengok blog saya…
Komen oleh sab2 — April 28, 2008 @ 10:23 am |