Membina Minda Cemerlang

Mac 7, 2008

Esok hari yang mendebarkan

Difailkan di bawah: Dunia Buku, Interesting Links, Isu Semasa, Keluarga, Kepimpinan, Luahan rasa, Uncategorized — muhammadridwanto @ 9:14 am

Hanya tinggal beberapa jam lagi, tempoh berkempen akan tamat. Saya dan isteri sekarang sibuk berkemas-kemas untuk balik ke Petaling Jaya, meneruskan perjalanan ke Perlis. Ini semata-mata untuk menunaikan tanggungjawab kami kepada negara. Memilih pemimpin yang adil, amanah dan bersih.

Sudah tentu bukan pemimpin yang ‘kaki tidur’, selalu memungkiri janji dan yang paling bahaya selalu benar mengatakan negara akan BANGKRAP sekiranya orang lain yang memimpin.

Siapa yang tidak tahu, negara semakin hari menyaksikan kenaikkan kos hidup yang tinggi, itu belum lagi kadar jenayah yang semakin meningkat, kerugian negara akibat perbelanjaan untuk projek mega yang tidak masuk akal.

Soal kerajaan atau pembangkan, itu kita kena kembalikan hak kepada rakyat. Keputusan yang kita ketahui esok akan menyaksikan negara Malaysia yang tercinta ini, sama ada SEJAHTERA, atau pun rakyat kian mengeluh untuk tempoh 5 tahun mendatang.

iklan_bangkit_2.gif

Saya amat risau sekiranya rakyat terus-terusan dibebankan dengan kos sara hidup yang tinggi, akan menyebabkan rakyat terus menderita. Hasil akhirnya, bimbang rakyat akan turun ke jalan seperti negara-negara lain. Minta-minta di jauhkan.

iklan_bangkit.gif

Malaysia negeri yang aman. Keamanan yang dikecapi selama ini harus dikekalkan dengan memilih pemimpin yang prihatin dengan masalah rakyat bukannya kaki melancong atau pun pemimpin yang gila mengambil komisyen beratus juta .

Apa pun selamat mengundi, pilihlah pemimpin yang beramanah ,Adil dan Bersih.

2 komen »

  1. saye dh m’undi~

    err..alya mcm semakin besar je..
    harap dpt jumpe alya sblm abis~

    Komen oleh cikf=) — Mac 8, 2008 @ 11:02 am | Balas

  2. Alhamdulillah BA berjaya juga dalam PRU12 ni..
    cuma yang membimbangkan saya ialah kebangkitan kaum Cina (DAP)..
    secara majoriti DAP memenangi kerusi di Penang dan Perak..
    suara kaum Melayu di dewan parlimen semakin berkurangan..
    mungkin juga kita akan tergugat suatu hari nanti..hehe
    apa pndapat saudra lak?

    Komen oleh mahsyar90 — Mac 9, 2008 @ 12:43 pm | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan komen

Blog di WordPress.com.